Friday, December 19, 2008

KEJAYAAN PASUKAN TENPIN BOLING MALAYSIA DI SUKAN UNIVERSITI ASIA 2008



Kejohanan Tenpin Bowling Sukan Universiti Asia (SUA) yang bermula pada Disember 13 di Pyramid Megalanes, Sunway Pyramid telah menutup tirainya semalam dengan jayanya.

Pasukan Malaysia yang diwakili oleh 12 mahasiswa dan mahasiwi dari beberapa IPT Malaysia yang berlainan telah menonjolkan prestasi yang memuaskan dan berjaya menggondol 2 emas, 7 perak dan 5 gangsa. 2 emas tersebut disumbang oleh Mohd Syafiq Ridhwan menerusi acara Perseorangan Lelaki dan Zatil Iman dalam acara Masters Wanita. Syafiq yang menuntut di Universiti Putra Malaysia dan Zatil di Institut Teknologi MARA, juga merupakan Pemain Skuad Kebangsaan pada masa kini.

Selain Syafiq, pasukan lelaki diwakili oleh Mohd Zaim Zulfadhlie (UIA), Sufri Hasan (UiTM), Tan Teck Jin (UPM), Johan Jamaludin (MMU) dan Mohd Afzal Alif (MMU). Rakan seperjuangan Zatil pula terdiri daripada Siti Nursyakila Mardyanna (UiTM), Nur Syakirah Yeoh (UPM), Aressa Malenie (UPM), Ziran Nadiah (UM) dan Nur Hanisa Salam (UiTM).

Berikut merupakan pemenang pingat bagi pasukan Malaysia :-

Emas



Perseorangan Lelaki


Mohd Syafiq Ridhwan
Masters Wanita



Zatil Iman





Perak




Bergu Lelaki



Sufri Hassan
Tan Teck Jin
Bergu Wanita



Nur Syakirah Yeoh
Zatil Iman
Trios Wanita



Nur Syakirah Yeoh
Zatil Iman
Ziran Nadiah
Berpasukan Wanita



Nur Syakirah Yeoh
Zatil Iman
Ziran Nadiah
Aressa Malenie
Nur Hanisa Salam
Siti Nursyakila Mardyanna
All-Events Wanita



Zatil Iman
Masters Wanita



Siti Nursyakila Mardyanna
Masters Lelaki



Mohd Zaim Zulfadhli





Gangsa




Perseorangan Lelaki



Johan Jamaluddin
Perseorangan Wanita



Nur Syakirah Yeoh
Bergu Wanita



Ziran Nadiah
Siti Nursyakila Mardyanna
Bergu Campuran



Zatil Iman
Mohd Zaim Zulfadhli
Berpasukan Lelaki



Mohd Syafiq Ridhwan
Sufri Hassan
Tan Teck Jin
Mohd Zaim Zulfadhli
Johan Jamaluddin
Mohd Afzal Alif

Pasukan dari Singapore telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan pungutan pingat sebanyak 6 emas, 3 perak dan 3 gangsa.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia!

Untuk artikel dan maklumat yang lebih terperinci, sila lawati www.mtbc.org.my.

Monday, December 01, 2008

LIGA TRIOS IPT AKAN BERMULA PADA JANUARI 2009



Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah Januari 7, 2009.

Muaturun borang pendaftaran di sini.

Muaturun format dan peraturan di sini.

Pasukan-pasukan yang telah mendaftarkan diri adalah :-
  1. UNIVERSITI MALAYA (Staf dan Pelajar)
  2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1 (STAF)
  3. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2 (PELAJAR)
  4. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 1
  5. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 2

Sunday, November 30, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - KEPUTUSAN KESELURUHAN

KWSP JOHAN KESELURUHAN

Pasukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul Juara Keseluruhan Pasukan pada Pesta Sukan Kementerian Kewangan 2008 ini. Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh para pemain KWSP nyata membuahkan hasil. Pasukan A Lelaki mereka muncul pasukan terbaik lelaki manakala Pasukan B mereka duduk di tempat ketiga. Pasukan B Wanita mereka pula mengakhiri pertandingan di tempat keempat dan pasukan A Wanita di tempat ketujuh.

Pasukan Kastam Diraja Malaysia dan Bank Simpanan Nasional masing-masing muncul naib johan dan ketiga keseluruhan pasukan.


KDRM (kanan) dan BSN (kiri)

Hi Series Lelaki dimenangi oleh Rosli Malik dari Pasukan KWSP dan hi series wanita milik Nor Atteya. Atteya juga memenangi Hi-Game Wanita. Rozaimie dari LHDN yang telah menjatuhkan 278 pin pada permainan kedua dalam blok ketujuh. Skor 278 itu adalah hasil rantaian 9 strike, diikuti oleh spare 9 dan diakhiri dengan 9 jatuhan pin pada balingan yang terahkir.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa kerja pertandingan Ain, Syah, Shaz, Amir, Shikin, Hidayah, Iz dan Haziq. Tidak lupa juga kepada staf Ampang Superbowl @ Kajang.

Jawatankuasa Pertandingan

Staf Ampang Superbowl @ Kajang


Keputusan keseluruhan boleh dimuaturun di bawah :-

Keseluruhan
Lelaki
Wanita

Thursday, November 27, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - HARI KETIGA PERTANDINGAN


Pasukan Bank Simpanan Nasional

Hari ketiga Pesta Sukan Kementerian Kewangan bagi sukan Tenpin Bowling menyaksikan pemain Bank Simpanan Nasional mencatat rekod permainan tertinggi (Hi-Game) dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Hi-Game lelaki yang sebelum ini dipegang oleh Muzamir daripada KWSP dengan jumlah jatuhan pin 255 dirampas oleh Wan Rusdi dari BSN dengan hanya 1 markah lebih iaitu 256. Rusdi yang bersenjatakan bola Naga merah berjaya merantai 7 strike dalam permainan kedua dalam blok kelima bagi memperolehi skor tersebut.

Hi-Game wanita pula dipegang oleh Nor Atteya yang telah memperbaiki skor tertinggi sebelum ini iaitu 233 ke 242. Di lorong sebelah, Rosleena dari pasukan KDRM hampir berjaya memotong skor Atteya pada permainan seterusnya tetapi gagal apabila balingannya yang terakhir menghasilkan split 6. Akhirnya, dia mengumpul markah 239, markah individunya yang terbaik setakat ini.


Pasukan A Lelaki KWSP
(Dari kiri: Mohd Yusri, Muzamir Saari dan Idris Rabii)

Bagi kategori pasukan keseluruhan, pasukan KWSP berjaya melangkau KDRM untuk duduk di kedudukan teratas. Ini adalah hasil permainan yang mantap yang ditunjukkan oleh pemain mereka terutamanya Pasukan A Lelaki. Pasukan A Lelaki KWSP yang dibarisi oleh Muzamir Saari, Mohd Yusri dan Idris Rabii bermain dengan cemerlang pada hari ini dan berjaya mengumpul jumlah pasukan dalam satu blok sebanyak 1760 pada blok kelima. Pada blok keenam, mereka mengumpul 1617 dan jumlah ini cukup untuk meletakkan mereka sebagai pasukan lelaki terbaik setakat ini. Rakan sepasukan mereka di Pasukan B di tangga yang kedua manakala KDRM A di tempat ketiga.

Gelaran pasukan wanita terbaik kembali semula kepada Pasukan A BSN apabila mereka menjatuhkan 1538 jumlah jatuhan pin pada blok keenam dan mendahulu Pasukan A KDRM sebanyak 56 pin.

Esok merupakan hari terakhir pertandingan dan pasukan yang bertanding hanya tinggal 2 blok untuk mengejar hadiah-hadiah yang ditawarkan iaitu Johan Pasukan, Naib Johan Pasukan, Ketiga Pasukan serta hadiah sampingan, Hi-Series dan Hi-Game Lelaki dan Wanita.

Keputusan selepas blok keenam boleh dimuaturun di bawah :-

Keseluruhan
Lelaki
Wanita

Wednesday, November 26, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - HARI KEDUA PERTANDINGAN


Pasukan Kastam Diraja Malaysia

Kehangatan pemain KDRM terserlah apabila pasukan mereka berjaya mengekalkan kedudukan mereka semalam. Berpakaian t-shirt biru langit nyata telah memberikan mereka keyakinan untuk terus unggul dalam blok ketiga dan keempat. Pasukan KWSP dan BSN kekal di tempat kedua dan ketiga.

Pasukan B Lelaki KWSP yang telah mengekalkan barisan pemain yang sama pada hari ini masih mendahului pasukan-pasukan yang lain. Rakan seperjuangan mereka di Pasukan A juga kekal di kedudukan mereka iaitu pada tempat ketiga. Pasukan A Lelaki KDRM yang dibarisi Naising Bega, Nik Mohd Ramzu dan Wan Yusof juga tidak berganjak dari posisi kedua.

Dalam kategori Wanita, keadaan yang sama tidak berlaku apabila Pasukan A BSN jatuh ke tempat kedua selepas blok keempat telah dimainkan. Kini di tempat pertama adalah Pasukan A KDRM yang dianggotai oleh Juana, Norhayati dan Roszaleena. Jumlah mereka bertiga pada blok keempat sebanyak 1500 telah membantu mereka memotong Pasukan BSN A. Jumlah itu juga merupakan jumlah yang tertinggi setakat ini bagi satu blok dalam kategori wanita.

Keputusan selepas blok keempat boleh dimuaturun di bawah :-

Keseluruhan
Lelaki
Wanita

Tuesday, November 25, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - HARI PERTAMA PERTANDINGAN

Hari pertama pertandingan tenpin bowling Pesta Sukan Kementerian Kewangan telah berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Pasukan Lelaki dan Wanita KWSP
Segak bergaya memakai tracksuit merah



Kategori Lelaki menyaksikan keunggulan Pasukan B Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) yang dibarisi Noor Azizi Zainudin, Amirul Zaini, dan Rosli Malik manakala kategori wanita sedang didahului oleh Pasukan A Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dianggotai oleh bekas pemain Nasional, Nor Atteya, Azzea Azzetta dan Mashitah.


Walaubagaimanapun, kedua-dua kontingen KWSP dan BSN tidak berada di tempat teratas secara keseluruhan. KDRM atau lebih dikenali sebagai Kastam Diraja Malaysia yang telah mengumpul 11903 jatuhan pin daripada keempat-empat pasukan berada di kedudukan tersebut. Ahli pasukan mereka terdiri daripada Hj.MOHD YUSOFF BIN ALI, WAN YUSOF B. WAN YUNUS, NAISING BIN BEGA, NIK.MOHD RAMZU NASRI BIN NIK IBRAHIM, MD.SAHIAR B. MUSA, ZAINUDDIN B. ABD.TALIB, HADINOR AMIR B. ABDULLAH, ABD.KARIM B. AHMAD, DATIN SHAMSIAH BT. ABD.HAMID, ROSZALEENA BT. ABD.RAHMAN, JUANA BT. HASSAN, NOR HAZURA BT. CHE MUSTAPA, HAMIDAH BT. ABD. LATIFF, SALAMIAH BT. MD.HUSSAIN, NORHAYATI HJ.YUNUS dan MEINI AK GUNGGANG.


Penyokong Pasukan KDRM sentiasa di belakang pemain mereka

Blok ketiga dan keempat akan dijalankan esok. Pasukan-pasukan lain masih mempunyai peluang untuk mengejar gelaran JOHAN PASUKAN kerana terdapat 6 blok lagi.

Keputusan selepas Blok 1 dan 2 boleh dimuaturun di bawah :-

Keseluruhan Pasukan
Lelaki
Wanita

Monday, November 24, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - SEHARI SEBELUM KEJOHANAN

Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang yang merupakan venue pertandingan sukan Tenpin Bowling bagi Pesta Sukan Kementerian Kewangan telah bersiap sedia untuk menerima seramai 128 pemain boling yang terdiri daripada staf agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Pasukan-pasukan yang akan memulakan perjuangan mereka bermula esok telah mula berlatih di ASB seawal 2 minggu lepas untuk menyesuaikan diri dengan keadaan lorong dan persekitaran pusat boling.

Jawatankuasa kerja kejohanan yang terdiri daripada ahli Kelab Tenpin Bowling UKM telah berkumpul di ASB untuk membuat penyiapan terakhir untuk memastikan acara yang akan bermula pada keesokan harinya akan berjalan dengan lancar dan teratur.

Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua peserta dan semoga kejohanan ini akan dilangsungkan dengan penuh semangat kesukanan dan persahabatan di kalangan peserta.

Sila klik di sini untuk memuaturun kedudukan lorong pasukan.

Monday, November 17, 2008

Pertandingan boling Pesta Sukan Kementerian Kewangan 22 November


Sinar Harian | November 17, 2008 | Nazrol Jamaluddin

BANGI – Bank Simpanan Nasional (BSN) bakal menjadi tuan rumah bagi Pesta Sukan Kementerian Kewangan 2008 yang dijadualkan bermula pada 22 hingga 29 November ini.

Terdapat 11 acara sukan yang bakal dipertandingkan termasuk tenpin boling yang akan berlangsung di Ampang Superbowl, Kajang bermula 25 hingga 28 November.

Pertandingan yang dianjurkan dengan khidmat pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan penyertaan dari lapan agensi terlibat iaitu Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia (BNM), Perbendaharaan Malaysia (MOF) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk BSN.

Pengarah pertandingan boling, Tay Li Neo berkata, Kelab Tenpin Boling UKM diberikan tugas untuk mengendalikan acara berkenaan.

“Bagi acara tenpin boling, dua kategori akan dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita di mana setiap agensi perlu menghantar 16 pemain yang terdiri daripada lapan lelaki dan lapan wanita.

“Kesemua pemain ini akan dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pasukan A dan pasukan B,” katanya.

Menurutnya, format pertandingan boling kali ini adalah acara trio di mana setiap pasukan menghantar tiga pemain untuk setiap blok.

“Setiap pasukan akan bermain sebanyak lapan blok permainan dan pemain akan bermain sebanyak tiga permainan dalam setiap blok.

“Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah jatuhan pin daripada 24 permainan akan diisytiharkan sebagai pemenang,” katanya.

Sunday, November 16, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN

Pada tahun ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan tuan rumah bagi Pesta Sukan Kementerian Kewangan dan mereka telah mendapatkan khidmat UKM untuk menganjurkan acara tahunan ini daripada November 22-29, 2008. Selain daripada BSN, terdapat tujuh lagi agensi yang terlibat iaitu Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia (BNM), Perbendaharaan Malaysia (MOF) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Terdapat sebanyak 11 sukan yang dipertandingkan dan tenpin bowling adalah salah satu daripadanya. Tenpin bowling akan diadakan di Ampang Superbowl, Kajang daripada November 25-28, 2008.

Bagi acara tenpin bowling, 2 kategori akan dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita. Setiap agensi akan menghantar 16 pemain yang terdiri daripada 8 lelaki dan 8 wanita. Daripada 8 pemain ini, mereka akan dibahagikan kepada Team A dan Team B.

Format bagi Pesta Sukan Kementerian Kewangan adalah Trios (Bertiga) di mana setiap Team akan bermain sebanyak 8 blok dan pemain akan bermain sebanyak 3 permainan dalam setiap blok. Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah jatuhan pin daripada 24 permainan (8 blok x 3 permainan) akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Kelab Tenpin Bowling UKM diberikan tugas untuk mengendalikan sukan Tenpin Bowling dan Tay Li Neo telah dilantik sebagai Ketua Pengadil @ Pengarah Pertandingan.

Berikut adalah senarai jawatankuasa pertandingan bagi sukan Tenpin Bowling :-
Pengarah Pertandingan: Tay Li Neo
Penolong Pengarah
1) Nurul Ain Binti Hanzir
2) Mohd Syahrin Bin Abdul Rahaman
AJK1) Nurul Hidayah Binti Roslan
2) Muhammad Shazni Bin Sharifuddin
3) Nurul Ashikin Binti Anuar
4) Ahmad Rizuan Bin Mohamed
5) Muhammad Haziq Bin Abdul Karim
6) Rozanna Binti Rosdin

Keputusan harian dan gambar akan diposkan di sini.

Wednesday, October 29, 2008

Boling Tertutup UKM: Bekas presiden atasi presiden


Sinar Harian | Oktober 29, 2008 | Nazrol Jamaluddin

KAJANG – Pertandingan akhir Pertandingan Boling Tertutup Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyaksikan tempat pertama dan kedua dimenangi individu yang memimpin Kelab Tenpin Boling universiti tersebut.

Bekas presiden kelab, Nornikman Ag Kati muncul juara setelah menewaskan presiden kelab, Nurul Ain Hanzir, untuk memenangi RM500, manakala Ain pula membawa pulang RM300 setelah berakhirnya pusingan akhir pertandingan tersebut di Ampang Superbowl, Metro Kajang, 26 Oktober lalu.

Bermain menggunakan format step ladder, terdahulu Nikman menempatkan diri di tempat pertama Master Final dengan mengumpul jatuhan pin sebanyak 1,446 pin bagi lapan permainan, manakala Ain di tangga ketiga dengan catatan 1,417 jatuhan pin.

Pada peringkat step ladder pertama, Ain berjaya menewaskan dua peserta lain dengan catatan 180 pin untuk kembali bertemu Nikman yang menunggu di perlawanan akhir namun, beliau gagal untuk menewaskan Nikman.

Di step ladder kedua, menyaksikan Nikman melakukan catatan 187 jatuhan pin, manakala Ain sekadar melakukan catatan 159 jatuhan pin.

Sementara itu, pengarah projek, Muhd Syahrin Abd Rahaman gembira dengan kejayaan penganjuran pertandingan tersebut walaupun pelbagai halangan dihadapi.

“Walaupun berbagai halangan dihadapi, kejohanan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya ditambah dengan peruntukan yang diterima dari Pusat Sukan UKM.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua penuntut dan kakitangan universiti ini dianjurkan oleh Kelab Tenpin Boling dengan bantuan Pusat Sukan UKM dan ini terbahagi kepada dua bahagian,” katanya.

Tambahnya, pusingan yang pertama, iaitu MQ (Master Qualification) telah berlangsung selama dua minggu pada setiap Isnin hingga Khamis bermula pada 13 Oktober dan berakhir pada 23 Oktober lalu.

“16 pemain yang mencatatkan MQ tertinggi layak ke pusingan kedua iaitu final yang diadakan pada hari ini (25 Oktober),” katanya

Sunday, October 26, 2008

Peringkat Akhir Kejohanan Tertutup UKM 2008



Kejohanan ini yang dijalankan pada 25 Oktober telah menyaksikan perebutan kedudukan pertama, kedua dan ketiga antara 15 peserta peringkat akhir.

Selepas bermain sebanyak 8 permainan, Nornikman telah menduduki tempat pertama, En Sanusi di tempat kedua, Nurul Ain di tempat ketiga dan Noor Diran di tempat keempat. Keempat- empat peserta ini akan bertanding secara kalah mati bagi menentukan kedudukan mereka di mana peserta pada tempat kedua, ketiga dan keempat bertanding sekali lagi sebanyak 1 permainan.

Selepas sessi kalah mati (knock-out), Nurul Ain berjaya meneruskan permainan bagi merebut tempat pertama manakala En Sanusi jatuh ke tempat ketiga dan Noor Diran kekal di tempat keempat. Nurul Ain menang terhadap En Sanusi dan Noor Diran sebanyak 181 - 162 - 159.

Apa yang menariknya di sini, sessi kalah mati akhir ini menyaksikan perlawanan antara presiden Kelab Tenpin Bowling UKM dan Mantan presiden kelab tenpin bowling sessi 2007/2008. Pertandingan ini ditamatkan sebaik sahaja Nurul Ain tidak berjaya mengalahkan Nornikman pada pusingan kalah mati seterusnya sekaligus Nornikman berjaya memastikan kedudukannya pada tempat pertama dengan kemenangan 187 - 159.

Acara penyampaian hadiah merupakan penutup bagi pertandingan ini. Tempat pertama dimenangi oleh Nornikman membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00, tempat kedua Nurul Ain membawa pulang wang tunai RM300 dan tempat ketiga, En Sanusi membwa pulang wang tunai RM150.00.

Hadiah MQ tertinggi juga turut diberikan kepada MQ tertinggi yang pertama hingga ketiga. MQ tertinggi pertama dimenangi oleh Muhd Shazni dengan jatuhan pin 584 bagi 3 permainan, tempat kedua, Tay Li Neo dengan jatuhan pin sebanyak 547 jatuhan pin dan Mohd Hafiz dengan jatuhan pin.

Pertandingan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Tahniah kepada yang menang dan bagi yang kurang berjaya, peluang masih terbuka pada masa hadapan.

Untuk makluman ahli kelab, aktiviti ini merupakan aktiviti penutup bagi semester 1 sessi pengajian 2008/2009. Aktiviti seterusnya akan dijalankan pada semester hadapan. Terima kasih kepada yang menyokong aktiviti dan perjalanan kelab ini. Diharap kelab ini akan lebih maju dengan adanya sokongan dan kerjasama semua ahli kelab. Majulah Sukan Bowling Untuk UKM.

Thursday, October 23, 2008

HARI TERAKHIR SESI KELAYAKAN PERTANDINGAN TERTUTUP UKM

Hari ini (23 oktober 2008) merupakan hari terakhir para peserta dari UKM berentap untuk melayakkan diri ke acara Master Pertandingan Tertutup UKM. Hanya seorang peserta membuat percubaan terakhir untuk melayakkan diri ke acara Master iaitu Muaz Ghazali.

Nama peserta-peserta yang layak ke acara master dipaparkan di sebelah di mana 16 peserta terbaik layak ke acara Master tersebut. Tiada peserta layak melalui percubaan terbanyak MQ kerana kesemua peserta yang mencuba nasib memperbaiki markah MQ telah berjaya mempertingkat mutu permainan mereka seterusnya melayakkan mereka ke acara Master. Tahniah kepada kesemua pemain yang layak. Bagi yang tidak berjaya, terima kasih juga diucapkan. Semoga usaha berterusan anda akan membawa kejayaan di masa akan datang.

Bagi peserta-peserta yang telah berjaya melayakkan diri ke acara Master, anda diingatkan supaya berada di ASB selewat-lewatnya jam 9.30 bagi sesi pendaftaran dan cabutan lorong. Bagi para peserta di tempat ke 17,18 dan seterusnya, anda turut dijemput untuk hadir menyaksikan acara Master. Terima kasih.

Majulah sukan untuk UKM.. (^-^)!!

Monday, October 13, 2008

PERTANDINGAN TERTUTUP UKM BERMULA

Hari ini merupakan hari pertama bagi kelayakan MQ Pertandingan Tertutup UKM. Hanya 2 pemain telah membuat cubaan dan skor mereka tertera di sebelah kanan pada jadual yang bewarna biru.

Kami akan mengemaskini jadual tersebut selepas setiap hari pertandingan.

Janganlah malu, janganlah segan. Ini adalah peluang anda, Warga UKM untuk merasai suasana pertandingan berformatkan MQ ini jadi apa yang anda tunggu lagi?!!! Minggu ini harga MQ (3 permainan) adalah RM20 untuk pelajar dan RM25 untuk staf. Harga ini akan meningkat kepada RM25 untuk pelajar dan RM30 untuk staf pada minggu hadapan. Oleh itu, rebutlah peluang ini untuk bermain dengan murah!!!!

Friday, October 10, 2008

Pertandingan boling untuk warga UKM


Sinar Harian | Oktober 10, 2008 | Nazrol Jamaluddin

BANGI - Selepas kejayaan penganjuran Pertandingan Trio Ramadan baru-baru ini, Kelab Tenpin Boling Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi menganjurkan pertandingan untuk semua warga universiti tersebut.

Menggunakan format Master Qualifying (MQ), Pertandingan Tertutup Tenpin Bowling UKM 2008 terbuka buat semua kakitangan dan pelajar UKM.

Presiden kelab berkenaan, Nurul Ain Hanzir berkata, kejohanan ini merupakan julung kalinya pertandingan format ini dianjurkan oleh Kelab Tenpin Boling UKM.

“Tujuan utama pertandingan ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan semua warga UKM di samping meningkatkan kemampuan bersaing antara pemain-pemain boling UKM.

“Setiap pemain yang mengambil bahagian boleh membuat MQ lebih daripada sekali. Setiap MQ adalah tiga permainan dan selepas membuat MQ, skor pemain akan dipaparkan dalam jadual,” katanya.

Menurut Nurul, setiap pemain yang ingin menyertai pertandingan ini boleh membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM10 dan membuat pembayaran untuk yuran permainan.

“Yuran permainan untuk MQ pada 13 hingga 16 Oktober adalah sebanyak RM20 untuk pelajar dan RM25 bagi kakitangan manakala bagi mereka yang membuat MQ pada 21 hingga 23 Oktober adalah RM25 untuk pelajar dan RM30 bagi kakitangan.

“MQ akan dijalankan pada tarikh tersebut bermula jam 5.30 petang, 6.30 petang dan 7.30 petang dan 16 pemain yang mempunyai jumlah tertinggi dalam 1 MQ (3 permainan) akan layak ke pusingan Masters,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, juara akan ditentukan melalui pusingan Stepladder di mana selepas lapan permainan dijalankan, empat pemain di tangga teratas akan meneruskan perjuangan ke peringkat tersebut.

“Peserta yang menyertai pertandingan ini juga akan diberikan handicap mengikut kategori yang ditetapkan pihak penganjur,” katanya.

Pusingan Masters akan berlangsung pada 25 Oktober ini di Ampang Superbowl, Metro kajang bermula jam 9.30 pagi dan hadiah wang tunai melebihi RM1,000 menanti pemenang-pemenang di pusingan ini.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Muhd Syahrin Ab. Rahaman di talian 012-9121226 untuk maklumat lanjut.

Thursday, October 09, 2008

LIGA TRIOS INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DITUNDA

Ingin dimaklumkan bahawa LIGA TRIOS INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI anjuran Kelab Tenpin Bowling UKM DITUNDA kepada Januari 2009 berikutan pasukan yang mendaftar tidak memenuhi kuota yang ditetapkan.

Terima kasih kepada pasukan yang telah mendaftar. Pasukan anda akan dikekalkan dan akan dihubungi apabila terdapat maklumat terkini.

Kepada institusi-institusi yang masih berminat dan ingin menyertai, anda mempunyai masa sehingga akhir Disember untuk membuat pendaftaran.

Surat tentang penundaan tarikh liga ini akan dihantar kepada institusi anda.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi TAY LI NEO (016-2798127) atau NURUL AIN (013-2578391).

Sekian harap maklum dan terima kasih.

Wednesday, October 08, 2008

PERTANDINGAN TERTUTUP TENPIN BOWLING UKM 2008

Kelab Tenpin Bowling UKM akan menganjurkan Pertandingan Tertutup Tenpin Bowling UKM 2008 bermula pada minggu hadapan di Ampang Superbowl @ Metro Kajang. Pertandingan ini berformatkan MQ (Master Qualifying) dan ini adalah kali pertama pertandingan format ini dijalankan.

Setiap pemain yang mengambil bahagian boleh menbuat MQ lebih daripada sekali. Setiap MQ adalah 3 permainan. Selepas membuat MQ, skor pemain akan dipaparkan dalam jadual. 16 pemain yang mempunyai jumlah tertinggi dalam 1 MQ (3 permainan) akan layak ke pusingan MASTERS.

Berikut adalah masa-masa yang anda boleh melakukan MQ:-

JADUAL MQ

TARIKH / MASA
1700
1730
1830
1930
13 Okt (Isnin)

L
A
N
E

O
I
L
I
N
G

MQ
MQ
MQ
14 Okt (Selasa)
MQ
MQ
MQ
15 Okt (Rabu)
MQ
MQ
MQ
16 Okt (Khamis)
MQ
MQ
MQ
20 Okt (Isnin)
MQ
MQ
MQ
21 Okt (Selasa)
MQ
MQ
MQ
22 Okt (Rabu)
MQ
MQ
MQ
23 Okt (Khamis)
MQ
MQ
MQ

Berikut adalah yuran pendaftaran dan yuran permainan pertandingan :-

Yuran Pendaftaran : RM10/- (Sekali bayar)
Yuran Permainan :-

13-16 Oktober Pelajar RM20/-
Staf RM25/-

21-23 Oktober Pelajar RM25/-
Staf RM30/-

Handicap akan diberikan mengikut jadual berikut :-

StatusLelaki
Wanita
Pelajar Biasa
5
10
Pelajar/Pemain Wakil UKM
0
5
Semua Staf
0
5

Seperti yang diterangkan di atas, 16 pemain yang mempunyai skor tertinggi MQ akan layak ke acara Masters. Butiran seperti di bawah :-

MASTERS
Tempat : Ampang Superbowl, Metro Kajang
Tarikh : 25 Oktober 2008
Masa : 9.30am (Pendaftaran), 10.00am (Roll-off)
Jumlah permainan : Lapan (8)
Yuran Masters : RM50/-


Selepas 8 permainan telah dijalankan, 4 pemain di tangga teratas akan meneruskan perjuangan ke pusingan yang seterusnya iaitu Stepladder. Pusingan Stepladder ini terbahagi kepada dua peringkat. Di peringkat pertama Stepladder, pemain di tempat kedua, ketiga dan keempat daripada pusingan masters final akan bermain satu permainan dan pemain yang mendapat skor tertinggi akan mara ke peringkat kedua Stepladder. Di peringkat kedua Stepladder, pemenang pada peringkat pertama tadi akan berhadapan dengan pemain yang menduduki tempat pertama dalam pusingan masters. Kedua-dua pemain ini akan bermain satu permainan. Jika pemain tempat pertama peringkat Masters menang permainan ini, maka dia secara otomatik akan dikira pemenang. Jika, pemenang Stepladder peringkat pertama menang, maka satu lagi permainan akan dijalankan dan pemain yang mendapat jumlah jatuhan pin tertinggi dalam permainan kedua ini akan dikira pemenang.


Hadiah wang tunai lebih daripada
RM1000.00
menanti pemenang-pemenang Masters!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Muhd Syahrin di 0129121226.

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kepada semua umat Islam di Malaysia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILIFITRI & MAAF ZAHIR BATIN!  
Ucapan ini ditujukan terutamanya kepada AJK Kelab Tenpin Bowling UKM yang telah berusaha keras selama ini untuk memastikan kelab ini sentiasa bergiat cergas.  Kepada Nikman, Ain, Ana, Diran, Syahrin, Fadh, Raja, Aizat, Shaz, Syikin...I'm so proud of you guys.  Keep up the good work and kelab kita pasti akan menang kelab terbaik tahun ini!!!  Woo hoo!!!

Friday, September 19, 2008

Kelab Tenpin Boling UKM teruskan tradisi


Sinar Harian | September 19, 2008 | Nazrol Jamaluddin

BANGI - Kelab Tenpin Boling Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sentiasa aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan sukan berkenaan sama ada di peringkat universiti itu sendiri mahupun di peringkat universiti lain di Malaysia.

Ia yang mula ditubuhkan sejak sesi pengajian 2004/05 lalu, kelab itu kini tidak lagi menoleh ke belakang untuk terus merancakkan sukan boling terutamanya untuk pelajar UKM.

Presiden Kelab Tenpin Boling UKM sesi 2008/09, Nurul Ain Hanzir menjelaskan, kelab tersebut merancang pelbagai lagi program sepanjang sesi pengajian ini.

“Selepas kejayaan menganjurkan trio Ramadan baru-baru ini, selepas hari raya nanti kelab akan menganjurkan pertandingan secara liga.

“Pertandingan ini dijalankan bukan setakat untuk kelab ini sahaja, sebaliknya ia dianjurkan melibatkan lain-lain universiti terutama di sekitar Lembah Klang ini dan liga trios tenpin boling institusi pengajian tinggi seperti ini merupakan liga yang pertama kali dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi awam,” katanya.

Tambahnya, liga ini terbuka untuk pelajar dan staf semua institusi pengajian tinggi di mana ia akan dijalankan di Ampang Superbowl Kajang, Metropoint Kajang.

Beliau berkata, untuk sesi kali ini, seramai kira-kira 100 penuntut dari semester satu telah mendaftarkan diri menjadi ahli termasuk juga penuntut semester lain yang terus mendaftar.

“Antara aktiviti utama yang dianjurkan adalah klinik boling di mana ahli kelab didedahkan dengan teknik-teknik asas bermain boling oleh mereka yang bertauliah dalam sukan ini.

“Tahun lalu, kita turut menjemput jurulatih di peringkat Asia untuk memberi pendedahan kepada ahli kelab mengenai berkaitan teknik-teknik permainan ini,” katanya.

Selain itu menjelaskan mengenai pencapaian kelab berkenaan katanya, antara pencapaian utama mereka pernah dianugerahkan kelab sukan terbaik.

“Kelab ini menerima Anugerah Kelab Sukan Terbaik UKM bagi sesi pengajian 2006/07 berdasarkan pencapaian dan aktiviti kelab di Malam Anugerah Sukan UKM.

“Selain itu, setiap kali aktiviti diadakan, sambutan yang diterima selalunya menggalakkan terutama apabila melibatkan lain-lain universiti yang turut mempunyai pemain-pemain boling kebangsaan,” katanya.

Jelasnya, kelab itu juga sentiasa mendapat sokongan dan bantuan daripada Pusat Sukan UKM untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan juga pertandingan dan dijadualkan Oktober ini akan diadakan pertandingan yang dijalankan dalam format MQ dan pertama kali format ini dilaksanakan oleh Kelab Tenpin Boling UKM.

Tuesday, September 16, 2008

Pertandingan Trio Ramadan Kelab Tenpin Boling UKM


Sinar Harian | September 16, 2008 | Nazrol Jamaluddin

SRI PETALING – Seramai 39 pemain menyertai Pertandingan Trio Ramadan anjuran Kelab Tenpin Bowling Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung di Mega Lanes Kuala Lumpur, Endah Parade, kelmarin.

Trio Satay yang dibarisi Nurul Hidayah Roslan, Mohd Fidaie Mohammad dan Ian Tay Yee Ren muncul juara dengan catatan 1,580 jatuhan pin dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM240.

Berada ditangga kedua ialah trio ‘Kami Mampu’ terdiri daripada Nornikman Ag Kati, Mohd Shahril Hussin dan Rashidi Lakimin yang melakukan catatan sebanyak 1,467 jatuhan pin.

Trio ‘No Name’ terdiri daripada Mohammad Hafiz Ali, Nurul Hakimi Najmudin dan Mohd Ansharullah Ismail berada di tangga ketiga sekadar ketinggalan 36 pin dengan catatan 1,431 jatuhan pin.

Tempat keempat dimenangi kumpulan ‘Kopi Jantan’ dengan jatuhan pin sebanyak 1,405 pin. manakala tempat kelima dimenangi oleh trio ‘Apa-apa ajelah’ dengan jatuhan pin sebanyak 1,377 pin.

Presiden Kelab Tenpin Bowling UKM sesi 2008/2009, Nurul Ain Hanzir menjelaskan pertandingan kali ini berjalan dengan lancar dan sambutan yang diterima menggalakkan.

“Pertandingan ini turut mendapat bantuan kewangan dari Pusat Sukan UKM yang menyumbangkan wang tunai sebanyak RM300 untuk menjayakan program ini.

“Pengarah projek pada kali in Nurul Ashikin Anuar berjaya menganjurkan program ini dengan baik di samping kerjasama dan bantuan semua ahli kelab turut membantu melancarkan program ini walaupun dijalankan di dalam bulan puasa,” katanya.

Menurutnya, selain hadiah berkumpulan, hadiah individu jatuhan pin tertinggi dan terbanyak turut disediakan.

“Namun, peserta yang telah memenangi hadiah utama berkumpulan tidak boleh menerima hadiah ini,” katanya.

Hadiah jatuhan pin terbanyak dimenangi Ahmad Rizuan Mohamed dari trio ‘Roti Bakar’ dengan jatuhan pin sebanyak 506 dan jatuhan tertinggi dimenangi Ahmad Ayub Salamon dari trio ‘Kucing Merah Miow Meaw’ dengan jatuhan 180 pin.

Monday, September 15, 2008

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TRIO RAMADHAN



Ini adalah keputusan Pertandingan Trio Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Kelab Tenpin Bowling UKM. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar UKM dan telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan daripada pelajar. Seramai 39 orang iaitu sebanyak 13 pasukan menyertai pertandingan ini. Pengarah projek, Nurul Ashikin Binti Anuar telah melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya bersama sokongan dan bantuan daripada ahli- ahli kelab yang lain.

Peserta- peserta membayar yuran permainan sebanyak RM 60.00 sekumpulan dan bermain sebanyak 3 game sahaja memandangkan bulan ini merupakan bulan puasa. Pemenang tempat pertama yang mendapat hadiah wang tunai bernilai RM 240.00 adalah 'Trio Satay' dengan jatuhan pin sebanyak 1580 jatuhan pin. Trio ini terdiri daripada Nurul Hidayah Binti Roslan. Mohd Fidaie Bin Mohammad dan Ian Tay Yee Ren dengan masing-masing memperoleh jatuhan pin sebanyak 465, 477, dan 638. Ian Tay telah berjaya memperoleh purata jatuhan pin lebih daripada 210 jatuhan pin sekaligus melonjakkan trio mereka ke tempat pertama dengan perbezaan jatuhan pin sebanyak 113 pin.

Trio pada tempat kedua pula adalah Trio 'Kami Mampu' dengan jatuhan pin sebanyak 1467. Trio ini terdiri daripada Nornikman Bin Ag. Kati, Mohd Shahril Bin Hussin dan Rashidi Bin Lakimin. Masing- masing dengan jatuhan pin sebanyak 519, 457, dan 491 menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 180. Trio pada tempat ketiga pula yang mendapat wang tunai bernilai RM120.00 adalah trio 'No Name' yang terdiri daripada Mohammad Hafiz Bin Ali, Nurul Hakimi Bin Najmudin dan Mohd Ansharullah Bin Ismail masing- masing dengan jatuhan pin 479, 466, dan 486 menghasilkan jumlah jatuhan pin sebanyak 1431. Kumpulan pada tempat kedua dan ketiga menyaksikan persaingan yang amat sengit memandangkan mereka bertanding di lane yang bersebelahan.

Tempat keempat yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 90.00 dimenangi oleh kumpulan 'Kopi Jantan' dengan jatuhan pin sebanyak 1405 pin. Mereka terdiri daripada Muhammad Shazni Bin Sharifuddin, Muhammad Syahrin Bin Ab Rahaman dan Muhammad Aizat Bin Abdullah masing- masing dengan jatuhan pin sebanyak 475, 430, dan 500. Manakala tempat kelima pula mendapat RM 60.00 dimenangi oleh trio 'Apa-apa ajelah' dengan jatuhan pin sebanyak 1377 dan terdiri daripada Noor Diran Binti Ahmad, Raja Amir Saifuddin Bin Raja Zaharudin dan Khairul Nizam Bin Muhamad Fuat dengan jatuhan pin masing- masing 443, 490, dan 444 jatuhan pin.

Bagi hadiah high series dan high game, peserta yang telah memenangi hadiah utama iaitu tempat pertama hingga kelima, tidak boleh menerima hadiah high series dan high game. Oleh yang demikian, high series dimenangi oleh Ahmad Rizuan Bin Mohamed dari trio 'Roti Bakar' dengan jatuhan pin sebanyak 506 dan high game pula oleh Ahmad Ayub Bin Salamon dari trio 'Kucing Merah Miow Meaw' dengan jatuhan pin tertinggi 180.

Kelab Tenpin Bowling UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta yang sudi menyertai pertandingan anjuran kami. Tahniah kepada pemenang-pemenang!

Klik di sini untuk keputusan penuh

Saturday, September 06, 2008

PERTANDINGAN BOLING TRIO RAMADHAN



Klik di sini untuk paparan Poster

Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, Kelab Tenpin Bowling UKM dengan bangganya akan mengadakan pertandingan boling Trio Ramadhan. Peserta akan bermain secara berpasukan di mana tiga orang akan mewakili satu pasukan. Trio Ramadhan dibuka untuk semua pelajar UKM. Pertandingan akan berlangsung di Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade, Sri Petaling. Berikut adalah butir-butir pertandingan:

        Tarikh: 14 SEPTEMBER 2008

        Masa: 10.00 PAGI

        Tempat: MEGALANES KL, ENDAH PARADE,
                SRI PETALING

        Yuran: RM60 SEPASUKAN** (3 ORANG)

        Hadiah: 1st - RM 240
                    2nd - RM 180
                    3rd - RM 120

        *hadiah bergantung pada penyertaan

        Handicap (setiap game):
                    Pemain UKM Lelaki = 0
                    Pemain UKM Wanita = +7
                    Pemain Lelaki = +5
                    Pemain Wanita = +12

**Satu pasukan tidak boleh diwakili lebih daripada seorang pemain UKM atau bekas pemain UKM.

Kelab Tenpin Bowling UKM akan menyediakan sebuah bas untuk peserta yang ingin menaiki bas atau yang mempunyai masalah pengangkutan. Bas akan bergerak pada pukul 8.30 pagi. Oleh itu, kepada peserta yang ingin menaiki bas, sila berkumpul di Stadium UKM pada pukul 8.00 pagi.

Untuk pendaftaran, hubungi:

Shikin - 0176377067
Ain - 0132578391
Fadhli - 0125025204

Sila berikan nama-nama pemain dan nama pasukan.

Saturday, August 30, 2008

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN




Kelab Tenpin Bowling UKM mengucapkan selamat berpuasa dan menjalankan ibadah dibulan Ramadhan yang mulia ini. Diharap pada Ramadhan kali ini bertambah-tambah amalan dan semakin menebal rasa kesyukuran dengan nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita selama ini. Semoga semua amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan ini diterima dan diberkati Allah hendaknya.

Kepada semua ahli Kelab Tenpin Bowling UKM, latihan mingguan tidak akan dijalankan sepanjang bulan puasa ini. Harap maklum.

Selamat berpuasa!

Thursday, August 28, 2008

KEPUTUSAN PEMILIHAN ATLIT BOLING PASUKAN UKM (HARI KEEMPAT)



Hari keempat pemilihan untuk atlit ukm telah pun berlangsung pada petang tadi bersamaan 28hb Ogos 2008. Seramai 14 orang telah menyertai pemilihan tersebut untuk hari yang keempat ini. Berikut adalah keputusan penuh:-


LELAKI

Click to enlarge


PEREMPUAN

Click to enlarge

Wednesday, August 27, 2008

KEPUTUSAN PEMILIHAN ATLIT BOLING PASUKAN UKM (HARI KETIGA)


Hari ketiga pemilihan untuk atlit ukm telah pun berlangsung pada petang tadi bersamaan 27hb Ogos 2008. Seramai 15 orang telah menyertai pemilihan tersebut untuk hari yang ketiga ini. Hanya peserta lelaki sahaja yang bermain. Berikut adalah keputusan hari ketiga:-


LELAKI

Click to enlarge



PEREMPUAN

Click to enlarge

KEPUTUSAN PEMILIHAN ATLIT BOLING PASUKAN UKM (HARI KEDUA)


Hari kedua pemilihan untuk atlit ukm telah pun berlangsung pada petang tadi bersamaan 26hb Ogos 2008. Seramai 29 orang telah menyertai pemilihan tersebut untuk hari yang kedua ini. Berikut adalah keputusan hari kedua:-


Click to enlarge

Monday, August 25, 2008

KEPUTUSAN PEMILIHAN ATLIT BOLING PASUKAN UKM (HARI PERTAMA)


Pemilihan untuk atlit ukm telah bermula pada petang tadi bersamaan 25hb Ogos 2008. Seramai 20 orang telah menyertai pemilihan tersebut untuk hari yang pertama. Berikut adalah keputusan bagi blok yang pertama:-


Click to enlarge

Wednesday, August 20, 2008

PEMILIHAN PEMAIN UNTUK PASUKAN UKM (TEAM UKM)



Kelab Tenpin Bowling UKM akan mengadakan pemilihan pemain boling untuk Team UKM. Team UKM merupakan satu pasukan yang berada di bawah naungan UKM. Atlit - atlit Team UKM akan mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan. Pemilihan akan dijalankan pada 25 Ogos hingga 28 Ogos 2008 di Ampang Superbowl, Metropoint, Kajang. UKM hanya akan memilih sebanyak 16 orang sahaja iaitu 8 lelaki dan 8 perempuan. Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri mulai sekarang. Berikut adalah butiran lanjut mengenai pemilihan untuk menyertai Team UKM :-



      TARIKH : 25 Ogos 2008 - 28 Ogos 2008 (Isnin - Khamis)
      MASA: 5.30 PM - 7.30 PM
      TEMPAT: Ampang Superbowl, Metropoint, Kajang
      FORMAT: 12 permainan ( 6 permainan sehari - 2 sesi)
      BAYARAN: RM50 seorang

      Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar UKM.

      Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi:-

      NORNIKMAN : 017-2357078
      TAY LI NEO : 016-2798127
      NURUL AIN : 013-2578391



*PESERTA AKAN BERMAIN SEBANYAK 2 BLOK.

*PESERTA AKAN BERMAIN 6 GAMES UNTUK BLOK YANG PERTAMA DAN 6 GAMES UNTUK BLOK YANG KEDUA. (JUMLAH 12 GAMES)

*PESERTA DI KEHENDAKI MEMILIH DUA HARI DI ANTARA HARI ISNIN HINGGA KHAMIS IAITU PADA 25,26,27,ATAU 28 OGOS 2008 UNTUK BERMAIN.

*PEMILIHAN AKAN DIJALANKAN PADA JAM 5.30 PETANG HINGGA 7.30 PETANG.

*PESERTA AKAN BERMAIN DI AMPANG SUPERBOWL, METROPOINT, KAJANG SAHAJA.

*PESERTA DIKEHENDAKI UNTUK
MENDAFTAR SEBELUM 25 OGOS 2008.

*UNTUK PENDAFTARAN SILA BERIKAN NAMA PENUH, NOMBOR IC, NOMBOR MATRIK, NOMBOR TELEFON, DAN NYATAKAN DUA HARI YANG ANDA PILIH UNTUK BERMAIN.


PERTANDINGAN ALU-ALUAN KELAB TENPIN BOWLING UKM

Pada 5 Ogos yg lepas, Kelab Tenpin Bowling UKM telah mengadakan satu pertandingan alu-aluan kepada ahli2 kelab tenpin boling yang baru. Ini kerana Kelab Tenpin Bowling UKM berjaya menerima ramai kemasukan ahli baru bagi sesi 2008/2009. Sehubungan dengan itu, Kelab Tenpin Bowling UKM mengadakan pertandingan alu-aluan bagi mengeratkan hubungan ahli kelab dengan AJK Kelab Tenpin Bowling UKM selain dapat berkenal-kenalan dan beramah mesra. Seramai 22 orang ahli kelab baru telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan berlangsung di Ampang Superbowl Kajang, Metropoint.

Berikut adalah keputusan pertandingan alu-aluan tersebut:-

    Kategori Lelaki

    Tempat pertama : Mohd Fazlee Abd Wahab
    Tempat kedua : Mohd Ansharullah Ismail
    Tempat ketiga : Muhammad Haziq Abd Karim
    Tempat keempat : Mohd Zahin Syafiq Abd Aziz

    Kategori Perempuan

    Tempat pertama : Hamidah Samingan
    Tempat kedua : Haziela Hamid
    Tempat ketiga : Sek Fong Chin

    High game

    John Liew Vui Li


Juara Kategori Lelaki
Juara Kategori Perempuan

Pemenang High Game


Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Mantan Presiden Kelab Tenpin Bowling UKM, saudara Nornikman bin Ag. Kati.


Wednesday, July 30, 2008

AGM KE-4 MENDAPAT SAMBUTAN


Para peserta mesyuarat
Walaupun terpaksa dilangsungkan di satu venue yang agak berjauhan daripada kolej-kolej yang lain, Mesyuarat Agung ke-4 Kelab Tenpin Bowling UKM berjaya mendapat sambutan daripada lebih 40 peserta yang datang daripada sejauh Kolej Pendeta Zaa'ba. Sambutan yang baik ini juga adalah hasil pengorbanan AJK Kelab yang telah berulang-alik untuk mengambil dan menghantar para pelajar.


Dari kiri: Raja Zaharul, Nurul Ain, Cik Alia

Mesyuarat dimulakan dengan kata alu-aluan dan pengenalan kelab daripada Cik Nurul Ain, Presiden Sesi 2008/2009 dan diikuti dengan ucapan daripada tetamu jemputan Cik Alia yang merupakan Pegawai dariapada bahagian Kelab dan Penyediaan Atlit Pusat Sukan UKM.

Pada malam tersebut, Saudara Raja Zaharul Ashriq ditugaskan sebagai Pengacara Majlis dan beliau telah berjaya menambat hati peserta dengan celoteh bersahaja beliau.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dimaklumkan kepada peserta seperti latihan mingguan, Pertandingan Bulanan, Klinik Asas dan sebagainya.

Latihan mingguan ditetapkan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat. Pada hari Isnin dan Selasa, latihan akan dijalankan di Ampang Superbowl, Metro Point Kajang daripada pukul 5-8pm. Manakala latihan pada hari Jumaat akan diadakan di Megalanes KL, Endah Parade, Sri Petaling pada waktu yang sama. Khidmat jurulatih akan disediakan pada hari dan waktu tersebut kepada yang berminat untuk mempelajari teknik yang betul.

Satu Pertandingan Alu-Aluan akan dijalankan pada Ogos 5, 2008 di Ampang Superbowl @ Kajang sebagai aktiviti pengenalan kepada ahli-ahli baru.

Sebelum menutup majlis, perlantikan AJK Pelapis Kelab dijalankan dan berikut adalah senarai pemegang jawatan :-

Naib Setiausaha : Norraihanah bt. Mohamed Aslam (A117305)
Naib Bendahari : Zara Eleena bt. Omar Peter (A123987)
AJK Tugas-tugas Khas : Muhammad Haziq b. Abd Karim (A119231)
AJK Pengangkutan : Mohd Zahin Syafiq b. Abd Aziz (A125147)
AJK Publisiti : John Liew Vui Li (A125094)


Barisan AJK Induk dan Pelapis Kelab

Mesyuarat telah bersurai pada 10.00pm dan peserta telah menikmati jamuan ringan sebelum pulang ke kolej masing-masing.

Tuesday, July 29, 2008

MESYUARAT AGUNG KE-4

Kolej Ungku Omar juara keseluruhan boling Sukem


Sinar Harian | Julai 29, 2008 | Nazrol Jamaluddin

KAJANG – Kolej Ungku Omar muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (Sukem 2008) bagi sukan Tenpin Bowling yang diadakan di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang pada 25 dan 26 Julai lalu apabila berjaya memenangi empat pingat emas daripada 10 pingat emas yang dipertandingkan.

Kolej Ungku Omar memenangi emas melalui Mohd Hafiz Ali yang memenangi acara Perseorangan Lelaki dan All-Events Lelaki, Nurul Ain Hanzir yang memenangi All-Events Wanita dan gandingannya dengan Nurul Hayati Ismail dalam acara Bergu Wanita.

Lain-lain keputusan menyaksikan pasangan Nornikman Ag Kati dan Ian Tay Yee Ren dari Kolej Aminuddin Baki memenangi acara bergu lelaki setelah kedua-duanya gagal dalam acara perseorangan lelaki.

Sementara itu, pasukan Kolej Aminuddin Baki berjaya menumpaskan pasukan-pasukan lain dalam kategori berpasukan lelaki apabila mencatatkan 1848 jatuhan pin menewaskan pasukan Kolej Keris Mas sebanyak 169 jatuhan pin .

Kolej Tun Syed Nasir pula mengungguli kategori berpasukan wanita dengan hanya kelebihan 23 pin ke atas pasukan Kolej Ungku Omar apabila mencatatkan 1524 jatuhan pin.

Kolej Tun Dr Ismail dan Kolej Rahim Kajai berjaya memenangi emas pertama dan terakhir mereka apabila Nurul Hakimi Najmudin dan Noor Diran Ahmad menunjukkan prestasi permainan yang sangat baik untuk muncul sebagai pemenang pingat emas acara Masters lelaki dan wanita.

Nurul Hakimi yang mula bermain boling tahun lepas menjelaskan amat berpuas hati dengan persembahannya dan tidak menyangka akan mendapat emas.

Pemenang Emas Masters Wanita, Noor Diran nyata gembira dengan kemenangannya dalam acara tersebut.

"Akhirnya, saya dapat juga pingat emas setelah gagal untuk mempamerkan permainan yang baik dalam acara perseorangan, bergu dan berpasukan. Pingat ini telah menebus kekecewaan saya,” katanya.

Kejohanan yang merupakan acara tahunan pada setiap semester 1 sesi pengajian ini melibatkan penyertaan 13 kolej kediaman iaitu Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Dato Onn, Kolej Rahim Kajai, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Ibrahim Yaacob, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej Idris Al Marbawi, Kolej Keris Mas, Kolej Ibu Zain, Kolej Pendeta Zaa'ba, Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Tun Syed Nasir.

Setiap kolej telah menghantar penyertaan empat pemain lelaki dan empat wanita kecuali Kolej Burhanuddin Helmi yang hanya menghantar peserta lelaki.

Sunday, July 27, 2008

SUKEM 2008 - KEPUTUSAN


Pemenang Perseorangan Lelaki
Dari kiri: Nurul Hakimi (KTDI), Mohd Hafiz Ali (KUO), Nor Nikman (KAB)

Kejohanan Tenpin Bowling SUKEM telah berjaya dianjurkan dengan jayanya dengan kerjasama Pusat Sukan UKM, Kelab Tenpin Bowling UKM dan Ampang Superbowl @ Kajang.

Acara-acara yang dianjurkan selama 2 hari telah disertai oleh 13 kolej kediaman UKM.

Pada hari pertama (25 Julai), acara Perseorangan dan Bergu telah dilangsungkan. Kolej Ungku Omar yang diwakili oleh Mohd Hafiz Ali telah menjuarai acara Perseorangan Lelaki dengan jumlah jatuhan pin 733. Persorangan Wanita pula diungguli oleh Kolej Tun Syed Nasir, Nurul Hidayah.

Sebaik tamatnya acara perseorangan, acara bergu telah menyusuli dan pingat emas acara perseorangan wanita yang tercicir daripada genggaman Nurul Ain Hanzir daripada Kolej Ungku Omar menjadi motivasinya untuk bermain dengan bersungguh-sungguh dalam acara bergu. Berpasangan dengan Nurul Hayati, pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Wanita, Ain dan Hayati berjaya mendapat jumlah jatuhan pin 1211 untuk menggondol pingat emas. Pingat perak dimenangi oleh pasangan Noor Diran dan Zayani Zulkifli daripada Kolej Rahim Kajai manakala Pingat Gangsa milik Rozanna Rosdin dan Sabarina Baharom daripada Kolej Aminuddin Baki.


Pemenang Bergu Lelaki
Dari kiri: Hafiz Ali & Azimi (KUO), Nikman & Ian (KAB), Iskandar & Fadhil (KBH)

Situasi yang sama menyelubungi kategori lelaki apabila Nornikman, pemenang pingat perak acara Perseorangan Lelaki telah berpasangan dengan Ian Tay untuk memenangi pingat Emas dalam acara bergu lelaki. Kata Nornikman "Saya kecewa dengan persembahan saya sewaktu perseorangan apabila hanya kalah 39 pin kepada Hafiz. Saya telah bertekad untuk mendapat emas dalam acara seterusnya dan alhamdulillah, saya berjaya lakukannya dengan bantuan Ian."


Pemenang Berpasukan Wanita
Kolej Keris Mas (Oren), Kolej Tun Dr. Ismail (Merah), Kolej Ungku Omar (Ungu)

Hari seterusnya (26 Julai) menyaksikan acara berpasukan lelaki dan wanita dilangsungkan. Acara berpasukan adalah acara yang paling seronok kerana suasana pertandingan akan menjadi sangat bertenaga dengan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap pasukan. Pasukan Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Tun Syed Nasir telah berjaya menumpaskan pasukan-pasukan lain dalam kategori lelaki dan wanita. Kolej Aminuddin Baki yang dibarisi oleh Nor Nikman, Ian Tay, Muaz Ghazali dan Mohd Nazmi mengumpul 1848 pin, meningggalkan Kolej Keris Mas sebanyak 169 pin dan Kolej Rahim Kajai sebanyak 179 pin. Walaubagaimanapun, pemain-pemain Kolej Keris Mas dan Kolej Rahim Kajai apabila diumumkan sebagai pemenang pingat, melonjak kegembiraan kerana tidak menyangka berada di dalam senarai pemenang pingat.

Pasukan Kolej Tun Syed Nasir Wanita yang dianggotai oleh Nurul Hidayah, Emma Nazlin, Nadia Najwa dan Siti Norhaliz telah berjaya memenangi pingat emas dengan hanya kelebihan 23 pin daripada Kolej Ungku Omar. Hidayah yang telah memenangi pingat emas dalam acara perseorangan wanita merupakan tunggak kejayaan pasukannya apabila berjaya mengumpul 501 jatuhan pin. Kolej Keris Mas mendapat pingat gangsa.


Pemenang All Events Wanita
Dari kiri: Nur Hidayah (KTSN), Nurul Ain (KUO), Noor Diran (KRK)

Setelah tamat acara berpasukan maka, pemenang-pemenang All-Events diketahui dan Mohd Mohd Hafiz Ali yang mengutip Emas dalam acara Perseorangan Lelaki dan Perak dalam acara Bergu berjaya mendapat gelaran Juara All-Events. Acara All-Events ini adalah satu acara yang menguji prestasi permainan pemain apabila mereka perlu mengumpul skor yang baik daripada 3 acara; Perseorangan, Bergu dan Berpasukan. Juara All-Events Wanita pula dimenangi oleh Nurul Ain. Ini menambahkan kutipan pingatnya kepada 2 Emas, 2 Perak.


Pemenang Masters Lelaki
Dari kiri: Mohd Hafiz Ali (KUO), Nurul Hakimi (KTDI), Ian Tay (KAB)

Daripada acara All-Events, 12 pemain terbaik telah layak ke acara Masters. Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Rahim Kajai berjaya merasai pingat emas pertama dan terakhir mereka apabila Nurul Hakimi dan Noor Diran menunjukkan prestasi permainan yang sangat baik untuk muncul sebagai pemenang pingat Emas acara Masters. Nurul Hakimi yang baru mula bermain boling pada tahun lepas amat berpuas hati dengan persembahannya dan tidak menyangka akan mendapat emas.

Pemenang pingat Emas wanita Noor Diran telah berkata, "Akhirnya, saya dapat juga Emas. YAHOO! Saya gagal untuk mempamerkan permainan yang baik dalam acara perseorangan, bergu dan pasukan. Pingat ini telah menebus kekecewaan saya.".

Juara keseluruhan tenpin bowling dirangkul oleh Kolej Ungku Omar dengan pungutan pingat 4 emas, 3 perak dan 2 gangsa.

Keputusan boleh dimuaturun daripada kotak "Muaturun" di sebelah kanan.