Sunday, November 16, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN

Pada tahun ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan tuan rumah bagi Pesta Sukan Kementerian Kewangan dan mereka telah mendapatkan khidmat UKM untuk menganjurkan acara tahunan ini daripada November 22-29, 2008. Selain daripada BSN, terdapat tujuh lagi agensi yang terlibat iaitu Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia (BNM), Perbendaharaan Malaysia (MOF) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Terdapat sebanyak 11 sukan yang dipertandingkan dan tenpin bowling adalah salah satu daripadanya. Tenpin bowling akan diadakan di Ampang Superbowl, Kajang daripada November 25-28, 2008.

Bagi acara tenpin bowling, 2 kategori akan dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita. Setiap agensi akan menghantar 16 pemain yang terdiri daripada 8 lelaki dan 8 wanita. Daripada 8 pemain ini, mereka akan dibahagikan kepada Team A dan Team B.

Format bagi Pesta Sukan Kementerian Kewangan adalah Trios (Bertiga) di mana setiap Team akan bermain sebanyak 8 blok dan pemain akan bermain sebanyak 3 permainan dalam setiap blok. Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah jatuhan pin daripada 24 permainan (8 blok x 3 permainan) akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Kelab Tenpin Bowling UKM diberikan tugas untuk mengendalikan sukan Tenpin Bowling dan Tay Li Neo telah dilantik sebagai Ketua Pengadil @ Pengarah Pertandingan.

Berikut adalah senarai jawatankuasa pertandingan bagi sukan Tenpin Bowling :-
Pengarah Pertandingan: Tay Li Neo
Penolong Pengarah
1) Nurul Ain Binti Hanzir
2) Mohd Syahrin Bin Abdul Rahaman
AJK1) Nurul Hidayah Binti Roslan
2) Muhammad Shazni Bin Sharifuddin
3) Nurul Ashikin Binti Anuar
4) Ahmad Rizuan Bin Mohamed
5) Muhammad Haziq Bin Abdul Karim
6) Rozanna Binti Rosdin

Keputusan harian dan gambar akan diposkan di sini.

2 comments:

  1. Macam mana nak join tour ni? open ke?
    Saya dari USIM

    ReplyDelete
  2. Hi,

    Tournament ni hanya agensi di bawah kementerian kewangan yang tersenarai sahaja bole join. Kami, UKM hanya organized utk diorg.

    You bole join liga trios yang bakal kami anjurkan pada Januari depan. Kami akan poskan notis di sini tidak lama lagi.

    Regards.

    ReplyDelete