Wednesday, September 30, 2009

UKM Bowlerz mendapat tempat ketiga di Pertandingan Boling Karnival Calvary

UKM Bowlerz bersama Senior Pastor Gereja Calvary Tan Sri Rev Prince Guneratnam dan isterinya Puan Sri Petrina Guneratnam

Pada September 26, 2009, Gereja Calvary telah menganjurkan Pertandingan Boling Karnival Calvary di Pyramid Megalanes, Sunway Pyramid. Pertandingan ini diadakan untuk mengumpul dana bagi pembangunan Calvary Convention Center.

Kelab Tenpin Boling UKM telah dijemput untuk menghantar satu pasukan yang ditaja oleh pihak penganjur.

UKM Bowlerz yang diwakili oleh Nurul Sareeza, Nurul Hakimi, Ansyarullah dan Raja Zaharul telah berjaya menduduki tempat ketiga dan memenangi hadiah wang tunai RM200, baucer Manhattan Fish Market beserta trofi.

Tahniah dan syabas kepada keempat-empat pemain tersebut.

Thursday, September 24, 2009

Pertandingan Tenpin Boling(open) anjuran Badan Sukan Tabung Haji

click untuk tumbesaran


Badan Sukan Tabung Haji (BSTH) akan mengadakan satu pertandingan Tenpin Boling (open).
berikut merupakan keterangan kejohanan:

tarikh:10 Oktober 2009.
hari: Sabtu.
tempat:Megalanes, Endah Parade, Sri Petaling.
masa: 7.30 pm.

HADIAH LUMAYAN DISEDIAKAN!

Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi terus kepada Noorhayati bt Abdullah di talian:
032054 2269(office),016-231667,019-2116654(HP).

Thursday, September 17, 2009

STAF, PELAJAR DAN ALUMNI UKM JAYAKAN PERTANDINGAN RAMADAN ISTIMEWA

Pada 13 hb september 2009, kelab Tenpin Boling UKM telah mengadakan satu Pertandingan Ramadan Istimewa dan telah disertai oleh 13 kumpulan yang terdiri daripada pelajar, alumni dan staf UKM. Pertandingan ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada Kelab Seni Foto UKM dan juga bantuan kewangan daripada Pusat Sukan UKM. Pertandingan ini telah berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Berikut merupakan pemenang-pemenang bagi pertandingan ramadan istimewa:

1st prize: Kumpulan Suka Hati U Lah dengan jatuhan pin 2012
2nd prize: Kumpulan Manchausen By Proxy dengan jatuhan pin 1926
3rd prize: Kumpulan Teh Tarik Strike dengan jatuhan pin 1870

Hi-Series: Raja Zaharul Ashriq
Hi-Game: Mohd Safwan Ismail

KUMPULAN SUKA HATI U LAH

KUMPULAN MANCHAUSEN BY PROXY

TEH TARIK STRIKE

PEMENANG HI-SERIES

PEMENANG HI-GAME

AJK DAN PESERTA


Pertandingan ini telah dijalankan dengan begitu sempurna dengan kerjasama semua AJK kelab
dan ribuan terima kasih kepada yang membantu. Buat pengarah projek pada kali ini Nurul Sareeza jutaan tahniah diucapkan kerana menjalankan pertandingan ramadan istimewa ini dengan jayanya.

*Laporan ini juga telah disiarkan di akhbar Sinar Harian Edisi Selangor & KL pada 17 September 2009. Klik di sini untuk versi atas talian.




Keputusan penuh. Klik untuk tumbesaran.