Saturday, February 26, 2011

KAMI SUDAH KEMBALI..!!

Salam sejahtera kepada semua pelawat-pelawat dan juga penyokong setia blog Kelab Tenpin Bowling UKM.

Setelah sekian lama blog ini menyepi dengan pengumuman terakhir yang bertarikh 17 Mac 2010, hampir setahun rasanya blog ini tidak dikemaskini dengan sebarang berita, acara, dan juga pembaharuan. Dengan ini diumumkan, tidak lama lagi blog ini akan kembali semula dengan pelbagai acara, berita-berita terbaru, dan juga segala pembaharuan yang bakal dibuat dari semasa ke semasa.

Terima kasih tidak terhingga di atas segala sokongan yang sentiasa diberikan oleh anda semua terhadap blog dan kelab ini. Segala sokongan anda juga diperlukan bagi kami meneruskan segala aktiviti-aktiviti yang akan kerap diadakan sepanjang tahun.

Sila lawati blog ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan segala perkembangan terkini kelab dan juga aktiviti-aktiviti boling berhampiran anda.