Wednesday, March 17, 2010

OPEN TOURNAMENT KO-K BOLING

pelajar Kokurikulum UKM bakal mengadakan open tournament pada minggu ini.
berikut merupakan keterangan mengenai pertandingan tersebut:

hari: Ahad

tarikh:21 Mac 2010

Format: Trio

yuran: RM 60(pelajar/perteam)
RM 80 (alumni/orang luar/perteam)

tempat: Endah Parade

masa: 10 Pagi.

*kepada pelajar UKM yang tidak mempunyai kenderaan boleh berkumpul di pusanika pada pukul 8.30 pagi.

**hadiah yang dijanjikan adalah LUMAYAN!

sebarang info dan ingin mendaftar sila hubungi:

1) nada- 0133860754
2) nurul-0193630773

Wednesday, March 03, 2010

LAPORAN PERTANDINGAN FEBRUARI SPECIAL

Pertandingan Februari Special iaitu pertandingan bulanan yang dianjurkan oleh Kelab Tenpin Boling UKM telah berjaya dijalankan. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan alumni UKM. Format permainan adalah beregu/ duo. Setiap peserta akan bermain sebanyak 4 games. Bayaran yang dikenakan kepada setiap pasukan adalah sebanyak RM50. Berikut adalah butiran pertandingan yang dijalankan:

Tarikh : 26 Februari 2010

Masa : 10 pagi – 2 petang

Hari : Jumaat

Tempat : Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade

Pertandingan kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana terdapat 12 pasangan yang mendaftarkan diri untuk bermain secara sihat untuk pertandingan kali ini.

Juara kejohanan pertandingan ini disandang oleh pasukan Duo Blues yang diwakili pasangan perubatan tahun dua UKM iaitu Mohd Nor Faidhi dan Mohd Hafiz dengan mencatatkan jatuhan pin sebanyak 1,337 yang sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM160. Pasangan yang mendapat tempat kedua menggelarkan diri mereka sebagai dota mendapat jatuhan pin sebanyak 1303 dan menerima hadiah wang tunai RM 80.

Manakala bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh Turbulanted Katydids dengan jatuhan pin sebanyak 1292. Mereka memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50. Pemenang bagi high-series pula dimenangi oleh Muhammad Fahmi dari pasangan 69 dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 707.Nurul Hakimi Najmuddin pula memenangi hadiah bagi jatuhan pin tertinggi sebanyak 220.

Pertandingan pada kali ini tidak mendapat bantuan daripada pihak Pusat Sukan namun Kelab Tenpin Boling tetap inginkan kelab sentiasa bergerak aktif dengan ahli-ahlinya cuba juga sedaya upaya untuk memberi pertandingan yang terbaik untuk setiap ahlinya. Semoga Sukan Boling mampu diminati oleh segenap lapisan masyarakat.

Friday, February 19, 2010

PERTANDINGAN FEBRUARI SPECIAL

Kelab Tenpin Boling UKM bakal mengadakan pertandingan sempena bulan Februari ini.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar, staf dan juga alumni UKM.

berikut merupakan butir-butir pertandingan:

Hari:Jumaat

Tarikh:26hb Februari 2010.

masa:9 am.

Tempat:Megalanes,Endah Parade,Sri Petaling.

Konsep: Couple/duo/Berdua/pasangan(tak kisah campur lelaki wanita atau sama jantina)

Bayaran:RM 50

*akan bermain Sebanyak 4 game.

**hadiah wang tunai menanti anda!wang tunai akan disediakan untuk tempat pertama,kedua dan ketiga.

sila daftar nama anda pada:

1) baitil-0174410420
2) raby-0134078127
3) cikin-0176377067

*SILA DAFTAR NAMA ANDA DAN PASANGAN,NO MATRIKS.SELEWAT-LEWATNYA 25hb FEBRUARI 2010.

Monday, February 08, 2010

PERTANDINGAN TENPIN BOLING TERTUTUP WARGA UKM

TEMPAT : Bangi Superbowl, Tingkat 4 Komplek Warta, Bangi, Selangor.
TARIKH : 27 Febuari 2010 (Sabtu)
MASA : Pendaftaran Pemain Mulai Jam 12.00 tgh, Roll Off Jam 1.00 tgh


SYARAT PENYERTAAN:
  1. Terbuka kepada keluarga Warga UKM :- Kakitangan (termasuk suami, isteri dan anak) & Pelajar
  2. Setiap pemain akan bermain sebanyak 5 Game (10 Pin) Secara Cross Lane
  3. Pemberian Handicap kepada Pemain Akan Ditentukan Oleh Pihak Penganjur (tiada handicap bagi kakitangan dan pelajar yang pernah mewakili UKM )

YURAN PENYERTAAN:
RM 45.00 (Jumlah ini termasuk bayaran kasut, sebotol air mineral)


HADIAH:

  1. RM 300.00
  2. RM 150.00
  3. RM 75.00
  4. RM 60.00
  5. RM 45.00
  6. RM 30.00
  7. RM 25.00
  8. RM 20.00
  9. RM 15.00
  10. RM 10.00

SEBARANG PERTANYAAN & PERMOHONAN PENYERTAAN SILA HUBUNGI:


- En. Radzuan Hj Sharif - Pusat Teknologi Maklumat - 017 - 2188627
- Cik Nurul Ashikin Anuar - Wakil Pelajar - 017 - 6377067
- Puan Wan Nadiaton Radzuan - Pusat Pengajian Bahasa Linguistik - 017 - 3115972
- En. Mohd Razali Abu Bakar - Pusat Pengajian Siswazah - 019 -2195288

SYABAS DAN TAHNIAH!


SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN TENPIN BOLING UKM YANG TELAH BERAKSI DI PERTANDINGAN SIRKIT MASUM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PADA BARU-BARU INI.

Terutamanya kepada pemain lelaki,

NURUL HAKIMI NAJMUDDIN
MOHD NORAKMAL
MUHAMMAD FAHMI AB RAHMAN

dan pemain wanita,

EMMA NAZLIN
NURUL SAREEZA AZIDIN
DAYANG KAMALIAH
FAUZIAH AHMAD

yang telah melayakkan diri ke peringkat GRAND FINALS di PYRAMID MEGALANES pada bulan Mac nanti. Anda telah membuktikan pada pihak "tertentu" yang keputusan awal untuk tidak menghantar pasukan TENPIN BOLING ke MASUM 2010 merupakan satu kesilapan yang besar.

SYABAS SEKALI LAGI! KEKALKAN PERJUANGAN ANDA DAN JANGAN BIARKAN MANA-MANA PIHAK MENJATUHKAN SEMANGAT ANDA UNTUK TERUS MEMAJUKAN DIRI DAN UNIVERSITI!

Tuesday, February 02, 2010

ATLIT MASUM 2010

Senarai nama ATLIT yang terpilih ke Sukan MASUM 2010.

Lelaki:
  1. NURUL HAKIMI NAJMUDDIN
  2. MOHD NORAKMAL
  3. MUAZ GHAZALI
  4. MUHAMMAD FAHMI AB RAHMAN

Wanita:
  1. EMMA NAZLIN
  2. NURUL SAREEZA AZIDIN
  3. DAYANG KAMALIAH
  4. FAUZIAH AHMAD
Pihak KELAB akan menyenaraikan 8 player lelaki dan 8 player wanita. Buat sementara, kita akan menyenaraikan 4 player dahulu.

Selepas ini akan di kemaskini lagi senarai 8 player UKM yang dijanjikan!

Kedudukan player wanita

Kedudukan player lelaki

Friday, January 29, 2010

PEMILIHAN ATLIT MASUM 2010.

pemilihan atlit tenpin boling ke sukan MASUM 2010 bakal dijalankan pada:

hari:ISNIN(1 Februari 2010)

masa:10 pagi sehingga 12 tghmalam.

tempat:Endah Parade,Sri Petaling.

*sila pilih masa anda untuk ke pemilihan kali ini

anda WAJIB memberi nama sekiranya berminat untuk ke pemilihan MASUM selewat-lewatnya hari sabtu sebelum 12 tgh malam. Sekiranya lambat membuat pendaftaran, maka anda tidak layak untuk ke pemilihan MASUM 2010.
SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DITERIMA!


*akan bermain sebanyak 6 game.
**yuran sebanyak RM30.
*** sila beri nama penuh,no matriks,no ic dan juga no telefon.

sila beri nama yang ingin bermain pada:
:nornikman (0172357078)
:cikin(0176377067)

Wednesday, January 27, 2010

SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

~ RESULTS SUKEM 2010 BOLEH DIMUATURUN DI KOTAK MUATURUN DI SEBELAH KIRI ~

Pada 26 hb Januari 2010,Kelab tenpin Boling UKM telah menjadi penyelaras SUKEM bagi sesi 2009/2010.SUKEM kali ini telah diadakan di Megalanes,Endah Parade,Sri Petaling.bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir jam 8 malam dengan menawarkan pingat sebanyak 8 pingat yang telah ditaja oleh pihak Kelab sendiri.berikut merupakan senarai nama pemenang untuk SUKEM pada tahun ini:

single lelaki.

emas: Nurul Hakimi Bin Najmuddin (KTDI)

perak: Raja Zaharul Ashriq bin Raja Ahmad Baharuddin (KRK)

gangsa: Mohd Fadzli bin Ibrahim (KTHO)

single wanita.

emas: Nurul Sareeza bt Azidin (KRK)

perak: Emma Nazlin bt Damanhuri (KTSN)

gangsa: Nurul Hayati bt Mohd Ridzuan (KUO)

doubles lelaki.

emas: KTDI
1)Nurul Hakimi bin Najmuddin
2)Amri bin Dahdi

perak:KTSN
1)Mohd Nur Hafiz
2)Mohd Fidaie

gangsa:KAB
1)Muhd Fahmi Bin Ab.Rahaman
2) Muhd Nazmi

doubles wanita.

emas:KTDI
1)Nur Aisyah Zakaria
2)Siti Nur Wani

perak:KRK
1) Siti Sarah
2) Zayani bt Zulkefli

gangsa:KAB
1)Nurul Hidayah
2)Goh Pei Fan

doubles campuran.

emas:KTSN
1)Nor Faidhi
2)Emma Nazlin

perak:KAB
1)Muaz Ghazali
2)Fauziah Ahmad

gangsa:KIAM
1)Abdul Hadi
2)Nor Sayidah.

Kumpulan Lelaki.

Emas:KTDI

Perak:KTHO

Gangsa:KRK

Kumpulan Wanita.

Emas:KAB

Perak:KPZ

Gangsa:KTSN

Mata Keseluruhan.

Emas:KTDI

Perak:KTSN

Gangsa:KRK

Tahniah kepada semua yang memberikan kerjasama dan juga yang telah menang!gambar-gambar bakal menyusul.

Sunday, January 17, 2010

kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM)

Kelab Tenpin Boling UKM akan menjadi penyelaras Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia(SUKEM) bagi sesi 2009/2010.

berikut merupakan butir kejohanan SUKEM:

tarikh: 25 Januari 2010.

hari: Isnin.

masa: 9 am.

Tempat:Megalanes,Endah Parade,Sri Petaling.

acara: Perseorangan, beregu, Kumpulan, All-Events.

Pemain: 3 lelaki & 3 Perempuan.

bagi acara PERSEORANGAN, setiap pemain akan bermain & bermain sebanyak 4 game.

bagi acara BEREGU & BEREGU CAMPURAN akan bermain sebanyak 3 game.

bagi acara BERKUMPULAN akan bermain sebanyak 3 game.

ALL-EVENTS pula akan diambil kira pada setiap permainan.

** bas akan disediakan pada hari Isnin jam 8am.bas tidak akan menunggu anda.

** kepada sesiapa yang ingin pergi training tapi tak ada transport boleh menggunakan training mingguan kelab sebagai inisiatif anda untuk berlatih dengan lebih rancak.