Sunday, October 25, 2009

Duo Manchausen by Proxy juara

SRI PETALING - Duo Manchausen by Proxy muncul juara kejohanan bulanan pertandingan boling anjuran Kelab Tenpin Boling Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung di Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade, di sini, baru-baru ini.

Duo Manchausen by Proxy yang diwakili pasangan pelajar perubatan tahun akhir UKM, Nurul Hakimi Najmuddin dan Amri Dahdi mengungguli kejohanan yang diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun mencatatkan 1,328 jatuhan pin sekali gus memenangi wang tunai RM200.

Pasangan alumni, Excellent Duo, Nornikman Ag.Kati dan Mohd Ansharullah Ismail di kedudukan kedua dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1,318 manakala Mohd Fahmi Abdul Rahman dan Muaz Hazali yang menggelar diri mereka Amin Jer ketiga dengan 1,308 jatuhan pin.

Kedua-dua pasangan menerima RM180 dan RM150 selaku pemenang tempat kedua dan ketiga.

Mohd Fadhli bin Abd Jalil dari Duo Super Raya memenangi hadiah jatuhan pin tertinggi dengan mencatat 180 jatuhan sementara Mohd Fazlee Abdul Wahab dari duo Budak-budak Baru Belajar memenangi hadiah jumlah jatuhan pin terbanyak dengan 681 jatuhan pin.

Presiden kelab, Nurul Ashikin Mohd Anuar berkata, sekali lagi seperti tahun-tahun sebelum ini pertandingan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang disambut setiap tahun diadakan.

”Walaupun pada permulaannya pertandingan ini mengalami masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, namun pengarah projek pada kali ini, Nada Nadhirah Sukiman berusaha dengan sebaik mungkin untuk merealisasikan pertandingan pada kali ini.

”Namun pasangan yang menyertai pada pertandingan kali ini agak sedikit memandangkan kebanyakan pelajar telah pulang bercuti Deepavali pada hujung minggu tersebut,” katanya.

Beliau berkata, Kelab Tenpin Boling UKM akan meneruskan tradisi kelab dengan menjanjikan pertandingan yang lebih menarik.

“Kami merancang untuk mengadakan kejohanan terbuka dengan menawarkan hadiah lebih lumayan tahun hadapan,” katanya.

*artikel di ambil dari SINAR HARIAN*



pemenang hi-game

pemenang hi-series

1st place:duo 'Manchausen by Proxy'

2nd place:'excellent duo'

3rd place:duo 'Amin Jer'


sebahagian AJK dan Peserta.

Wednesday, October 14, 2009

PERTANDINGAN DEEPARAYA

PERTANDINGAN DEEPARAYA KEMBALI LAGI!!

KELAB TENPIN BOLING UKM SEKALI LAGI AKAN MENGANJURKAN PERTANDINGAN BULANAN IAITU PERTANDINGAN DEEPARAYA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI.

BERIKUT MERUPAKAN BUTIR-BUTIR PERTANDINGAN:

TARIKH:17 OKTOBER 2009

HARI:SABTU

MASA:10am-1pm

TEMPAT: MEGALANES, ENDAH PARADE, SRI PETALING.

BAYARAN: RM50 (PELAJAR) & RM 60 (STAFF DAN ALUMNI)

KONSEP:BEREGU/DUO( boleh campur lelaki perempuan)

boleh mula mendaftar pada:

1) Nada Nadhirah 0122508186
2) Ahmad Rizuan 0176838252
3) Nurul Ashikin 0176377067

* akan bermain sebanyak 4 game.

* hadiah wang tunai menanti para pemenang!!

perkhidmatan bas sedang dalam usaha.

*jangan lepaskan peluang!peluang hanya datang sekali!!

Tuesday, October 13, 2009

COACHING CLINIC

NEXT INTERMEDIATE COACHING CLINIC FROM 17-18 OCTOBER FROM 10am-5pm
AT KL MEGALANES, ENDAH PARADE.
FEES RM180.ONLY 4 VACANCIES AVAILABLE.
THIS CLINIC WILL BE COACH BY MR JONATHAN CHUNG.

DON'T MISS YOUR CHANCE!
GRAB THIS OPPORTUNITY.

Saturday, October 03, 2009

PERTANDINGAN BEREGU RAYA

Pertandingan Beregu Raya pada hari ahad ini terpaksa ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Kemungkinan besar pada hari Sabtu minggu akan datang.

Pihak Kelab memohon maaf diatas kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

Diharap banyak pihak dapat memahami kesulitan yang sedang kami alami.

*training jangan tak training!