Saturday, December 29, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008!!!


Kelab Tenpin Bowling UKM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008
kepada semua ahli kelab dan pengunjung blog ini.

Saturday, December 22, 2007

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA



Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia pada Disember 14-18, 2007 di Perak. Ini adalah pertama kali acara ini diadakan dan ia dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Stadium Indera Mulia.

Sebanyak 3 jenis aktiviti pertandingan diadakan iaitu Sukan yang merangkumi Bola Sepak (L), Badminton (L&W), Tenpin Boling (L&W), Sepak Takraw (L) dan Bola Jaring (W), X-Games yang merangkumi Paintball (LW&), Wall Climbing (L&W) dan Bola Keranjang (L&W) dan Kebudayaan yang merangkumi Tarian Kebudayaan (L&W) dan Lagu Rakyat (L&W).

"Janganlah kita menumpukan apa yang memisahkan di antara kita atau perbezaan antara kita sebaliknya marilah kita bina di atas faktor persamaan yang ada.

"Sebarang perbezaan sepatutnya dilihat secara positif iaitu untuk mengekalkan nilai murni yang dipegang selama ini iaitu semangat cintakan negara, cintakan keamanan, cintakan keharmonian dan cintakan kedamaian"
YAB Datuk Seri Najib Razak

Sukan Tenpin Bowling telah dipertandingkan di Ampang Superbowl, Ipoh Parade pada Disember 16-18, 2007. Acara-acara yang dipertandingkan adalah Bergu (L&W), Berpasukan (L&W) dan All-Events (L&W).

Dua staf UKM, Wan Nadiaton dan Wan Maisarah telah dipilih untuk mewakili kontinjen Majlis Belia Negeri Selangor ke Pesta Sukan ini dan mereka telah berjaya menggondol ketiga-tiga emas yang ditawarkan dalam kategori Wanita. Nadia telah memenangi Emas dalam acara All-Events dengan jatuhan pin sebanyak 1391 yang dikumpul melalui acara Bergu (770) dan Berpasukan (621). TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua pemain UKM yang secara tidak langsung telah mengharumkan nama UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA!

Wan Nadiaton dengan 3 pingat Emas yang telah dimenanginya

Tuesday, December 18, 2007

KEGEMILANGAN ATLIT TENPIN BOWLING MALAYSIA DI SUKAN SEA KE-24


Atlit tenpin bowling Malaysia telah menunjukkan keunggulan mereka di Sukan Sea Ke-24 yang diadakan baru-baru ini di Bangkok, Thailand. Mereka telah merangkul JUARA KESELURUHAN dengan pungutan pingat sebanyak 4 emas, 3 perak dan 6 gangsa.

Pasukan wanita diwakili oleh Shalin Zulkifli, Esther Cheah, Sharon Koh, Zatil Iman, dan Zandra Aziela manakala pasukan lelaki diwakili oleh Alex Liew, Daniel Lim, Zulmazran Zulkifli, Aaron Kong, Adrian Ang dan Syafiq Ridhwan.

Perincian pingat adalah seperti berikut:-

EMAS
Bergu Wanita
Zatil Iman dan Esther Cheah
Trios Wanita
Shalin Zulkifli, Esther Cheah dan Zatil Iman
Pasukan Wanita
Shalin Zulkifli, Esther Cheah, Zatil Iman, Sharon Koh dan Zandra Aziela
Bergu Campuran
Shalin Zulkifli dan Zulmazran Zulkifli
PERAK
Perseorangan Lelaki
Alex Liew
Berpasukan Lelaki
Alex Lew, Daniel Lim, Zulmazran Zulkifli, Aaron Kong, Adrian Ang dan Syafiq Ridhwan
Masters Wanita
Esther Cheah
GANGSA
Perseorangan Lelaki
Zulmazran Zulkifli
Perseorangan Wanita
Shalin Zulkifli
Bergu Lelaki
Zulmazran Zulkifli dan Aaron Kong
Bergu Wanita
Shalin Zulkifli dan Siti Safiyah
Trios Lelaki
Zulmazran Zulkifli, Aaron Kong dan Adrian Ang
Masters Lelaki
Zulmazran Zulkifli

Secara keseluruhannya, kontingen Malaysia telah membawa pulang 68 Emas, 52 Perak dan 96 Gangsa. Ini adalah pencapaian kita yang terbaik di luar tanahair.

TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Friday, December 14, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua umat Islam. Kepada yang berada di tanah suci, semoha Selamat Kembali dan mendapat Haji Mabrur.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nikman, Ain, Fadhli, Ian, Diran, Raja, Ana, Aisyah, Khai, Lopez, Shahril, Jamal, Safwan dan juga KC yang telah menjayakan acara Tenpin Bowling pada Sukan Badan Berkanun Malaysia 2007 yang diadakan di Ampang Superbowl, Kajang pada minggu lepas. Tidak lupa juga kepada penyelaras En. Aziz Bakar dan juga penolong penyeleras Haji Mohd Rosli.


Friday, December 07, 2007

PERTANDINGAN PERSAHABATAN SEMPENA SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2007

Kelab kami telah menganjurkan satu Pertandingan Persahabatan sempena Sukan Badan Berkanun Malaysia 2007 untuk peserta-peserta yang telah mengambil bahagian dalam sukan ini.

Seramai 29 orang telah mengambil bahagian dan hadiah-hadiah berupa wang tunai diberikan kepada pemenang-pemenang.

En. Johari daripada Majlis Perbandaran Klang telah muncul sebagai Johan dan telah menerima Hadiah Wang Tunai RM500.00. Berikut adalah keputusan terperinci pertandingan: -

POS NAMA G1 G2 G3 G4 G5 H'CAP JUMLAH PURATA BEZA
1 Johari 214 202 232 184 206
1038 207.6 0
2 Rosli 195 166 226 214 194
995 199 -43
3 Rosnani 225 192 173 213 136 40 979 195.8 -59
4 Ali 207 183 213 197 166
966 193.2 -72
5 Amirul 199 193 180 171 213
956 191.2 -82
6 Yuzz 210 170 205 167 196
948 189.6 -90
7 Rusdi 189 177 181 170 195
912 182.4 -126
8 Zubir 169 170 213 178 165
895 179 -143
9 Shahadan 158 149 186 182 207
882 176.4 -156
10 Jefry 153 151 167 243 161
875 175 -163
11 Aziz Bakar 180 194 172 155 168
869 173.8 -169
12 Fazdarudin 161 188 148 208 154
859 171.8 -179
13 Mufti 165 199 152 152 190
858 171.6 -180
14 Shima 154 147 188 174 150 40 853 170.6 -185
15 AZ 172 179 160 165 166
842 168.4 -196
16 Razib 119 170 172 189 187
837 167.4 -201
17 Marzuki 159 170 180 167 159
835 167 -203
18 Izni 133 178 132 192 158 40 833 166.6 -205
19 Zakaria 148 165 201 165 154
833 166.6 -205
20 Sulaiman 159 188 170 159 151
827 165.4 -211
21 Hamelan 142 188 160 165 155
810 162 -228
22 Dzul 167 147 151 170 136
771 154.2 -267
23 Sukiman 144 148 149 143 168
752 150.4 -286
24 Azman 150 128 163 145 162
748 149.6 -290
25 Abd. Majid 123 154 147 136 178
738 147.6 -300
26 Mansor 134 166 131 154 141
726 145.2 -312
27 Ilias 135 134 139 128 176
712 142.4 -326
28 Isa 127 137 132 154 159
709 141.8 -329
29 Abd. Aziz 133 139 125 126 163
686 137.2 -352

Thursday, December 06, 2007

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2007 - KEPUTUSAN HARI 3

Hari ini merupakan hari terakhir pertandingan. Acara yang dilangsungkan adalah acara Berpasukan Lelaki. 42 pasukan telah turun ke gelanggang untuk bertanding. Pada saringan 1, Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mendahului pasukan lain. UniMap di tempat kedua dan LHDN di tempat ketiga. Sebaik sahaja permainan tamat, UniMAP telah membuat bantahan terhadap pasukan MPK kerana tidak mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan. Penyelaras permainan, Hj. Mohd Rosli telah menerima bantahan tersebut dan mengemukakannya kepada Panel Juri Bantahan.

Pada saringan 2, pasukan KWSP nyata lebih hebat dengan pemain terbaik, Rosli Malik. Rosli telah mencatat jumlah jatuhan pin sebanyak 815 untuk memastikan pasukannya membawa pulang emas untuk acara berpasukan dan sekaligus menyandang JUARA KESELURUHAN PASUKAN LELAKI.

Setelah tamat permainan pada saringan 2, MPK berada di tempat kedua, RISDA tempat ketiga dan UniMAP di tempat keempat. Setelah para panel juri bantahan bermesyuarat, mereka mendapati bahawa bantahan terhadap MPK diterima maka dengan automatiknya, MPK disingkirkan daripada acara tersebut. Oleh itu, pingat perak dimenangi oleh RISDA dan UniMAP memenangi pingat Gangsa.


KWSP - Pingat Emas

RISDA - Pingat Perak
UniMAP - Pingat Gangsa

Klik di sini untuk keputusan terperinci :-
Berpasukan Lelaki

Wednesday, December 05, 2007

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2007 - KEPUTUSAN HARI 2

Pada hari kedua ini, hanya 2 acara dipertandingkan iaitu Bergu Lelaki dan juga Bergu Wanita.

Bergu Lelaki dibahagikan kepada 2 saringan dan pada saringan 1, pasangan Amirulzaini dan Rosli Malik daripada KWSP telah mendahului pasukan yang lain dengan jatuhan pin sebanyak 2334.


KWSP - Pingat Emas Bergu Lelaki

Pada saringan 2, pemenang pingat emas perseorangan lelaki, Mohd Zukfauzi dan pasangannya Che Mohamad, telah berusaha dengan gigih untuk cuba memotong pasangan KWSP. Di frame terakhir, Che Mohamad mesti melakukan 2 Strike untuk menang tetapi harapan mereka berkecai apabila dia hanya mampu menjatuhkan 8 pin. Walaubagaimanapun, mereka telah memenangi pingat perak.


UniMAP - Pingat Perak Bergu Lelaki

Bergu Wanita pula menyaksikan saingan di antara DBKL dan juga MSN. DBKL yang diwakili oleh Roskasmani dan Rozzita diberikan tentangan yang hebat oleh Nur Izni dan Sarimah daripada MSN. Pada permainan yang terakhir, Rozzita (DBKL) hanya mampu mendapat 135 jatuhan pin tetapi Roskasmani, yang juga telah memenangi Perseorangan Wanita semalam telah bermain dengan baik sekali untuk memastikan pingat emas milik DBKL. Nur Izni dan Sarimah terpaksalah berpuas hati dengan pingat perak.


DBKL - Pingat Emas Bergu Wanita


MSN - Pingat Perak Bergu Wanita BSN - Pingat Gangsa Bergu Wanita

Klik di sini untuk keputusan terperinci :-
Bergu Lelaki
Bergu Wanita

Monday, December 03, 2007

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2007 - KEPUTUSAN HARI 1

Hari ini merupakan hari pertama bagi sukan Tenpin Boling dalam Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia 2007 ini. Gelanggang boling Ampang Superbowl Kajang dipenuhi dengan pemain, pengurus, jurulatih dan penyokong dari semua pasukan yang mengambil bahagian.


Staf ASB Kajang

Penonton dan Penyokong

Menyaksikan 'LIVE' Skor

Meja Pendaftaran

Pertandingan dimulakan dengan acara Perseorangan Wanita pada pukul 9 pagi. Roskasmani daripada pasukan DBKL telah mengungguli acara ini dengan jatuhan pin sebanyak 1121 pin. Jumlah ini melebihi pemenang pingat perak lebih seratus pin. Pingat gangsa telah dimenangi oleh Wan Nadiaton daripada UKM.


Pemenang Pingat Perseorangan Wanita
(Dari kiri: UKM - DBKL - LHDN)


Seterusnya, pemain Perseorangan Lelaki pula telah turun ke gelanggang untuk bertanding. Pertandingan amat sengit di antara Dzulkarnain daripada pasukan MSN dan juga Mohd Zulfauzi daripada UniMAP. Pada akhir permainan ke-5, Dzulkarnain mendahului Mohd Zulfauzi dengan 8 pin. Mohd Zulfauzi menunjukkan bahawa dia tidak mudah dikalahkan dan telah menjatuhkan 208 pin berbanding dengan Dzulkarnain yang hanya mampu menjatuhkan 189 pin. Maka dengan itu, Mohd Zulfauzi telah berjaga merangku pingat emas dan Dzulkarnain, pingat perak.


Pingat Emas Perseorangan Lelaki - UniMAP

Acara yang terakhir pada hari ini adalah 4 sepasukan wanita yang dimenangi oleh pasukan LHDN. Pasukan yang dianggotai oleh Dorothea Bangon, Margaretha James, Siti Rohaya Ramli dan Sabturiah Sulaimantelah menunjukkan taring LHDN dengan mengalahkan 23 pasukan yang lain.


Pingat Emas Berpasukan Wanita - LHDN

Klik di sini untuk keputusan terperinci:-
Perseorangan Lelaki
Perseorangan Wanita
Berpasukan Wanita

Anda juga boleh layari http://www.ampangsuperbowl.com/.

Tuesday, November 27, 2007

PERJUMPAAN SUKARELAWAN SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2007

Di bawah adalah senarai nama sukarelawan untuk SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2007. Pihak Kelab ingin berterima kasih kerana anda semua kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga anda untuk menghulurkan bantuan bagi menjayakan acara ini.

Satu perjumpaan akan diadakan pada Khamis (29 Nov) di Kolej Keris Mas pada 8.30pm. Perjumpaan ini amat penting dan diharap yang tersenarai boleh menghadirkan diri.
  1. NORNIKMAN AG. KATI
  2. IAN TAY YEE REN
  3. MOHD.FADHLI BIN ABD.JALIL
  4. RAJA ZAHARUL ASYRIQ
  5. NURUL AIN BINTI HANZIR
  6. NOOR DIRAN BINTI AHMAD
  7. ROZANNA BINTI ROSDIN
  8. MUHAMMAD SYAHRIN BIN AB.RAHAMAN
  9. MOHD.SAFUAN BIN ISMAIL
  10. JAMAL HAZMAN BIN HASSAN
  11. MOHAMMAD SHAHRIL BIN HUSSAIN
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Noor Diran di 012-47829627. Sila juga 'confirm'kan kehadiran anda dengan beliau sebelum hari Rabu (28/11).

Untuk maklumat lanjut tentang Sukan Persatuan Badab Berkanun Malaysia 2007, anda boleh layari Laman Web Rasmi Persatuan Badan Berkanun Malaysia atau Laman Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia 2007 yang dibangunkan oleh UKM.

Wednesday, November 21, 2007

PEMILIHAN KE FILIPINA



Megalanes KL akan mengadakan satu pemilihan untuk ke satu pertandingan di Filipina. Pemilihan ini akan dibuat berdasarkan pertandingan MQ (Masters Qualifying) dan Masters. Pemilihan ini hanya terbuka kepada pelajar universiti dan sekolah menengah sahaja.

Anda boleh membuat MQ bermula pada 19 November hingga 15 Disember di Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade, Sri Petaling. 24 pemain daripada MQ akan layak ke Masters Final yang akan diadakan pada 16 Disember.

Pemain yang terpilih daripada Masters Finals akan ditaja sepenuhnya ke Filipina.

Pendaftaran hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan bayarannya adalah RM15. Setiap kali anda membuat MQ, anda perlu membayar RM15 untuk 3 permainan.

Kepada yang berminat untuk membuat MQ, anda boleh menghubungi Cik Salwa di 012-4322617.

Monday, November 12, 2007

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2007

Sukan Persatuan Badan Berkanun merupakan satu-satunya sukan utama yang melibatkan kakitangan kerajaan yang bekerja dengan Badan-badan Berkanun di Malaysia. Kejohanan dwi-tahunan ini telah dapat melibatkan penyertaan yang menggalakkan daripada kakitangan Badan-badan Berkanun Malaysia.

Kejohanan ini dijalankan dalam bentuk karnival selama 8 hari. Ini bertujuan untuk mengatasi masalah pertandingan yang berterusan menjejaskan waktu kerja dan juga membebankan komitmen penganjur. Malah cara karnival akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada kegiatan dan semangat kesukanan yang jitu.

Pada tahun ini, UKM akan menjadi hos kepada sukan ini dan salah satu sukan yang diadakan adalah Tenpin Bowling. Kelab kami telah diminta untuk membantu dalam penganjuran kejohanan.

Sukan Tenpin Boling akan dimainkan di Ampang Superbowl, Metropoint Kajang. Gelanggang Bowling ini baru dibuka pada Oktober 31 dan mempunyai 30 lorong dengan sistem pemarkahan yang canggih.



Kejohanan Badan-Badan Berkanun pada tahun mendapat penyertaan seramai 44 pasukan lelaki dan 27 pasukan wanita. Setiap pasukan dianggotai oleh 7 orang. Terdapat 3 acara iaitu Perseorangan, Bergu dan 4 Berpasukan.

Berikut adalah aturcara permainan :-

Disember 3
9.00am
Perseorangan Wanita

12.00pm
Perseroangan Lelaki

3.30pm
4 Berpasukan Wanita
Disember 4
9.00am
Bergu Lelaki Saringan 1

12.30pm
Bergu Lelaki Saringan 2

4.00pm
Bergu Wanita
Disember 5
9.00am
4 Berpasukan Lelaki Saringan 1


4 Berpasukan Lelaki Saringan 2
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan Kejohanan ini, silalah ke Ampang Superbowl, Metropoint Kajang untuk memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang sedang bertanding.

Friday, October 12, 2007

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TRIO RAMADHAN

Pertandingan Trio Ramadhan 2007 yang diadakan sempena Bulan Ramadhan pada kali ini telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menberangsangkan daripada para pelajar. Paling membanggakan adalah penyertaan daripada felo-felo Kolej Keris Mas bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut. Trio bermaksud sebuah kumpulan yang diwakili oleh tiga orang pemain. Sebanyak tujuh trio telah mengambil bahagian. Antara trio-trio yang mengambil bahagian adalah:

  • Kucing Siam

  • Jagoan Malaya

  • Kami Yg Teror

  • Felo

  • Black Kelly

  • Dewa Makan

  • 1st Year
Keputusan keseluruhan adalah seperti dibawah:

Johan : Kami Yang Teror - 2046 Jatuhan Pin

Naib Johan : Jagoan Malaya - 1911 Jatuhan Pin

Ketiga : Black Kelly - 1746 Jatuhan Pin

Dewa Makan - 1746 Jatuhan Pin

1st Year - 1664 Jatuhan Pin

Felo - 1451 Jatuhan Pin

Kucing Siam - 1362 Jatuhan Pin

High Game : Nikman - 245 Jatuhan Pin

Nurul Ashikin - 142 Jatuhan Pin

Pihak kelab memohon maaf kerana tidak dapat melampirkan keputusan terperinci pertandingan.

Wednesday, September 19, 2007

PERTANDINGAN TRIO RAMADHAN

~TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR UKM~

Tarikh : 22 September 2007 (Sabtu)

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Megalanes Kuala Lumpur, Kompleks Endah Parade, Sri Petaling

Yuran Pertandingan : RM60 untuk setiap trio (Tiga orang)

HADIAH-HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!!

Senarai Hadiah :
  • JOHAN : Wang Tunai + Trofi

  • NAIB JOHAN : Wang Tunai + Trofi

  • KETIGA : Wang Tunai + Trofi

  • KEEMPAT : Hamper

  • KELIMA : Hamper

  • KEENAM : Hamper

  • HI-GAME : Hadiah Istimewa

Dan disediakan juga hadiah-hadiah sampingan.

Kepada mereka yang berminat, bolehlah mendaftar kumpulan mereka secepat mungkin kepada:

  • Noor Diran Ahmad (0124829627)
  • Nornikman Ag. Kati (0172357078)
  • Nurul Ain Hanzir (0173612949)

Bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pengangkutan untuk hadir ke pertandingan tersebut, diharap dapat memaklumkan segera kepada salah seorang daripada AJK kami seperti diatas.

Untuk makluman, setiap kumpulan trio yang mendaftar TIDAK DIBENARKAN mengambil lebih daripada seorang pemain yang pernah mewakili UKM ke dalam kumpulan mereka. Jika ada, penyertaan kumpulan tersebut akan dibatalkan.

Harap maklum,

Sekian, Terima Kasih

Monday, August 27, 2007

Pertandingan Bergu Uniduo Merdeka

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, Kelab Bowling UKM telah menganjurkan Pertandingan Bergu Uniduo Merdeka yang diadakan di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban 2 pada hari Sabtu yang lepas (25 Ogos 2007). Seramai 14 pasangan pelajar-pelajar UKM telah menyertai pertandingan ini dan tiada sesiapa pun yang telah meninggalkan lorong bowling dengan tangan yang kosong. Selain hadiah-hadiah utama iaitu trofi bagi pemenang pertama, kedua, ketiga dan hamper untuk pemenang tempat pertama hingga tempat keenam, pasangan lain juga telah memenangi hadiah yang berupa free game atau notepad bercorak bendera Malaysia. Tambahan, 2 hamper telah disediakan untuk pemenang high game lelaki dan high game wanita. Bukan itu sahaja -sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50, hadiah-hadiah istimewa juga telah diberi kepada sesiapa yang mendapat jatuhan pin yang mempunyai nombor 31, 50, atau 57. Sekiranya jatuhan pin pada balingan pertama setiap frame adalah 5 dan balingan kedua adalah 0, pemain itu juga menerima hadiah istimewa.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai pertandingan ini dan telah member sokongan untuk menjayakan pertandingan ini! Pertandingan seterusnya akan diadakan pada 22 September, sempena bulan Ramadhan dan diharapkan semua pihak akan terus memberi sokongan padu untuk menjayakan pertandingan ini.

Daripada semua AJK kelab bowling UKM, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50!

Monday, August 20, 2007

SUKEM SIRKIT 1 2007

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, SUKEM Sirkit 1 tenpin boling telah berlangsung di U-Bowl, Jusco Seremban 2.

Sebanyak 12 kolej telah mengambil bahagian dan setiap kolej diwakili oleh 4 lelaki dan 4 perempuan. Acara-acara yang dipertandingkan adalah Perseorangan Lelaki dan Perempuan, Bergu Lelaki dan Perempuan serta Masters Lelaki dan Perempuan.

Pada hari pertama pertandingan, Kolej Aminuddin Baki telah membolot 3 daripada 4 emas yang dipertaruhkan. Ian Tay, pelajar Sarjana Sains Politik telah menjuarai Perseorangan Lelaki dan seterusnya telah berganding dengan Raja Amir untuk memenangi emas dalam acara Bergu Lelaki. Emas ke-3 Kolej Aminuddin Baki disumbang oleh Noor Diran, dalam acara Perseorangan Wanita. Emas Bergu Wanita telah dimenangi oleh Nurul Ain Hanzir dan Nurul Hayati daripada Kolej Ungku Omar. Nurul Ain juga telah menjuarai acara ini pada SUKEM 2006.


Pemenang Perseorangan & Masters Lelaki
Dari kiri: Nornikman (KKM), Ian Tay (KAB), Mohd Hafiz Ali (KKM)


Pemenang Perseorangan Perempuan
Dari kiri: Nurul Ain (KUO), Noor Diran (KAB), Nurul Ashikin (KKM)

Pada hari ke-2, 12 lelaki dan 12 wanita yang berjaya mengutip jumlah jatuhan tertinggi daripada campuran skor perseorangan dan bergu telah bertarung dalam acara Masters. Ian dan Noor Diran telah menunjukkan keunggulan mereka dalam acara ini dan telah menewaskan lawan mereka. Perak Masters Lelaki dimenangi oleh Mohd Hafiz Ali daripada Kolej Keris Mas yang tidak kurang hebatnya. Pemenang Bergu Wanita, Nurul Ain telah memenangi Perak di belakang Noor Diran.

Secara keseluruhannya, Kolej Aminuddin Baki telah menggondol 5 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Ini adalah tahun pertama, sukan tenpin boling dijadikan acara individu.

Berikut adalah pemenang-pemenang pingat dalam setiap acara:-


Singles LelakiSingles Wanita
EmasIan Tay (KAB)
Noor Diran (KAB)
PerakNornikman (KKM)
Nurul Ain (KUO)
GangsaMohd Hafiz Ali (KKM)
Nurul Ashikin (KKM)


Doubles LelakiDoubles Wanita
EmasIan Tay
Raja Amir
(KAB)
Nurul Ain
Nor Hayati
(KUO)
PerakNornikman
Mohd Hafiz Ali
(KKM)
Noor Diran
Rozzana Rosdin
(KAB)
GangsaMuhd Syahrin
Mohd Fadhli
(KAB)
Auji Azhani
Maizatul
(KTDI)


Masters LelakiMasters Wanita
EmasIan Tay (KAB)
Noor Diran (KAB)
PerakMohd Hafiz Ali (KKM)
Nurul Ain (KUO)
GangsaNornikman (KKM)
Auji Azhani (KTDI)

Berikut adalah pungutan pingat berdasarkan kolej:-



Anda boleh mendapatkan keputusan penuh di sini.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!

Wednesday, August 15, 2007

T-Shirt Kelab

PERHATIAN kepada ahli-ahli yang berminat untuk menempah t-shirt kelab, sila berikan nama dan nombor matrik anda kepada salah seorang AJK kelab. Harga sehelai t-shirt adalah di antara RM25-RM30 bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima. Design t-shirt adalah seperti gambar di atas; baju bewarna NAVY BLUE dengan kolar GREY.

Tempahan akan ditutup pada September 7, 2007.

Sunday, August 05, 2007

Keputusan Pertandingan Bulanan Kelab Bowling UKM Julai/Ogos

Pertandingan kali ini merupakan pertandingan pertama semester ini dan telah diadakan di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban 2. Walaupun pengelola pertandingan ini telah mengalami beberapa masalah logistik seperti ketiadaan lorong dan ketiadaan pengangkutan untuk ke pusat bowling, sambutan bagi pertandingan kali ini telah menerima penyertaan yang agak memuaskan. Pertandingan ini telah bermula pada pukul 10.30 pagi dan telah berakhir pada pukul 2 petang dan telah menampakkan penyertaan dari pelajar-pelajar UKM, staf UKM, dan ahli keluarga mereka. Selepas bermain 5 game, keputusannya adalah seperti berikut:

Tempat Pertama -Hanzir Maarof
Tempat Kedua - Mohd. Hafiz
Tempat Ketiga - Muhd. Yazid
Tempat Keempat -Noor Aizat Hanzir
Tempat Kelima - Tay Li Neo
Tempat Keenam - Noor Zaman Hanzir
Tempat Ketujuh -Shahirwan


En. Hanzir Maarof menerima hadiah daripada Nornikman

Pemenang bagi tempat pertama, kedua, dan ketiga telah memenangi wang tunai sebanyak RM200, RM100, dan RM60 masing-masing dan pemenang bagi tempat keempat, kelima, keenam, dan ketujuh telah memenangi kupon free game sumbangan daripada pihak pengurusan U-Bowl.

Jawatankuasa Kelab Bowling UKM ingin berterima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Semoga berjumpa lagi di pertandingan akan datang. Pertandingan akan datang adalah pertandingan beregu sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50 dan akan diadakan pada 25hb Ogos 2007 di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban 2.

Wednesday, August 01, 2007

PERTANDINGAN BULANAN JULAI/OGOS

~TERBUKA KEPADA SELURUH WARGA UKM~

Pertandingan bulanan ini adalah aktiviti pertama kelab bagi sesi baru 2007/2008.

Tarikh : 5 Ogos 2007 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : U-Bowl, Jusco Seremban 2
Yuran : Ahli Kelab - RM30.00, Bukan Ahli - RM35.00, Ahli Keluarga Staf/Pelajar : RM35.00

Kenderaan akan disediakan kepada yang memerlukannya. Kepada yang mempunyai kenderaan sendiri digalakkan pergi sendiri kerana bas UKM tidak dapat ditempah.

Setiap pemain akan bermain 5 permainan.

Hadiah-hadiah utama: -
Johan - RM200.00
Naib Johan - RM100.00
Tempat ke-3 - RM60.00
*Jumlah hadiah yang diberikan selepas tempat ke-3 akan ditentukan kemudian berdasarkan kepada jumlah peserta yang mengambil bahagian.

Untuk makluman lanjut dan pendaftaran, sila hubungi salah seorang daripada AJK kami atau hantarkan emel ke emel kelab.

Mari kita sama-sama memeriahkan pertandingan ini!

Saturday, July 28, 2007

MESYUARAT AGUNG KE-3 BERJALAN LANCAR

Pada 20 Julai yang lalu pukul 8.30 malam bertempat di Auditorium Siswa UKM, telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 Kelab Tenpin Boling UKM. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, iaitu Encik Aziz Abu Bakar selaku Penasihat Kelab. Juga dua orang wakil staf iaitu Encik Radzuan dan anaknya Cik Maisarah. Turut menghadiri ialah ahli-ahli jawatankuasa yang telah banyak membantu melancarkan perjalanan program.

Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli baru dan lama yang turut menjayakan lagi mesyuarat pada malam itu. Nampaknya kehadiran pada kali ini amat memberangsangkan. Seramai 58 orang ahli baru dan lama telah hadir, ini merupakan satu pencapaian yang amat diharapkan selama ini.

Mesyuarat pada malam itu telah berjalan dengan lancar. Antara perkara yang dibincangkan oleh Presiden Kelab iaitu Saudara Nurnikman termasuklah aktiviti-aktiviti kelab, pelancaran logo kelab, sesi perkenalan dengan ahli jawatankuasa tertinggi kelab, serta perlantikkan ahli jawatankuasa yang baru.

Disamping itu bagi merapatkan lagi silaturrahim antara ahli, turut diadakan sedikit jamuan ringan dan sesi cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah yang merupakan sebiji bola boling dihadiahkan oleh kelab. Diharapkan dengan ini akan jadi pemangkin kepada ahli-ahli baru agar lebih bergiat aktif dalam sukan ini.

Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahli baru dan lama pada malam itu amat dibanggakan. Semoga ini berterusan agar kelab boling akan terus menjadi kelab yang paling aktif di UKM untuk tahun-tahun berikutnya.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, July 10, 2007

MESYUARAT AGUNG KE-3

Kelab Tenpin Bowling UKM ingin menjemput semua ahli lama serta warga UKM (staf dan pelajar) yang berminat untuk menyertai kelab kami ke Mesyuarat Agung Ke-3 seperti berikut:

Tempat : Auditorium Siswa, Aras 2 Pusanika
Masa : 7.45pm
Tarikh : 20 Julai, 2007


*Cabutan bertuah berupa sebiji bola boling akan diadakan.
*Jamuan ringan disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

En. Nornikman : 017-2357078
Cik Nurul Ain : 017-3612949

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Saturday, April 14, 2007

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BERGU UniDUO GEMPAQ

Pertandingan Bergu UniDUO Gempaq telah diadakan pada 31 Mac lepas di Megalanes KL, Kompleks Endah Parade Sri Petaling. Sambutan kali ini amat memuaskan dengan penyertaan sebanyak 16 pasangan regu. Juga yang memeriahkan pertandingan pada kali ini adalah artis jemputan Raja Farah dan juga ayahnya.

Dalam pertandingan tersebut pasukan XXX telah berjaya meraih tempat pertama. Pasukan tersebut telah melakarkan jumlah jatuhan pin sebanyak 1501 dengan purata 187.63. Pasukan 2 IN 1 yang dianggotai pasangan anak-beranak Mohd Fadhli dan ayahnya pula telah mengumpulkan 1420 jatuhan pin untuk menduduki tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan TQ FACTORY yang juga dianggotai pasangan anak-beranak Tay Li Neo dan ayahnya telah berjaya melakarkan jumlah jatuhan pin sebanyak 1460 dengan purata 177.00.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

*Pihak kelab meminta maaf atas kelewatan memasukkan keputusan pertandingan.

Thursday, March 29, 2007

PERTANDINGAN BERGU UniDUO GEMPAQ

~TERBUKA KEPADA SELURUH WARGA UKM~

Tarikh : 31 Mac 2007 (Sabtu)
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Megalanes Kuala Lumpur, Kompleks Endah Parade, Sri Petaling
Yuran Pertandingan : RM60 untuk sepasang bergu

Kombinasi-kombinasi bergu adalah seperti berikut:-

  • Pelajar - Pelajar
  • Pelajar - Staf
  • Staf - Staf
  • Staf - Ahli Keluarga
  • Pelajar - Ahli Keluarga

Setiap pemain akan bermain 4 permainan. (8 permainan sepasang bergu)

Senarai Handicap adalah seperti berikut:-

  • Lelaki - tiada handicap
  • Wanita - 5 pin setiap permainan
HADIAH-HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!!

Senarai hadiah: -
  • JOHAN : RM300 + trofi
  • NAIB JOHAN : RM160 + trofi
  • KETIGA : RM80 + trofi
  • KEEMPAT : Hamper + free games
  • KELIMA : Hamper + free games
  • KEENAM : Hamper + free games
  • HI-GAME : Hamper (Lelaki & Wanita)

Kepada mereka yang berminat, anda perlu mengisi borang pendaftaran dan membayar yuran pertandingan secepat mungkin kerana pertandingan ini adalah terhad kepada 21 pasangan sahaja.

Penghantaran borang dan pembayaran boleh dibuat kepada Raja Zaharul (0179785890), Nur Nikman (0172357078), Nurul Ain (0173612949) atau Wan Nadiaton (0173115972).

Anda boleh memuat turun borang di sini.

Untuk makluman lanjut , sila hubungi salah seorang daripada AJK kami atau hantarkan emel ke emel kelab.

Setakat ini, 16 bergu telah mendaftarkan diri. Masih ada kekosangan lagi. Kepada yang berminat, silalah daftarkan diri dengan segera.

Wednesday, March 28, 2007

KEPUTUSAN SIRKIT MASUM III

Sirkit III dan terakhir MASUM telah diadakan pada hujung minggu lepas di Megalanes KL, Kompleks Endah Parade.

Atlit UKM yang terdiri daripada Tay Li Neo, Siti Aishah dan Nurul Ain telah turun beraksi selama 2 hari (Sabtu dan Ahad) dan telah bermain sebanyak 20 permainan secara round robin.

Pada hari pertama, Nurul Ain dan Siti Aishah telah menunjukkan prestasi yang baik manakala Tay Li Neo tidak dapat mengadaptasikan diri dengan keadaan lorong. Apabila tamatnya hari pertama, Nurul Ain menduduki tempat ke-5, Siti Aishah tempat ke-7 dan Tay Li Neo tempat ke-10.

Hari seterusnya memaparkan permainan yang berlainan bagi Siti Aishah dan Nurul Ain. Mereka tidak dapat mengekalkan prestasi yang baik seperti hari sebelumnya. Manakala Tay Li Neo masih berusaha untuk memperbaiki dirinya.

Akhirnya, Tay Li Neo telah menduduki tempat ke-7, Siti Aishah tempat ke-11 dan Nurul Ain tempat ke-13. Walaubagaimanapun, SYABAS kepada ketiga-tiga pemain tersebut kerana layak ke SIRKIT III. Usaha dan kegigihan mereka harus dicontohi dan pengalaman ini telah mematangkan permainan mereka. TERUSKAN USAHA!

Sunday, March 18, 2007

KLINIK ASAS TENPIN BOWLING (PERINGKAT 1)

Kelab Tenpin Bowling UKM telah menganjurkan sebuah Klinik Asas Tenpin Bowling (Peringkat 1) di Pin Junction, Cineleisure. Seramai 11 peserta telah mengikuti klinik ini yang telah berlangsung selama 2 hari dari jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Objektif klinik ini diadakan adalah untuk memberi pelajar-pelajar UKM ilmu asas dari segi teori dan praktikal dalam sukan tenpin bowling. Dengan penganjuran klinik ini, kelab berharap dapat melahirkan pelapis-pelapis atlit tenpin bowling UKM.

Klinik ini telah dikendalikan oleh En. Jonathan Chung, seorang jurulatih yang pernah melatih skuad tenpin bowling Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang. Beliau juga mempunyai pengiktirafan sebagai seorang jurulatih di peringkat Asia.


Peserta dengan En. Jonathan Chung

Peserta dengan Cik Shalin Zulkifli

Sebelum tamat klinik ini, satu pertandingan suka ria diadakan dan Mohd Hafiz Ali yang baru saja menukar cara balingan ke hook telah muncul sebagai Johan. Siti Aishah yang sebelum ini bermain straight ball telah mendapat tempat ke-2. Nampaknya perubahan gaya balingan telah memanfaat mereka berdua. Cik Shalin Zulkifli, pemilik Pin Junction telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.


Johan Pertandingan Suka Ria
Mohd Hafiz Ali


Naib Johan
Siti Aishah


Ketiga
Mohd Fadhli

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada Pin Junction kerana telah menyediakan venue, En. Steven How dari Sito Network kerana telah memberi tajaan air Oxgen dan wang tunai dan Nornikman Ag. Kati selaku pengurus projek.

Monday, February 26, 2007

SIRKIT MASUM II sesi 2006/2007


Sirkit MASUM II telah dihoskan oleh Universiti Malaya dan tempat pertandingan adalah di Pin Junction, Cineleisure, Mutiara Damansara. Tempat pertandingan ini dimiliki oleh Ratu Boling Negara, Cik Shalin Zulkifli.

Pasukan UKM yang terdiri daripada 4 pemain wanita dan 4 pemain lelaki telah mula berlatih di sana pada hari Rabu lepas dan ia telah membuahkan hasil yang lumayan. Pada sirkit kali ini, pasukan tenpin boling UKM telah berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa menerusi Nur Nikman Ag. Kati dalam Medal B Lelaki dan Tay Li Neo dalam Medal A Wanita.

Berikut adalah perincian skor bagi pemain UKM di pusingan penentu medal: -

POSNAMA
G1
G2
G3
G4
G5
G6
JUMLAH
PURATA
MEDAL A WANITA
3
Tay Li Neo
214
212
201
199
193
183
1202
200.33
13
Siti Aishah
166
187
176
144
129
135
937
156.17
MEDAL B LELAKI
1
Nur Nikman
193
167
191
222
205
169
1147
191.17
12
Mohd Hafiz
150
162
170
180
191
152
1005
167.50
MEDAL B WANITA
6
Nurul Ain
132
161
165
132
177
155
922
153.67

Selain daripada pungutan pingat, Sirkit II ini juga telah menjadi penentu bagi kelayakan ke Sirkit III pada Mac 23-25, 2007. Seramai 20 pemain lelaki dan 20 pemain wanita yang mempunya jumlah jatuhan pin tertinggi daripada 12 permainan (6 permainan daripada Sirkit 1 dan 6 Permainan daripada Sirkit II) telah dipilih. UKM mempunyai 3 wakil ke Sirkit III iaitu Tay Li Neo, Siti Aishah dan Nurul Ain. Tay Li Neo telah layak ke Sirkit III di tempat pertama, Siti Aishah di tempat ke-12 dan Nurul Ain di tempat ke-19.

Berikut adalah perincian skor bagi kelayakan ke Sirkit III:-

POSNAMASIRKIT 1SIRKIT 2
JUMLAH
PURATA
LELAKI
24
Nur Nikman
1074
1028
2102
175.17
25
Mohd Hafiz
1050
1044
2094
174.50
38
Muhd Syahrin
960
986
1946
162.17
44
Mohd Fadhli
944
929
1873
156.08
WANITA
1
Tay Li Neo
1118
1153
2271
189.25
12
Siti Aishah
915
1022
1937
161.42
19
Nurul Ain
857
930
1787
148.92
32
Salwani
820
798
1618
134.83