Sunday, March 18, 2007

KLINIK ASAS TENPIN BOWLING (PERINGKAT 1)

Kelab Tenpin Bowling UKM telah menganjurkan sebuah Klinik Asas Tenpin Bowling (Peringkat 1) di Pin Junction, Cineleisure. Seramai 11 peserta telah mengikuti klinik ini yang telah berlangsung selama 2 hari dari jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Objektif klinik ini diadakan adalah untuk memberi pelajar-pelajar UKM ilmu asas dari segi teori dan praktikal dalam sukan tenpin bowling. Dengan penganjuran klinik ini, kelab berharap dapat melahirkan pelapis-pelapis atlit tenpin bowling UKM.

Klinik ini telah dikendalikan oleh En. Jonathan Chung, seorang jurulatih yang pernah melatih skuad tenpin bowling Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang. Beliau juga mempunyai pengiktirafan sebagai seorang jurulatih di peringkat Asia.


Peserta dengan En. Jonathan Chung

Peserta dengan Cik Shalin Zulkifli

Sebelum tamat klinik ini, satu pertandingan suka ria diadakan dan Mohd Hafiz Ali yang baru saja menukar cara balingan ke hook telah muncul sebagai Johan. Siti Aishah yang sebelum ini bermain straight ball telah mendapat tempat ke-2. Nampaknya perubahan gaya balingan telah memanfaat mereka berdua. Cik Shalin Zulkifli, pemilik Pin Junction telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.


Johan Pertandingan Suka Ria
Mohd Hafiz Ali


Naib Johan
Siti Aishah


Ketiga
Mohd Fadhli

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada Pin Junction kerana telah menyediakan venue, En. Steven How dari Sito Network kerana telah memberi tajaan air Oxgen dan wang tunai dan Nornikman Ag. Kati selaku pengurus projek.

No comments:

Post a Comment