Wednesday, March 28, 2007

KEPUTUSAN SIRKIT MASUM III

Sirkit III dan terakhir MASUM telah diadakan pada hujung minggu lepas di Megalanes KL, Kompleks Endah Parade.

Atlit UKM yang terdiri daripada Tay Li Neo, Siti Aishah dan Nurul Ain telah turun beraksi selama 2 hari (Sabtu dan Ahad) dan telah bermain sebanyak 20 permainan secara round robin.

Pada hari pertama, Nurul Ain dan Siti Aishah telah menunjukkan prestasi yang baik manakala Tay Li Neo tidak dapat mengadaptasikan diri dengan keadaan lorong. Apabila tamatnya hari pertama, Nurul Ain menduduki tempat ke-5, Siti Aishah tempat ke-7 dan Tay Li Neo tempat ke-10.

Hari seterusnya memaparkan permainan yang berlainan bagi Siti Aishah dan Nurul Ain. Mereka tidak dapat mengekalkan prestasi yang baik seperti hari sebelumnya. Manakala Tay Li Neo masih berusaha untuk memperbaiki dirinya.

Akhirnya, Tay Li Neo telah menduduki tempat ke-7, Siti Aishah tempat ke-11 dan Nurul Ain tempat ke-13. Walaubagaimanapun, SYABAS kepada ketiga-tiga pemain tersebut kerana layak ke SIRKIT III. Usaha dan kegigihan mereka harus dicontohi dan pengalaman ini telah mematangkan permainan mereka. TERUSKAN USAHA!

No comments:

Post a Comment