Friday, May 23, 2008

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN


Sinar Harian ~ Khamis, 8 Mei 2008


Sinar Harian ~ Rabu, 21 Mei 2008


Sinar Harian ~ Khamis, 22 Mei 2008


Sinar Harian ~ Khamis, 23 Mei 2008

Ribuan terima kasih kepada Muhd Nazrol Jamaludin dan Syed Muhd Riduan daripada Sinar Harian yang telah membuat liputan pada hari kejohanan dan seterusnya mengeluarkan artikel di dalam akhbar Sinar Harian.

Tuesday, May 20, 2008

KEJOHANAN TENPIN BOWLING JEMPUTAN UKM DIANJURKAN DENGAN JAYANYA!


UKM 3

HELP

IIUM 3

CYBERMED

UiTM 2

IIUM 1

IMU

MSU

UKM 1

IIUM 2

UNITEN

APIIT 2

UiTM 1

APIIT 1

UKM 2

UKM 4

Kejohanan Tenpin Bowling Jemputan UKM yang telah berlangsung semalam (19 Mei) di Megalanes KL, Endah Parade, Sri Petaling berjaya menarik perhatian 10 IPTA/IPTS dari sekitar Lembah Klang. Penganjur UKM telah menghantar 4 pasukan, Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) menghantar 3 pasukan, Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghantar 2 pasukan, Management & Science University (MSU), International Medical University (IMU), Cyberjaya University College of Medical Sciences (Cybermed), HELP University College, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) masing-masing menghantar 1 pasukan dan tidak lupa kepada Malaysia Multimedia Universiti (MMU) yang telah menghantar separuh pasukan (2 orang).



Pertama sekali, Kelab Tenpin Bowling UKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua IPTA/IPTS yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang pertama kali dianjurkan ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua penaja kejohanan; PING MAJU, DY BOWL, MILO, SITO, PILOT PEN, Megalanes KL, Haji Rosdin dan Mr. Liew. Tanpa sokongan anda semua, kejohanan ini tidak akan berjaya.

Berikut adalah keputusan kejohanan mengikut acara :-

BERPASUKAN

EmasUiTM 1
Mohd Noer, Zatil Iman, Mohd Hanafi, Sufri Hasan
Perak
UiTM 2
Mohd Azhar, Norfadhli, Radin Rafeeuddin, Nor Rashidah
Gangsa
IIUM 1
Mohd Zaim, Muhd Zaim Mahadi, Eddie Aziz, Mohd Fadhli Shah



BERGU


Emas
UiTM 1
Zatil Iman, Mohd Hanafi
Perak
UiTM 2
Mohd Azhar, Norfadhli
Gangsa
MMU
Johan Jamaluddin, Afzal Alif



PERSEORANGAN


Emas
IIUM 1
Mohd Zaim
Perak
UiTM 1
Mohd Noer
Gangsa
HELP
Eric Chai

Juara keseluruhan pasukan digondol oleh pasukan UiTM 1 yang dianggotai Zatil Iman, Mohd Noer, Mohd Hanafi dan Sufri Hasan. Mereka telah memenangi 2 pingat Emas dan 1 pingat Perak. En. Sidney Tung, Setiusaha Kehormat Kongres Tenpin Bowling Malaysia telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Pasukan UiTM 1 bersama En. Sidney Tung
Dari kiri: Mohd Noer, Sufri Hasan, Mohd Hanafi dan Zatil Iman

Pertandingan 9-PIN-TAP Special yang merupakan acara istimewa sempena kejohanan ini telah disertai oleh 20 pemain yang terdiri daripada staf dan pelajar daripada IPTA dan IPTS, wakil media dan penaja telah mengambil bahagian.

Pertandingan telah dimulakan pada pukul 8.30pm di Megalanes KL dan Yap Pui Yee daripada HELP University College telah mengungguli pertandingan ini daripada mula sehingga akhir. Beliau mempunyai jaringan skor 258, 224, 247 dan 300 untuk mendapat jumlah 1075 dengan bantuan handicap sebanyak 35 pin. Johan Jamaluddin daripada MMU menduduki tempat kedua. Yap dan Johan telah berjaya mendapat PERFECT GAME pada permainan terakhir dan telah menerima hamper tajaan MILO untuk usaha mereka.


Yap Pui Yee dan Johan bersama
hamper tajaan MILO yang dimenangi


Keputusan rasmi boleh dimuaturun di sini :-
Akhir kata, TAHNIAH kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang telah hadir untuk memeriahkan KEJOHANAN TENPIN BOWLING JEMPUTAN UKM 2008!!! Jumpa lagi di tahun hadapan!

Monday, May 19, 2008

KEJOHANAN TENPIN BOLING JEMPUTAN UKM


Kelab Tenpin Bowling UKM akan menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Jemputan UKM yang dibuka kepada semua pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Butiran kejohanan adalah seperti berikut:-

Tarikh : 19 Mei 2008, Isnin
Tempat: Megalanes Kuala Lumpur,Endah Parade, Kuala Lumpur.
Masa : 10 a.m – 8.30 p.m
Yuran Penyertaan : RM 220 (sepasukan – 4 orang)
Acara-acara : Perseorangan, Bergu, Berpasukan (4 orang)

Pendaftaran dan pembayaran perlu dibuat sebelum 12 Mei 2008. Walaubagaimanapun, setiap institusi digalakkan supaya mendaftar secepat mungkin kerana penyertaan yang diterima hanyalah daripada 30 pasukan pertama yang mendaftar.

Borang pendaftaran boleh dihantar melalui e-mel ke atau faks ke 03-89215435 (Attn: Kelab Bowling UKM) dan pembayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB 12180104241526 (Nama pemegang akaun: Nurul Ain Binti Hanzir, Cawangan: UKM) [Selepas membuat pembayaran, sila simpan resit sebagai bukti pembayaran pada hari kejohanan]

Anda boleh memuaturun dokumen-dokumen di bawah untuk mendapat maklumat lanjut tentang pertandingan ini.
Sempena Kejohanan ini juga, satu Pertandingan "9-PIN-TAP SPECIAL" akan dilangsung pada pukul 8.00pm pada hari yang sama. Pertandingan ini terbuka kepada semua staf dan pelajar daripada IPTA dan IPTS. Hanya 54 pendaftaran yang pertama akan diterima.

sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar sila hubungi Ian Tay (017-6570378), Nikman (017-2357078), atau Ain (017-3612949) .

Saturday, May 17, 2008

Keputusan MASUM 2008



MASUM Fasa 1 2008 dianjurkan oleh Universiti Malaya dan sukan tenpin bowling telah diadakan di Pyramid Megalanes, Sunway Pyramid.


Pasukan Lelaki dan Pasukan Wanita UKM

Pasukan tenpin bowling UKM terdiri daripada Ian Tay, Nor Nikman, Raja Zaharul Ashriq dan Mohd Zulhafiz bagi lelaki dan Nurul Ain, Noor Diran, Rozanna Rosdin dan Eymlliza bagi perempuan.

Sukan Tenpin Bowling dibahagikan kepada 5 acara iaitu Perseorangan, Bergu, Berpasukan, All-Events dan Knock-out.

Pada tahun ini, UKM gagal untuk memenangi sebarang pingat tetapi semangat berpasukan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain amat baik.

UKM telah mendapat tempat keempat dalam acara Berpasukan Lelaki, tempat kelima dalam acara Bergu Wanita menerusi Nurul Ain dan Noor Diran.

Ian Tay dan Nurul Ain telah melayakkan diri ke Knock-out Round yang mempamerkan hanya 16 pemain lelaki dan wanita yang telah mendapat jumlah jatuhan pin tertinggi daripada acara perseorangan, bergu dan berpasukan (18 permainan). Malang bagi Ian, beliau telah kalah kepada Wan Mohd Fauzwan daripada UPM dengan hanya 1 pin (201-202) di pusingan pertama.
Sebaliknya, Nurul Ain telah mendapat tempat keempat secara keseluruhannya apabila beliau layak ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan Nor Hanisa daripada UiTM di pusingan pertama dan Nur Fuadi daripada UM di suku akhir. Dalam peringkat separuh akhir, Ain kalah kepada Ziran Nadiah daripada UM dengan hanya 2 pin (182-184). Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk Ain memandangkan ini adalah kali pertama beliau memasuki pertandingan sebegini. Syabas Ain!

Kepada semua pemain UKM, jangan putus asa dan teruskan latihan. Kepada yang bakal menerima ijazah pada bulan Ogos ini, Tahniah! Terima Kasih atas khidmat dan ketekunan anda semua sewaktu berada di UKM!