Saturday, May 17, 2008

Keputusan MASUM 2008



MASUM Fasa 1 2008 dianjurkan oleh Universiti Malaya dan sukan tenpin bowling telah diadakan di Pyramid Megalanes, Sunway Pyramid.


Pasukan Lelaki dan Pasukan Wanita UKM

Pasukan tenpin bowling UKM terdiri daripada Ian Tay, Nor Nikman, Raja Zaharul Ashriq dan Mohd Zulhafiz bagi lelaki dan Nurul Ain, Noor Diran, Rozanna Rosdin dan Eymlliza bagi perempuan.

Sukan Tenpin Bowling dibahagikan kepada 5 acara iaitu Perseorangan, Bergu, Berpasukan, All-Events dan Knock-out.

Pada tahun ini, UKM gagal untuk memenangi sebarang pingat tetapi semangat berpasukan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain amat baik.

UKM telah mendapat tempat keempat dalam acara Berpasukan Lelaki, tempat kelima dalam acara Bergu Wanita menerusi Nurul Ain dan Noor Diran.

Ian Tay dan Nurul Ain telah melayakkan diri ke Knock-out Round yang mempamerkan hanya 16 pemain lelaki dan wanita yang telah mendapat jumlah jatuhan pin tertinggi daripada acara perseorangan, bergu dan berpasukan (18 permainan). Malang bagi Ian, beliau telah kalah kepada Wan Mohd Fauzwan daripada UPM dengan hanya 1 pin (201-202) di pusingan pertama.
Sebaliknya, Nurul Ain telah mendapat tempat keempat secara keseluruhannya apabila beliau layak ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan Nor Hanisa daripada UiTM di pusingan pertama dan Nur Fuadi daripada UM di suku akhir. Dalam peringkat separuh akhir, Ain kalah kepada Ziran Nadiah daripada UM dengan hanya 2 pin (182-184). Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk Ain memandangkan ini adalah kali pertama beliau memasuki pertandingan sebegini. Syabas Ain!

Kepada semua pemain UKM, jangan putus asa dan teruskan latihan. Kepada yang bakal menerima ijazah pada bulan Ogos ini, Tahniah! Terima Kasih atas khidmat dan ketekunan anda semua sewaktu berada di UKM!

No comments:

Post a Comment