Saturday, December 22, 2007

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA



Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia pada Disember 14-18, 2007 di Perak. Ini adalah pertama kali acara ini diadakan dan ia dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Stadium Indera Mulia.

Sebanyak 3 jenis aktiviti pertandingan diadakan iaitu Sukan yang merangkumi Bola Sepak (L), Badminton (L&W), Tenpin Boling (L&W), Sepak Takraw (L) dan Bola Jaring (W), X-Games yang merangkumi Paintball (LW&), Wall Climbing (L&W) dan Bola Keranjang (L&W) dan Kebudayaan yang merangkumi Tarian Kebudayaan (L&W) dan Lagu Rakyat (L&W).

"Janganlah kita menumpukan apa yang memisahkan di antara kita atau perbezaan antara kita sebaliknya marilah kita bina di atas faktor persamaan yang ada.

"Sebarang perbezaan sepatutnya dilihat secara positif iaitu untuk mengekalkan nilai murni yang dipegang selama ini iaitu semangat cintakan negara, cintakan keamanan, cintakan keharmonian dan cintakan kedamaian"
YAB Datuk Seri Najib Razak

Sukan Tenpin Bowling telah dipertandingkan di Ampang Superbowl, Ipoh Parade pada Disember 16-18, 2007. Acara-acara yang dipertandingkan adalah Bergu (L&W), Berpasukan (L&W) dan All-Events (L&W).

Dua staf UKM, Wan Nadiaton dan Wan Maisarah telah dipilih untuk mewakili kontinjen Majlis Belia Negeri Selangor ke Pesta Sukan ini dan mereka telah berjaya menggondol ketiga-tiga emas yang ditawarkan dalam kategori Wanita. Nadia telah memenangi Emas dalam acara All-Events dengan jatuhan pin sebanyak 1391 yang dikumpul melalui acara Bergu (770) dan Berpasukan (621). TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua pemain UKM yang secara tidak langsung telah mengharumkan nama UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA!

Wan Nadiaton dengan 3 pingat Emas yang telah dimenanginya

No comments:

Post a Comment