Thursday, December 06, 2007

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2007 - KEPUTUSAN HARI 3

Hari ini merupakan hari terakhir pertandingan. Acara yang dilangsungkan adalah acara Berpasukan Lelaki. 42 pasukan telah turun ke gelanggang untuk bertanding. Pada saringan 1, Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mendahului pasukan lain. UniMap di tempat kedua dan LHDN di tempat ketiga. Sebaik sahaja permainan tamat, UniMAP telah membuat bantahan terhadap pasukan MPK kerana tidak mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan. Penyelaras permainan, Hj. Mohd Rosli telah menerima bantahan tersebut dan mengemukakannya kepada Panel Juri Bantahan.

Pada saringan 2, pasukan KWSP nyata lebih hebat dengan pemain terbaik, Rosli Malik. Rosli telah mencatat jumlah jatuhan pin sebanyak 815 untuk memastikan pasukannya membawa pulang emas untuk acara berpasukan dan sekaligus menyandang JUARA KESELURUHAN PASUKAN LELAKI.

Setelah tamat permainan pada saringan 2, MPK berada di tempat kedua, RISDA tempat ketiga dan UniMAP di tempat keempat. Setelah para panel juri bantahan bermesyuarat, mereka mendapati bahawa bantahan terhadap MPK diterima maka dengan automatiknya, MPK disingkirkan daripada acara tersebut. Oleh itu, pingat perak dimenangi oleh RISDA dan UniMAP memenangi pingat Gangsa.


KWSP - Pingat Emas

RISDA - Pingat Perak
UniMAP - Pingat Gangsa

Klik di sini untuk keputusan terperinci :-
Berpasukan Lelaki

No comments:

Post a Comment