Monday, August 27, 2007

Pertandingan Bergu Uniduo Merdeka

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, Kelab Bowling UKM telah menganjurkan Pertandingan Bergu Uniduo Merdeka yang diadakan di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban 2 pada hari Sabtu yang lepas (25 Ogos 2007). Seramai 14 pasangan pelajar-pelajar UKM telah menyertai pertandingan ini dan tiada sesiapa pun yang telah meninggalkan lorong bowling dengan tangan yang kosong. Selain hadiah-hadiah utama iaitu trofi bagi pemenang pertama, kedua, ketiga dan hamper untuk pemenang tempat pertama hingga tempat keenam, pasangan lain juga telah memenangi hadiah yang berupa free game atau notepad bercorak bendera Malaysia. Tambahan, 2 hamper telah disediakan untuk pemenang high game lelaki dan high game wanita. Bukan itu sahaja -sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50, hadiah-hadiah istimewa juga telah diberi kepada sesiapa yang mendapat jatuhan pin yang mempunyai nombor 31, 50, atau 57. Sekiranya jatuhan pin pada balingan pertama setiap frame adalah 5 dan balingan kedua adalah 0, pemain itu juga menerima hadiah istimewa.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai pertandingan ini dan telah member sokongan untuk menjayakan pertandingan ini! Pertandingan seterusnya akan diadakan pada 22 September, sempena bulan Ramadhan dan diharapkan semua pihak akan terus memberi sokongan padu untuk menjayakan pertandingan ini.

Daripada semua AJK kelab bowling UKM, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50!

No comments:

Post a Comment