Sunday, October 25, 2009

Duo Manchausen by Proxy juara

SRI PETALING - Duo Manchausen by Proxy muncul juara kejohanan bulanan pertandingan boling anjuran Kelab Tenpin Boling Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung di Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade, di sini, baru-baru ini.

Duo Manchausen by Proxy yang diwakili pasangan pelajar perubatan tahun akhir UKM, Nurul Hakimi Najmuddin dan Amri Dahdi mengungguli kejohanan yang diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun mencatatkan 1,328 jatuhan pin sekali gus memenangi wang tunai RM200.

Pasangan alumni, Excellent Duo, Nornikman Ag.Kati dan Mohd Ansharullah Ismail di kedudukan kedua dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1,318 manakala Mohd Fahmi Abdul Rahman dan Muaz Hazali yang menggelar diri mereka Amin Jer ketiga dengan 1,308 jatuhan pin.

Kedua-dua pasangan menerima RM180 dan RM150 selaku pemenang tempat kedua dan ketiga.

Mohd Fadhli bin Abd Jalil dari Duo Super Raya memenangi hadiah jatuhan pin tertinggi dengan mencatat 180 jatuhan sementara Mohd Fazlee Abdul Wahab dari duo Budak-budak Baru Belajar memenangi hadiah jumlah jatuhan pin terbanyak dengan 681 jatuhan pin.

Presiden kelab, Nurul Ashikin Mohd Anuar berkata, sekali lagi seperti tahun-tahun sebelum ini pertandingan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang disambut setiap tahun diadakan.

”Walaupun pada permulaannya pertandingan ini mengalami masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, namun pengarah projek pada kali ini, Nada Nadhirah Sukiman berusaha dengan sebaik mungkin untuk merealisasikan pertandingan pada kali ini.

”Namun pasangan yang menyertai pada pertandingan kali ini agak sedikit memandangkan kebanyakan pelajar telah pulang bercuti Deepavali pada hujung minggu tersebut,” katanya.

Beliau berkata, Kelab Tenpin Boling UKM akan meneruskan tradisi kelab dengan menjanjikan pertandingan yang lebih menarik.

“Kami merancang untuk mengadakan kejohanan terbuka dengan menawarkan hadiah lebih lumayan tahun hadapan,” katanya.

*artikel di ambil dari SINAR HARIAN*



pemenang hi-game

pemenang hi-series

1st place:duo 'Manchausen by Proxy'

2nd place:'excellent duo'

3rd place:duo 'Amin Jer'


sebahagian AJK dan Peserta.

No comments:

Post a Comment