KWSP JOHAN KESELURUHAN
Pasukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul Juara Keseluruhan Pasukan pada Pesta Sukan Kementerian Kewangan 2008 ini. Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh para pemain KWSP nyata membuahkan hasil. Pasukan A Lelaki mereka muncul pasukan terbaik lelaki manakala Pasukan B mereka duduk di tempat ketiga. Pasukan B Wanita mereka pula mengakhiri pertandingan di tempat keempat dan pasukan A Wanita di tempat ketujuh.Pasukan Kastam Diraja Malaysia dan Bank Simpanan Nasional masing-masing muncul naib johan dan ketiga keseluruhan pasukan.
Hi Series Lelaki dimenangi oleh Rosli Malik dari Pasukan KWSP dan hi series wanita milik Nor Atteya. Atteya juga memenangi Hi-Game Wanita. Rozaimie dari LHDN yang telah menjatuhkan 278 pin pada permainan kedua dalam blok ketujuh. Skor 278 itu adalah hasil rantaian 9 strike, diikuti oleh spare 9 dan diakhiri dengan 9 jatuhan pin pada balingan yang terahkir.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa kerja pertandingan Ain, Syah, Shaz, Amir, Shikin, Hidayah, Iz dan Haziq. Tidak lupa juga kepada staf Ampang Superbowl @ Kajang.
Keputusan keseluruhan boleh dimuaturun di bawah :-
Keseluruhan
Lelaki
Wanita





Hi-Game lelaki yang sebelum ini dipegang oleh Muzamir daripada KWSP dengan jumlah jatuhan pin 255 dirampas oleh Wan Rusdi dari BSN dengan hanya 1 markah lebih iaitu 256. Rusdi yang bersenjatakan bola Naga merah berjaya merantai 7 strike dalam permainan kedua dalam blok kelima bagi memperolehi skor tersebut.





Pada tahun ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan tuan rumah bagi Pesta Sukan Kementerian Kewangan dan mereka telah mendapatkan khidmat UKM untuk menganjurkan acara tahunan ini daripada November 22-29, 2008. Selain daripada BSN, terdapat tujuh lagi agensi yang terlibat iaitu Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia (BNM), Perbendaharaan Malaysia (MOF) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).