Wednesday, April 15, 2009

KEJOHANAN BOLING TERBUKA (BEGINNER) LEMBAH PANTAI


3pleerz.bowling club akan menganjurkan satu kejohanan bowling kategori beginner.berikut merupakan butir-butir kejohanan:

tarikh:30 Mei 2009
tempat:u-bowl, one utama.
masa:10 pagi
yuran:rm 300 setiap pasukan *1pasukan-4 pemain

*hadiah lumayan menanti para pemenang!rujuk poster di atas*

handicap akan diberi kepada kepada pemain wanita sebanyak 15 mata.

sebarang pertanyaan sila hubungi:
IM : 019-6244196
ZANA : 010-2025234

*tarikh akhir bayaran 15 Mei 2009

Thursday, April 02, 2009

KEJOHANAN TENPIN BOLING JEMPUTAN FPSK-USIM 2009

Salam sejahtera semua.. lame blog nie x beroperasi dan pada masa yg sama kurangnye pengunjung... tengok ruangan celoteh tu pn jarang da berlaku perbalahan.. Anyway, di sini ade informasi yang pihak USIM dan FPSK ada menganjurkan KEJOHANAN TENPIN BOLING JEMPUTAN FPSK-USIM 2009. Butir-butir pertandingan adalah seperti berikut :


Penganjur :

Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

Universiti Sains Islam Malaysia

(Sempena Ulang Tahun ke-5,

Penubuhan FPSK,USIM)

Tempat Kejohanan :

ARL Bowl

Alamanda Putrajaya Shopping Centre,

Lower Ground Floor

62000 wilayah Persekutuan, Putrajaya.


Tarikh : 16 Mei 2009

Masa : 8.30 pagi


Yuran Penyertaan :

RM 250.00/pasukan

*terhad kepada 40 pasukan sahaja.

Tarikh Tutup Penyertaan :

30 April 2009

Hadiah Kejohanan :

Juara : RM 1,000.00 + Medal + Hamper

N.Juara : RM 700.00 + Medal + Hamper

Ke-3 : RM 500.00 + Medal + Hamper

Ke-4 : RM 300.00 + Medal + Hamper

Ke-5 : RM 200.00 + Medal + Hamper

Ke-6 : RM100.00 + Medal

Ke-7 : RM100.00 + Medal

Ke-8 : RM100.00 + Medal

Ke-9 : RM100.00 + Medal

Ke-10 : RM100.00 + Medal

Cenderahati :

Kepada setiap pasukan bertanding


untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini boleh berhubung terus dengan kHAIRUL iZWAn (0192462446) / nORA aRDiLLA (0172988370) sebagai wakil pihak penganjur.. selamat bersukan :)

Friday, March 20, 2009

KEPUTUSAN KESELURUHAN LIGA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Liga Institusi Pengajian Tinggi Anjuran Kelab Tenpin Bowling bersama Pusat Sukan UKM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Juara keseluruhan liga dimenangi oleh Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia 1 dengan pungutan mata sebanyak 207.56. Johan keseluruhan menerima hadiah sebanyak RM 1500. Manakala naib johan dimenangi oleh Pasukan Universiti Malaya dengan pungutan mata terkumpul selama 7 minggu sebanyak 172.67. Naib Johan menerima wang tunai RM 850 dan tempat ketiga yang menerima wang tunai sebanyak RM 550 dimenangi oleh Universiti Sains Islam Malaysia dengan pungutan mata sebanyak 161.38. Berikut merupakan kedudukan pasukan.



Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia 1


Barisan Pemenang Masters



Hadirin, Ahli Jawatan Kuasa dan Pemain


Thursday, March 19, 2009

TALENT HERITAGE TOURNAMENT

Salam sejahtera ,

Untuk makluman, Pertandingan Bowling terbuka Talent_Heritage bersama Selebriti bakal diadakan pada
Tarikh : 12 April 2009 Masa : 2.30pm ~ 5.30pm
Lokasi : Ampang Superbowl,USJ,Subang Jaya
Tentatif:
2.15pm-2.35pm : Pendaftaran peserta/kumpulan
2.35pm-2.45pm : Sessi bergambar/berkenalan & peserta mengambil tempat
2.45pm-2.55pm : Sessi Berkenalan
2.55pm-3.00pm : Sessi memanaskan badan
3.00pm : Acara bermula
5.00pm : Acara dijangka tamat
5.00-5.10pm : Jamuan Minum Petang / Cabutan Bertuah ( sessi Selebriti bersama peminat ) 5.10pm-6.00pm : Penyampaian Hadiah / Cabutan Bertuah
6.00pm/6.10pm : Majlis Bergambar Selebrity Bersama Pemenang / Bersurai
Pakej untuk pesertaGoodie bag @ cenderamata untuk setiap peserta
Makan\minum petang

Pemenang
-Raja/Ratu Longkang Bowling
-Raja Bowling & Ratu Bowling ( tempat Pertama Hingga ke 3 )
-10 Pasukan terbaik
* Juara Kumpulan/Juara Individu Lelaki @ Wanita bakal dipilih mewakili Pihak Talent Heritage untuk
- Pertandingan Bowling di Luar Lembah Klang ( Melaka/JB/Seremban/Ipoh/Bukit Mertajam/SG.petani/Langkawi ) anjuran Talent Heritage.(Road Tour 09)
- Mana-mana Pertandingan Bowling yang dianjurkan .( Mengikut jadual pihak Pengurusan ) ( mengikut terma & syarat dprd pihak pengurusan )

-Jumlah Games: 3 Games

Syarat Penyertaan :
* Terbuka kepada sesiapa sahaja berumur 18 tahun ke atas.
* Setiap pasukan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
(1team 4org- harus ada WANITA)

* Penyertaan adalah berdasarkan kepada 'siapa cepat dia dapat'.
* Bayaran satu Kumpulan ialah RM165
* Terbuka kepada semua peserta amatur yang berminat.
* Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang PESERTA WANITA
* Bayaran hendaklah di buat sebelum atau pada 30 Mac 2009 ( bergantung kpd jumlah penyertaan )

Untuk keterangan lanjut mengenai bayaran dan pengesahan penyertaan, sila hubungi@sms : Mjani 013 -2975262/012.6773161
* Sila hantar senarai peserta ( beserta No.tel dan nama Kumpulan ) kpd talent_heritage@yahoo.com

Makluman
* Semua peserta mesti hadir pada masa yang ditetapkan.
* Makan petang disediakan.
* Acara akan bermula mengikut jadual yang ditetapkan.
* Goodies "menarik" di sediakan untuk setiap peserta.
* Setiap peserta dikehendaki membawa stokin sendiri.
* Kasut bowling disediakan oleh penganjur
* Hadiah menarik menanti pemenang.
* Sila bawa bukti pembayaran pada hari pertandingan.
* Resit di sediakan atas permintaan sahaja
* Selebriti @ artis terpilih akan turut serta dalam Pertandingan ini.( ada sessi bersama peminat )
* Para peserta berpeluang memenangi hadiah2 menarik melalui cabutan Bertuah.

Sokongan,perhatian dan kerjasama drpd semua amat dihargai.
Terima Kasih.

KEPUTUSAN MASTERS LIGA IPT

Masters Liga Institusi Pengajian Tinggi telah diadakan pada 17 Mac 2009. Pada jam 9 malam. Pemenang tempat pertama mendapat wang tunai sebanyak RM 500 diikuti dengan tempat kedua sebanyak RM250, ketiga, RM 130, keempat RM 70, kelima RM 30 dan keenam dan ketujuh masing-masing menerima baucer permainan boling percuma di Ampang Superbowl tajaan Ampang SuperBowl Kajang. Pemain - pemain bermain sebanyak 8 game dengan yuran permainan sebanyak RM60. Juara masters liga dimenangi oleh En Aziz dari pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia 1 yang menampilkan permainan yang terbaik sepanjang kejohanan liga diadakan. Diikuti dengan Dr Azizan dari pasukan . Tempat ketiga pula dimenangi oleh En Shaharudin dari Universiti Malaya diikuti dengan En Sanusi dari pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia 1. Tempat kelima pula dimenangi oleh En Jalal dari pasukan USIM. Tempat keenam dimenangi oleh Nurakmal dari pasukan Universiti Malaya dan di tempat ketujuh Nurul Ain dari pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia 2. Berikut merupakan keputusan masters liga tersebut.



Monday, March 16, 2009

Penundaan Tarikh Kejohanan Tertutup UKM 2009 Anjuran Pelajar Siswazah Fakulti Pendidikan

Kejohanan ini akan ditunda pada
Tarikh : Ahad 5 April 2009
Tempat : Ampang superbowl , metro point, kajang
Masa : 1 - 5 ptg
tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 april 2009

**Kejohanan ditunda kerana bertindan dengan kejohanan sukan staf yang berlangsung pada tarikh yang sama. Harap Maklum.

Tuesday, March 10, 2009

KEJOHANAN BOLING TERTUTUP UKM 2009

Kejohanan Boling Tertutup UKM 2009 anjuran pelajar siswazah fakulti pendidikan akan diadakan bagi mengutip dana tabung palestin. "Special Appeal For Palestinian People". Kejohanan ini terbuka kepada pelajar dan kakitangan UKM.

Berikut merupakan perincian bagi kejohanan tersebut.
Tarikh : 22 Mac 2009
Tempat : Ampang SuperBowl Metropoint Kajang
Format : Beregu wanita dan Beregu lelaki
Yuran Permainan : RM 25 sepasukan ( 2 orang )
**Terhad kepada 30 pasukan pertama bagi setiap kategori
Hadiah Utama : RM 300 dan hamper
Tarikh tutup penyertaan : 17 Mac 2009

Untuk borang penyertaan dan peraturan, sila hubungi En Ramlan / Pn Shimah -0132630275

Untuk maklumat lanjut sila layari www.bowlforpalestin.blogspot.com

Thursday, February 26, 2009

KEJOHANAN BOWLING INTERKOLEJ UKM






Sempena simulasi kursus HHHS1663 (Boling), Bahagian ko-kurikulum pusat perkembangan pelajar dgn sukacitanya akan menganjurkan KEJOHANAN BOLING INTERKOLEJ. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu perseorangan, beregu dan trio. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar UKM untuk mewakili kolej masing-masing. bagi acara beregu dan trio, setiap pasangan atau trio mesti daripada kolej yang sama. Acara perseorangan dan beregu akan dijalankan serentak pada waktu pagi manakala acara trio akan dijalankan pada waktu petang. Pertandingan akan berlangsung di Ampang Superbowl Kajang. Berikut adalah butir-butir pertandingan:

        Tarikh: 4 April 2009

        Masa: 10 Pagi- 12 tghari (perseorangan dan beregu)
        2.00 ptg-4.00 ptg (trio)

        Tempat: Ampang Superbowl Kajang

        Yuran: RM25 bagi perseorangan, rm50 bagi beregu dan rm60 bagi trio

        *hadiah lumayan mengikut kategori menanti pemenang dan juara keseluruhan akan menerima piala pusingan dan keputusan dikira berdasarkan pungutan mata kolej.

Handicap akan diberikan mengikut kadar berikut:

pelajar lelaki = 0
pelajar perempuan= 5

Pihak Penganjur akan menyediakan sebuah bas untuk peserta yang ingin menaiki bas atau yang mempunyai masalah pengangkutan.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi:
(trio) mahi -0139114949
(single) syafiq - 0123258797
(double) melia - 0123717802

Wednesday, February 04, 2009

KEJOHANAN REGU TENPIN BOWLING PIALA PENGURUS (ZAABA)

Sempena hari terbuka kolej Pendeta Zaaba, Kapreza dengan bangganya akan mengadakan KEJOHANAN REGU TENPIN BOWLING PIALA PENGURUS (ZAABA). Peserta akan bermain secara beregu di mana setiap pemain akan bermain sebanyak 4 permainan. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga UKM. Pertandingan akan berlangsung di Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade, Sri Petaling. Berikut adalah butir-butir pertandingan:

        Tarikh: 20 Feb 2009

        Masa: 3.30 Petang

        Tempat: MEGALANES KL, ENDAH PARADE,
          SRI PETALING

        Yuran: RM50 SEPASUKAN** (2 ORANG)

        *hadiah bergantung pada penyertaan

**Satu beregu tidak boleh diwakili lebih daripada seorang pemain UKM

Handicap akan diberikan mengikut kadar berikut:

pelajar lelaki dan staf lelaki yang mewakili ukm = 0
pelajar perempuan dan staf perempuan yang mewakili ukm = 5
pelajar lelaki dan staf lelaki = 5
pelajar perempuan dan staf perempuan = 10

Pihak Penganjur akan menyediakan sebuah bas untuk peserta yang ingin menaiki bas atau yang mempunyai masalah pengangkutan.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi:

Rizuan - 017-6838252 / 013-6135101
Haziq - 010-9005896

Tarikh tamat pendaftaran adalah 18 Feb 2009

JADUAL PERTANDINGAN LIGA TRIO IPTA/IPTS 2009


Berikut merupakan jadual Pertandingan Liga Trio IPTA/IPTS 2009:



Saturday, January 24, 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA...!!!


Kelab Tenpin Bowling UKM ingin mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU CINA
kepada semua ahli kelab yang berbangsa cina dan
SELAMAT BERCUTI
kepada semua...


Ucapan ini ditujukan terutamanya kepada AJK Kelab Tenpin Bowling UKM yang telah berusaha keras selama ini untuk memastikan aktiviti kelab ini sentiasa berjalan lancar. Kepada Ain, Fadh, Ana, Diran, Nikman, Raja, Shaz, Syikin, Iz, Haziq, John... TQ to all of u guys... Keep up the good work and kelab kita pasti akan menang kelab terbaik tahun ini!!! Woo hoo!!! (edit ayat tay.. ahaha.. :p)

p/s: balik cuti bawak kete/moto elok2... jangan bawak laju2 k.. jumpe lagi pas cuti nnt..

!

Friday, January 23, 2009

KEPUTUSAN PEMILIHAN PERTANDINGAN PERSAHABATAN NOVISBOWLER-UKM-USIM DAN PERTANDINGAN DI MEGALANES ENDAH PARADE

Berikut merupakan keputusan pemilihan.

Bagi pertandingan di Megalanes Endah Parade:-

TEAM 1 ( AHLI KELAB )
-Haziq
-Amri
-Zahin
-Ansharullah

TEAM 2 ( ATLET UKM )
-Raja Zaharul
-Hakimi
-Nurul Ain
-Rashidi

Bagi pertandingan persahabatan novisowler-ukm-usim, pertandingan ini ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Berikut adalah pemain yang terpilih untuk ke pertandingan ini :-
-Mohd Shahril
-Rizuan
-Mohd Fadhli
-Nurul Hidayah

Pihak kelab memohon maaf atas kelewatan memaklumkan keputusan pemilihan ini.

Saturday, January 03, 2009

PEMILIHAN KE PERTANDINGAN PERSAHABATAN NOVISBOWLER-USIM-UKM DAN PERTANDINGAN DI MEGALANES ENDAH PARADE

Pada hari Selasa, 13 Januari 2008, 1 pemilihan akan dijalankan bagi memilih pemain-pemain yang akan bertanding pada kedua-dua pertandingan. Pemilihan ini terbuka kepada ahli kelab tenpin bowling ukm dan atlet UKM. Pemilihan ini akan dijalankan di Megalanes Endah Parade pada jam 5 petang. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Kelab Tenpin Bowling akan menghantar 1 pasukan bagi setiap pertandingan. Ini bermakna 8 pemain akan dipilih (termasuk seorang wanita). Kelab Tenpin Bowling UKM akan membiayai yuran permainan bagi kedua-dua pasukan.

Bagi pasukan atlet UKM, 1 pasukan atlet UKM akan dihantar untuk menyertai Pertandingan di Megalanes Endah Parade. Tetapi peruntukan yuran permainan adalah sendiri memandangkan pusat sukan masih belum memberi sebarang kelulusan.

PERTANDINGAN PERSAHABATAN NOVISBOWLER-USIM-UKM
Tarikh : 24 Jan 09
Masa : 10 pagi
Bil pemain : 4 sepasukan (sekurang-kurangnya seorang wanita)
**Handicap wanita 7 pin bagi setiap permainan
Bil Permainan : 6 permainan (atas bayaran masing-masing)
Hadiah : Disediakan oleh USIM

PERTANDINGAN DI MEGALANES KUALA LUMPUR, ENDAH PARADE
Tarikh : 7 Feb 09
Tarikh tutup pendaftaran : 1 Feb 09
Masa : 10 pagi
Yuran Permainan : RM 200 setiap pasukan
Bil Pemain : 4 pemain
** Wanita akan diberikan handicap sebanyak 10 pin bagi setiap permainan
Bil Permainan : 4 permainan
Hadiah :
CHAMP : RM 800
2ND : RM 500
3RD : RM 300
4TH - 10TH : Cash Prizes

Team High Series : RM 100
Best Individu M/F : RM35

**Pengangkutan ke Megalanes Endah Parade akan diusahakan

Friday, December 19, 2008

KEJAYAAN PASUKAN TENPIN BOLING MALAYSIA DI SUKAN UNIVERSITI ASIA 2008



Kejohanan Tenpin Bowling Sukan Universiti Asia (SUA) yang bermula pada Disember 13 di Pyramid Megalanes, Sunway Pyramid telah menutup tirainya semalam dengan jayanya.

Pasukan Malaysia yang diwakili oleh 12 mahasiswa dan mahasiwi dari beberapa IPT Malaysia yang berlainan telah menonjolkan prestasi yang memuaskan dan berjaya menggondol 2 emas, 7 perak dan 5 gangsa. 2 emas tersebut disumbang oleh Mohd Syafiq Ridhwan menerusi acara Perseorangan Lelaki dan Zatil Iman dalam acara Masters Wanita. Syafiq yang menuntut di Universiti Putra Malaysia dan Zatil di Institut Teknologi MARA, juga merupakan Pemain Skuad Kebangsaan pada masa kini.

Selain Syafiq, pasukan lelaki diwakili oleh Mohd Zaim Zulfadhlie (UIA), Sufri Hasan (UiTM), Tan Teck Jin (UPM), Johan Jamaludin (MMU) dan Mohd Afzal Alif (MMU). Rakan seperjuangan Zatil pula terdiri daripada Siti Nursyakila Mardyanna (UiTM), Nur Syakirah Yeoh (UPM), Aressa Malenie (UPM), Ziran Nadiah (UM) dan Nur Hanisa Salam (UiTM).

Berikut merupakan pemenang pingat bagi pasukan Malaysia :-

Emas



Perseorangan Lelaki


Mohd Syafiq Ridhwan
Masters Wanita



Zatil Iman





Perak




Bergu Lelaki



Sufri Hassan
Tan Teck Jin
Bergu Wanita



Nur Syakirah Yeoh
Zatil Iman
Trios Wanita



Nur Syakirah Yeoh
Zatil Iman
Ziran Nadiah
Berpasukan Wanita



Nur Syakirah Yeoh
Zatil Iman
Ziran Nadiah
Aressa Malenie
Nur Hanisa Salam
Siti Nursyakila Mardyanna
All-Events Wanita



Zatil Iman
Masters Wanita



Siti Nursyakila Mardyanna
Masters Lelaki



Mohd Zaim Zulfadhli





Gangsa




Perseorangan Lelaki



Johan Jamaluddin
Perseorangan Wanita



Nur Syakirah Yeoh
Bergu Wanita



Ziran Nadiah
Siti Nursyakila Mardyanna
Bergu Campuran



Zatil Iman
Mohd Zaim Zulfadhli
Berpasukan Lelaki



Mohd Syafiq Ridhwan
Sufri Hassan
Tan Teck Jin
Mohd Zaim Zulfadhli
Johan Jamaluddin
Mohd Afzal Alif

Pasukan dari Singapore telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan pungutan pingat sebanyak 6 emas, 3 perak dan 3 gangsa.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia!

Untuk artikel dan maklumat yang lebih terperinci, sila lawati www.mtbc.org.my.

Monday, December 01, 2008

LIGA TRIOS IPT AKAN BERMULA PADA JANUARI 2009



Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah Januari 7, 2009.

Muaturun borang pendaftaran di sini.

Muaturun format dan peraturan di sini.

Pasukan-pasukan yang telah mendaftarkan diri adalah :-
  1. UNIVERSITI MALAYA (Staf dan Pelajar)
  2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1 (STAF)
  3. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2 (PELAJAR)
  4. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 1
  5. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 2

Sunday, November 30, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - KEPUTUSAN KESELURUHAN

KWSP JOHAN KESELURUHAN

Pasukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul Juara Keseluruhan Pasukan pada Pesta Sukan Kementerian Kewangan 2008 ini. Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh para pemain KWSP nyata membuahkan hasil. Pasukan A Lelaki mereka muncul pasukan terbaik lelaki manakala Pasukan B mereka duduk di tempat ketiga. Pasukan B Wanita mereka pula mengakhiri pertandingan di tempat keempat dan pasukan A Wanita di tempat ketujuh.

Pasukan Kastam Diraja Malaysia dan Bank Simpanan Nasional masing-masing muncul naib johan dan ketiga keseluruhan pasukan.


KDRM (kanan) dan BSN (kiri)

Hi Series Lelaki dimenangi oleh Rosli Malik dari Pasukan KWSP dan hi series wanita milik Nor Atteya. Atteya juga memenangi Hi-Game Wanita. Rozaimie dari LHDN yang telah menjatuhkan 278 pin pada permainan kedua dalam blok ketujuh. Skor 278 itu adalah hasil rantaian 9 strike, diikuti oleh spare 9 dan diakhiri dengan 9 jatuhan pin pada balingan yang terahkir.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa kerja pertandingan Ain, Syah, Shaz, Amir, Shikin, Hidayah, Iz dan Haziq. Tidak lupa juga kepada staf Ampang Superbowl @ Kajang.

Jawatankuasa Pertandingan

Staf Ampang Superbowl @ Kajang


Keputusan keseluruhan boleh dimuaturun di bawah :-

Keseluruhan
Lelaki
Wanita

Thursday, November 27, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - HARI KETIGA PERTANDINGAN


Pasukan Bank Simpanan Nasional

Hari ketiga Pesta Sukan Kementerian Kewangan bagi sukan Tenpin Bowling menyaksikan pemain Bank Simpanan Nasional mencatat rekod permainan tertinggi (Hi-Game) dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Hi-Game lelaki yang sebelum ini dipegang oleh Muzamir daripada KWSP dengan jumlah jatuhan pin 255 dirampas oleh Wan Rusdi dari BSN dengan hanya 1 markah lebih iaitu 256. Rusdi yang bersenjatakan bola Naga merah berjaya merantai 7 strike dalam permainan kedua dalam blok kelima bagi memperolehi skor tersebut.

Hi-Game wanita pula dipegang oleh Nor Atteya yang telah memperbaiki skor tertinggi sebelum ini iaitu 233 ke 242. Di lorong sebelah, Rosleena dari pasukan KDRM hampir berjaya memotong skor Atteya pada permainan seterusnya tetapi gagal apabila balingannya yang terakhir menghasilkan split 6. Akhirnya, dia mengumpul markah 239, markah individunya yang terbaik setakat ini.


Pasukan A Lelaki KWSP
(Dari kiri: Mohd Yusri, Muzamir Saari dan Idris Rabii)

Bagi kategori pasukan keseluruhan, pasukan KWSP berjaya melangkau KDRM untuk duduk di kedudukan teratas. Ini adalah hasil permainan yang mantap yang ditunjukkan oleh pemain mereka terutamanya Pasukan A Lelaki. Pasukan A Lelaki KWSP yang dibarisi oleh Muzamir Saari, Mohd Yusri dan Idris Rabii bermain dengan cemerlang pada hari ini dan berjaya mengumpul jumlah pasukan dalam satu blok sebanyak 1760 pada blok kelima. Pada blok keenam, mereka mengumpul 1617 dan jumlah ini cukup untuk meletakkan mereka sebagai pasukan lelaki terbaik setakat ini. Rakan sepasukan mereka di Pasukan B di tangga yang kedua manakala KDRM A di tempat ketiga.

Gelaran pasukan wanita terbaik kembali semula kepada Pasukan A BSN apabila mereka menjatuhkan 1538 jumlah jatuhan pin pada blok keenam dan mendahulu Pasukan A KDRM sebanyak 56 pin.

Esok merupakan hari terakhir pertandingan dan pasukan yang bertanding hanya tinggal 2 blok untuk mengejar hadiah-hadiah yang ditawarkan iaitu Johan Pasukan, Naib Johan Pasukan, Ketiga Pasukan serta hadiah sampingan, Hi-Series dan Hi-Game Lelaki dan Wanita.

Keputusan selepas blok keenam boleh dimuaturun di bawah :-

Keseluruhan
Lelaki
Wanita

Wednesday, November 26, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - HARI KEDUA PERTANDINGAN


Pasukan Kastam Diraja Malaysia

Kehangatan pemain KDRM terserlah apabila pasukan mereka berjaya mengekalkan kedudukan mereka semalam. Berpakaian t-shirt biru langit nyata telah memberikan mereka keyakinan untuk terus unggul dalam blok ketiga dan keempat. Pasukan KWSP dan BSN kekal di tempat kedua dan ketiga.

Pasukan B Lelaki KWSP yang telah mengekalkan barisan pemain yang sama pada hari ini masih mendahului pasukan-pasukan yang lain. Rakan seperjuangan mereka di Pasukan A juga kekal di kedudukan mereka iaitu pada tempat ketiga. Pasukan A Lelaki KDRM yang dibarisi Naising Bega, Nik Mohd Ramzu dan Wan Yusof juga tidak berganjak dari posisi kedua.

Dalam kategori Wanita, keadaan yang sama tidak berlaku apabila Pasukan A BSN jatuh ke tempat kedua selepas blok keempat telah dimainkan. Kini di tempat pertama adalah Pasukan A KDRM yang dianggotai oleh Juana, Norhayati dan Roszaleena. Jumlah mereka bertiga pada blok keempat sebanyak 1500 telah membantu mereka memotong Pasukan BSN A. Jumlah itu juga merupakan jumlah yang tertinggi setakat ini bagi satu blok dalam kategori wanita.

Keputusan selepas blok keempat boleh dimuaturun di bawah :-

Keseluruhan
Lelaki
Wanita

Tuesday, November 25, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - HARI PERTAMA PERTANDINGAN

Hari pertama pertandingan tenpin bowling Pesta Sukan Kementerian Kewangan telah berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Pasukan Lelaki dan Wanita KWSP
Segak bergaya memakai tracksuit merah



Kategori Lelaki menyaksikan keunggulan Pasukan B Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) yang dibarisi Noor Azizi Zainudin, Amirul Zaini, dan Rosli Malik manakala kategori wanita sedang didahului oleh Pasukan A Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dianggotai oleh bekas pemain Nasional, Nor Atteya, Azzea Azzetta dan Mashitah.


Walaubagaimanapun, kedua-dua kontingen KWSP dan BSN tidak berada di tempat teratas secara keseluruhan. KDRM atau lebih dikenali sebagai Kastam Diraja Malaysia yang telah mengumpul 11903 jatuhan pin daripada keempat-empat pasukan berada di kedudukan tersebut. Ahli pasukan mereka terdiri daripada Hj.MOHD YUSOFF BIN ALI, WAN YUSOF B. WAN YUNUS, NAISING BIN BEGA, NIK.MOHD RAMZU NASRI BIN NIK IBRAHIM, MD.SAHIAR B. MUSA, ZAINUDDIN B. ABD.TALIB, HADINOR AMIR B. ABDULLAH, ABD.KARIM B. AHMAD, DATIN SHAMSIAH BT. ABD.HAMID, ROSZALEENA BT. ABD.RAHMAN, JUANA BT. HASSAN, NOR HAZURA BT. CHE MUSTAPA, HAMIDAH BT. ABD. LATIFF, SALAMIAH BT. MD.HUSSAIN, NORHAYATI HJ.YUNUS dan MEINI AK GUNGGANG.


Penyokong Pasukan KDRM sentiasa di belakang pemain mereka

Blok ketiga dan keempat akan dijalankan esok. Pasukan-pasukan lain masih mempunyai peluang untuk mengejar gelaran JOHAN PASUKAN kerana terdapat 6 blok lagi.

Keputusan selepas Blok 1 dan 2 boleh dimuaturun di bawah :-

Keseluruhan Pasukan
Lelaki
Wanita

Monday, November 24, 2008

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN (PSKK) - SEHARI SEBELUM KEJOHANAN

Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang yang merupakan venue pertandingan sukan Tenpin Bowling bagi Pesta Sukan Kementerian Kewangan telah bersiap sedia untuk menerima seramai 128 pemain boling yang terdiri daripada staf agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Pasukan-pasukan yang akan memulakan perjuangan mereka bermula esok telah mula berlatih di ASB seawal 2 minggu lepas untuk menyesuaikan diri dengan keadaan lorong dan persekitaran pusat boling.

Jawatankuasa kerja kejohanan yang terdiri daripada ahli Kelab Tenpin Bowling UKM telah berkumpul di ASB untuk membuat penyiapan terakhir untuk memastikan acara yang akan bermula pada keesokan harinya akan berjalan dengan lancar dan teratur.

Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua peserta dan semoga kejohanan ini akan dilangsungkan dengan penuh semangat kesukanan dan persahabatan di kalangan peserta.

Sila klik di sini untuk memuaturun kedudukan lorong pasukan.