Saturday, January 03, 2009

PEMILIHAN KE PERTANDINGAN PERSAHABATAN NOVISBOWLER-USIM-UKM DAN PERTANDINGAN DI MEGALANES ENDAH PARADE

Pada hari Selasa, 13 Januari 2008, 1 pemilihan akan dijalankan bagi memilih pemain-pemain yang akan bertanding pada kedua-dua pertandingan. Pemilihan ini terbuka kepada ahli kelab tenpin bowling ukm dan atlet UKM. Pemilihan ini akan dijalankan di Megalanes Endah Parade pada jam 5 petang. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Kelab Tenpin Bowling akan menghantar 1 pasukan bagi setiap pertandingan. Ini bermakna 8 pemain akan dipilih (termasuk seorang wanita). Kelab Tenpin Bowling UKM akan membiayai yuran permainan bagi kedua-dua pasukan.

Bagi pasukan atlet UKM, 1 pasukan atlet UKM akan dihantar untuk menyertai Pertandingan di Megalanes Endah Parade. Tetapi peruntukan yuran permainan adalah sendiri memandangkan pusat sukan masih belum memberi sebarang kelulusan.

PERTANDINGAN PERSAHABATAN NOVISBOWLER-USIM-UKM
Tarikh : 24 Jan 09
Masa : 10 pagi
Bil pemain : 4 sepasukan (sekurang-kurangnya seorang wanita)
**Handicap wanita 7 pin bagi setiap permainan
Bil Permainan : 6 permainan (atas bayaran masing-masing)
Hadiah : Disediakan oleh USIM

PERTANDINGAN DI MEGALANES KUALA LUMPUR, ENDAH PARADE
Tarikh : 7 Feb 09
Tarikh tutup pendaftaran : 1 Feb 09
Masa : 10 pagi
Yuran Permainan : RM 200 setiap pasukan
Bil Pemain : 4 pemain
** Wanita akan diberikan handicap sebanyak 10 pin bagi setiap permainan
Bil Permainan : 4 permainan
Hadiah :
CHAMP : RM 800
2ND : RM 500
3RD : RM 300
4TH - 10TH : Cash Prizes

Team High Series : RM 100
Best Individu M/F : RM35

**Pengangkutan ke Megalanes Endah Parade akan diusahakan

5 comments:

  1. Salam...

    Minta maaf yek... pertandingan friendly match ni, kita terpaksa tunda sebab terlalu banyak xtvt kita lately ni... Insya'Allah kita akan adakan juga friendly match ini nanti.. Date nya akan diberitahu kemudian...

    * Tang hadiah tu yang tak tahan tu... segalanya dalamperancangan ...
    minta maaf pada UKM bowlers yea... apa-apa haL, nanti saya roger kemudian...

    Tentang Super Beginner Team Tour tu, hadiah telah di Upkan Kepada RM1000.00

    Harap maaf atas sebarang kesulitan

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:16 PM

    tO Ain,

    Detail program tuh kena minta dengan penganjur. Nama dia Deale30 (hp : 0122552411)

    Dia yang anjurkan tour itu...Ok...

    zura- usim

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:53 PM

    salam,

    zura nak tanya.. liga triOS ni, ape citer?

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:16 PM

    Okeh....
    Cuma, tolong emailkan pada pengurus kitorang .

    En.Nazaruddin

    nazaruddin@usim.edu.my

    Thanks

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:48 AM

    Salam Ain,
    friendly tu,
    pihak USIM tak bagi kit awat 3 penjuru.. next time kita wat ngan UKM sahaja k...

    Sos sori..

    ReplyDelete