Wednesday, July 30, 2008

AGM KE-4 MENDAPAT SAMBUTAN


Para peserta mesyuarat
Walaupun terpaksa dilangsungkan di satu venue yang agak berjauhan daripada kolej-kolej yang lain, Mesyuarat Agung ke-4 Kelab Tenpin Bowling UKM berjaya mendapat sambutan daripada lebih 40 peserta yang datang daripada sejauh Kolej Pendeta Zaa'ba. Sambutan yang baik ini juga adalah hasil pengorbanan AJK Kelab yang telah berulang-alik untuk mengambil dan menghantar para pelajar.


Dari kiri: Raja Zaharul, Nurul Ain, Cik Alia

Mesyuarat dimulakan dengan kata alu-aluan dan pengenalan kelab daripada Cik Nurul Ain, Presiden Sesi 2008/2009 dan diikuti dengan ucapan daripada tetamu jemputan Cik Alia yang merupakan Pegawai dariapada bahagian Kelab dan Penyediaan Atlit Pusat Sukan UKM.

Pada malam tersebut, Saudara Raja Zaharul Ashriq ditugaskan sebagai Pengacara Majlis dan beliau telah berjaya menambat hati peserta dengan celoteh bersahaja beliau.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dimaklumkan kepada peserta seperti latihan mingguan, Pertandingan Bulanan, Klinik Asas dan sebagainya.

Latihan mingguan ditetapkan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat. Pada hari Isnin dan Selasa, latihan akan dijalankan di Ampang Superbowl, Metro Point Kajang daripada pukul 5-8pm. Manakala latihan pada hari Jumaat akan diadakan di Megalanes KL, Endah Parade, Sri Petaling pada waktu yang sama. Khidmat jurulatih akan disediakan pada hari dan waktu tersebut kepada yang berminat untuk mempelajari teknik yang betul.

Satu Pertandingan Alu-Aluan akan dijalankan pada Ogos 5, 2008 di Ampang Superbowl @ Kajang sebagai aktiviti pengenalan kepada ahli-ahli baru.

Sebelum menutup majlis, perlantikan AJK Pelapis Kelab dijalankan dan berikut adalah senarai pemegang jawatan :-

Naib Setiausaha : Norraihanah bt. Mohamed Aslam (A117305)
Naib Bendahari : Zara Eleena bt. Omar Peter (A123987)
AJK Tugas-tugas Khas : Muhammad Haziq b. Abd Karim (A119231)
AJK Pengangkutan : Mohd Zahin Syafiq b. Abd Aziz (A125147)
AJK Publisiti : John Liew Vui Li (A125094)


Barisan AJK Induk dan Pelapis Kelab

Mesyuarat telah bersurai pada 10.00pm dan peserta telah menikmati jamuan ringan sebelum pulang ke kolej masing-masing.

Tuesday, July 29, 2008

MESYUARAT AGUNG KE-4

Kolej Ungku Omar juara keseluruhan boling Sukem


Sinar Harian | Julai 29, 2008 | Nazrol Jamaluddin

KAJANG – Kolej Ungku Omar muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (Sukem 2008) bagi sukan Tenpin Bowling yang diadakan di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang pada 25 dan 26 Julai lalu apabila berjaya memenangi empat pingat emas daripada 10 pingat emas yang dipertandingkan.

Kolej Ungku Omar memenangi emas melalui Mohd Hafiz Ali yang memenangi acara Perseorangan Lelaki dan All-Events Lelaki, Nurul Ain Hanzir yang memenangi All-Events Wanita dan gandingannya dengan Nurul Hayati Ismail dalam acara Bergu Wanita.

Lain-lain keputusan menyaksikan pasangan Nornikman Ag Kati dan Ian Tay Yee Ren dari Kolej Aminuddin Baki memenangi acara bergu lelaki setelah kedua-duanya gagal dalam acara perseorangan lelaki.

Sementara itu, pasukan Kolej Aminuddin Baki berjaya menumpaskan pasukan-pasukan lain dalam kategori berpasukan lelaki apabila mencatatkan 1848 jatuhan pin menewaskan pasukan Kolej Keris Mas sebanyak 169 jatuhan pin .

Kolej Tun Syed Nasir pula mengungguli kategori berpasukan wanita dengan hanya kelebihan 23 pin ke atas pasukan Kolej Ungku Omar apabila mencatatkan 1524 jatuhan pin.

Kolej Tun Dr Ismail dan Kolej Rahim Kajai berjaya memenangi emas pertama dan terakhir mereka apabila Nurul Hakimi Najmudin dan Noor Diran Ahmad menunjukkan prestasi permainan yang sangat baik untuk muncul sebagai pemenang pingat emas acara Masters lelaki dan wanita.

Nurul Hakimi yang mula bermain boling tahun lepas menjelaskan amat berpuas hati dengan persembahannya dan tidak menyangka akan mendapat emas.

Pemenang Emas Masters Wanita, Noor Diran nyata gembira dengan kemenangannya dalam acara tersebut.

"Akhirnya, saya dapat juga pingat emas setelah gagal untuk mempamerkan permainan yang baik dalam acara perseorangan, bergu dan berpasukan. Pingat ini telah menebus kekecewaan saya,” katanya.

Kejohanan yang merupakan acara tahunan pada setiap semester 1 sesi pengajian ini melibatkan penyertaan 13 kolej kediaman iaitu Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Dato Onn, Kolej Rahim Kajai, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Ibrahim Yaacob, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej Idris Al Marbawi, Kolej Keris Mas, Kolej Ibu Zain, Kolej Pendeta Zaa'ba, Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Tun Syed Nasir.

Setiap kolej telah menghantar penyertaan empat pemain lelaki dan empat wanita kecuali Kolej Burhanuddin Helmi yang hanya menghantar peserta lelaki.

Sunday, July 27, 2008

SUKEM 2008 - KEPUTUSAN


Pemenang Perseorangan Lelaki
Dari kiri: Nurul Hakimi (KTDI), Mohd Hafiz Ali (KUO), Nor Nikman (KAB)

Kejohanan Tenpin Bowling SUKEM telah berjaya dianjurkan dengan jayanya dengan kerjasama Pusat Sukan UKM, Kelab Tenpin Bowling UKM dan Ampang Superbowl @ Kajang.

Acara-acara yang dianjurkan selama 2 hari telah disertai oleh 13 kolej kediaman UKM.

Pada hari pertama (25 Julai), acara Perseorangan dan Bergu telah dilangsungkan. Kolej Ungku Omar yang diwakili oleh Mohd Hafiz Ali telah menjuarai acara Perseorangan Lelaki dengan jumlah jatuhan pin 733. Persorangan Wanita pula diungguli oleh Kolej Tun Syed Nasir, Nurul Hidayah.

Sebaik tamatnya acara perseorangan, acara bergu telah menyusuli dan pingat emas acara perseorangan wanita yang tercicir daripada genggaman Nurul Ain Hanzir daripada Kolej Ungku Omar menjadi motivasinya untuk bermain dengan bersungguh-sungguh dalam acara bergu. Berpasangan dengan Nurul Hayati, pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Wanita, Ain dan Hayati berjaya mendapat jumlah jatuhan pin 1211 untuk menggondol pingat emas. Pingat perak dimenangi oleh pasangan Noor Diran dan Zayani Zulkifli daripada Kolej Rahim Kajai manakala Pingat Gangsa milik Rozanna Rosdin dan Sabarina Baharom daripada Kolej Aminuddin Baki.


Pemenang Bergu Lelaki
Dari kiri: Hafiz Ali & Azimi (KUO), Nikman & Ian (KAB), Iskandar & Fadhil (KBH)

Situasi yang sama menyelubungi kategori lelaki apabila Nornikman, pemenang pingat perak acara Perseorangan Lelaki telah berpasangan dengan Ian Tay untuk memenangi pingat Emas dalam acara bergu lelaki. Kata Nornikman "Saya kecewa dengan persembahan saya sewaktu perseorangan apabila hanya kalah 39 pin kepada Hafiz. Saya telah bertekad untuk mendapat emas dalam acara seterusnya dan alhamdulillah, saya berjaya lakukannya dengan bantuan Ian."


Pemenang Berpasukan Wanita
Kolej Keris Mas (Oren), Kolej Tun Dr. Ismail (Merah), Kolej Ungku Omar (Ungu)

Hari seterusnya (26 Julai) menyaksikan acara berpasukan lelaki dan wanita dilangsungkan. Acara berpasukan adalah acara yang paling seronok kerana suasana pertandingan akan menjadi sangat bertenaga dengan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap pasukan. Pasukan Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Tun Syed Nasir telah berjaya menumpaskan pasukan-pasukan lain dalam kategori lelaki dan wanita. Kolej Aminuddin Baki yang dibarisi oleh Nor Nikman, Ian Tay, Muaz Ghazali dan Mohd Nazmi mengumpul 1848 pin, meningggalkan Kolej Keris Mas sebanyak 169 pin dan Kolej Rahim Kajai sebanyak 179 pin. Walaubagaimanapun, pemain-pemain Kolej Keris Mas dan Kolej Rahim Kajai apabila diumumkan sebagai pemenang pingat, melonjak kegembiraan kerana tidak menyangka berada di dalam senarai pemenang pingat.

Pasukan Kolej Tun Syed Nasir Wanita yang dianggotai oleh Nurul Hidayah, Emma Nazlin, Nadia Najwa dan Siti Norhaliz telah berjaya memenangi pingat emas dengan hanya kelebihan 23 pin daripada Kolej Ungku Omar. Hidayah yang telah memenangi pingat emas dalam acara perseorangan wanita merupakan tunggak kejayaan pasukannya apabila berjaya mengumpul 501 jatuhan pin. Kolej Keris Mas mendapat pingat gangsa.


Pemenang All Events Wanita
Dari kiri: Nur Hidayah (KTSN), Nurul Ain (KUO), Noor Diran (KRK)

Setelah tamat acara berpasukan maka, pemenang-pemenang All-Events diketahui dan Mohd Mohd Hafiz Ali yang mengutip Emas dalam acara Perseorangan Lelaki dan Perak dalam acara Bergu berjaya mendapat gelaran Juara All-Events. Acara All-Events ini adalah satu acara yang menguji prestasi permainan pemain apabila mereka perlu mengumpul skor yang baik daripada 3 acara; Perseorangan, Bergu dan Berpasukan. Juara All-Events Wanita pula dimenangi oleh Nurul Ain. Ini menambahkan kutipan pingatnya kepada 2 Emas, 2 Perak.


Pemenang Masters Lelaki
Dari kiri: Mohd Hafiz Ali (KUO), Nurul Hakimi (KTDI), Ian Tay (KAB)

Daripada acara All-Events, 12 pemain terbaik telah layak ke acara Masters. Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Rahim Kajai berjaya merasai pingat emas pertama dan terakhir mereka apabila Nurul Hakimi dan Noor Diran menunjukkan prestasi permainan yang sangat baik untuk muncul sebagai pemenang pingat Emas acara Masters. Nurul Hakimi yang baru mula bermain boling pada tahun lepas amat berpuas hati dengan persembahannya dan tidak menyangka akan mendapat emas.

Pemenang pingat Emas wanita Noor Diran telah berkata, "Akhirnya, saya dapat juga Emas. YAHOO! Saya gagal untuk mempamerkan permainan yang baik dalam acara perseorangan, bergu dan pasukan. Pingat ini telah menebus kekecewaan saya.".

Juara keseluruhan tenpin bowling dirangkul oleh Kolej Ungku Omar dengan pungutan pingat 4 emas, 3 perak dan 2 gangsa.

Keputusan boleh dimuaturun daripada kotak "Muaturun" di sebelah kanan.

Thursday, July 24, 2008

SUKEM 2008 - MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Sukan Tenpin Bowling SUKEM 2008 diadakan pada pukul 2.15pm tadi di Bilik Mesyuarat, Stadium UKM. Hampir kesemua koleh diwakili kecuali Kolej Tun Syed Nasir.

Penyelaras Sukan, Tay Li Neo telah mempengerusikan mesyuarat dengan dibantu oleh Nor Nikman selaku Pembantu Penyelaras. Kesemua isu yang berkaitan telah diketengahkan dan dipersetujui oleh semua pihak.

Pertandingan akan bermula pada hari Jumaat, 25 Julai 2008 pada pukul 10.00am.

Saturday, July 19, 2008

MESYUARAT AJK 2008/2009 YANG PERTAMA | MINGGU PENGENALAN KELAB

Mesyuarat AJK sesi pengajian 2008/2009 yang pertama diadakan pada 16 Julai, 2008 di Kafeteria Kolej Keris Mas pada pukul 9pm.

Berbagai-bagai aktiviti yang dibincang dan dipersetujui oleh mesyuarat.

Minggu pengenalan kelab akan dijalankan di Pusanika pada Julai 21-25 dan Kelab Tenpin Boling UKM akan membuka sebuah "booth" untuk pendaftaran ahli baru. Pelajar-pelajar UKM yang berminat digalakkan untuk melawat "booth" kami yang akan mempamerkan bermacam-macam bahan yang berkaitan dengan tenpin boling serta pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dilangsungkan. Lokasi "booth" adalah di Tingkat 2 Pusanika [setingkat dengan Auditorium Siswa].

Saksikanlah video PERFECT GAME dibawah. Selamat Menonton.

Thursday, July 10, 2008

SUKEM 2008 - Tenpin Boling

:: Selamat datang diucapkan kepada Mahasiswa/i baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia ::


Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai SUKEM bagi sesi 2008/09 akan berlangsung pada akhir bulan ini dan sukan Tenpin Boling akan diadakan di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang pada Julai 25-26, 2008.

Pada tahun ini, sebanyak 10 pingat emas ditawarkan bagi sukan Tenpin Boling sahaja. 10 pingat emas ini merangkumi acara Perseorangan (L & W), Bergu (L & W), Berpasukan (L & W), All-Events (L & W) dan Masters (L & W).

Setiap kolej boleh menghantar 4 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain wanita dan setiap pemain ini akan bermain dalam acara Perseorangan, Bergu dan Berpasukan.

Dalam acara Perseorangan dan Bergu, setiap pemain akan bermain sebanyak 4 permainan manakala dalam acara Berpasukan, setiap pemain akan bermain sebanyak 3 permainan. Setelah tamatnya ketiga-tiga acara tersebut, pemenang pingat All-Events akan ditentukan melalui jumlah pungutan pin bagi 11 permainan (4 permainan Perseorangan + 4 permainan Bergu + 3 permainan Berpasukan). Daripada acara All-Events ini, 12 pemain teratas bagi kategori lelaki dan wanita akan layak ke acara masters di mana mereka akan bermain sebanyak 6 permainan.

Berikut adalah jadual pertandingan :-


25 JULAI 2008 (JUMAAT)

10:00 am - 12:00 pmPerseorangan Lelaki (4 permainan)
12:00 pm - 2:00 pmPerseorangan Wanita (4 permainan)
2:00 pm - 3:00 pmPenyelenggaraan Lorong
3:00 pm - 5:00 pmBergu Wanita (4 permainan)
5:00 pm - 7:00 pmBergu Lelaki (4 permainan)

26 JULAI 2008 (SABTU)

10:00 am - 1:00 pmBerpasukan Lelaki dan Wanita (3 permainan)
1:00 pm - 2:00 pm Penyelenggaraan Lorong
2:00 pm - 4:00 pm Masters Lelaki dan Wanita (6 permainan)


Kelab Tenpin Boling akan membantu dalam pengurusan SUKEM dan yang berminat untuk menjadi ahli kelab boleh mendaftarkan diri pada hari pertandingan.

Kelab juga akan menyenarai pendek beberapa pemain yang berpotensi untuk menjalani latihan untuk mewakili UKM ke Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang dianjurkan pada semester kedua nanti.

Friday, May 23, 2008

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN


Sinar Harian ~ Khamis, 8 Mei 2008


Sinar Harian ~ Rabu, 21 Mei 2008


Sinar Harian ~ Khamis, 22 Mei 2008


Sinar Harian ~ Khamis, 23 Mei 2008

Ribuan terima kasih kepada Muhd Nazrol Jamaludin dan Syed Muhd Riduan daripada Sinar Harian yang telah membuat liputan pada hari kejohanan dan seterusnya mengeluarkan artikel di dalam akhbar Sinar Harian.

Tuesday, May 20, 2008

KEJOHANAN TENPIN BOWLING JEMPUTAN UKM DIANJURKAN DENGAN JAYANYA!


UKM 3

HELP

IIUM 3

CYBERMED

UiTM 2

IIUM 1

IMU

MSU

UKM 1

IIUM 2

UNITEN

APIIT 2

UiTM 1

APIIT 1

UKM 2

UKM 4

Kejohanan Tenpin Bowling Jemputan UKM yang telah berlangsung semalam (19 Mei) di Megalanes KL, Endah Parade, Sri Petaling berjaya menarik perhatian 10 IPTA/IPTS dari sekitar Lembah Klang. Penganjur UKM telah menghantar 4 pasukan, Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) menghantar 3 pasukan, Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghantar 2 pasukan, Management & Science University (MSU), International Medical University (IMU), Cyberjaya University College of Medical Sciences (Cybermed), HELP University College, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) masing-masing menghantar 1 pasukan dan tidak lupa kepada Malaysia Multimedia Universiti (MMU) yang telah menghantar separuh pasukan (2 orang).



Pertama sekali, Kelab Tenpin Bowling UKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua IPTA/IPTS yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang pertama kali dianjurkan ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua penaja kejohanan; PING MAJU, DY BOWL, MILO, SITO, PILOT PEN, Megalanes KL, Haji Rosdin dan Mr. Liew. Tanpa sokongan anda semua, kejohanan ini tidak akan berjaya.

Berikut adalah keputusan kejohanan mengikut acara :-

BERPASUKAN

EmasUiTM 1
Mohd Noer, Zatil Iman, Mohd Hanafi, Sufri Hasan
Perak
UiTM 2
Mohd Azhar, Norfadhli, Radin Rafeeuddin, Nor Rashidah
Gangsa
IIUM 1
Mohd Zaim, Muhd Zaim Mahadi, Eddie Aziz, Mohd Fadhli Shah



BERGU


Emas
UiTM 1
Zatil Iman, Mohd Hanafi
Perak
UiTM 2
Mohd Azhar, Norfadhli
Gangsa
MMU
Johan Jamaluddin, Afzal Alif



PERSEORANGAN


Emas
IIUM 1
Mohd Zaim
Perak
UiTM 1
Mohd Noer
Gangsa
HELP
Eric Chai

Juara keseluruhan pasukan digondol oleh pasukan UiTM 1 yang dianggotai Zatil Iman, Mohd Noer, Mohd Hanafi dan Sufri Hasan. Mereka telah memenangi 2 pingat Emas dan 1 pingat Perak. En. Sidney Tung, Setiusaha Kehormat Kongres Tenpin Bowling Malaysia telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Pasukan UiTM 1 bersama En. Sidney Tung
Dari kiri: Mohd Noer, Sufri Hasan, Mohd Hanafi dan Zatil Iman

Pertandingan 9-PIN-TAP Special yang merupakan acara istimewa sempena kejohanan ini telah disertai oleh 20 pemain yang terdiri daripada staf dan pelajar daripada IPTA dan IPTS, wakil media dan penaja telah mengambil bahagian.

Pertandingan telah dimulakan pada pukul 8.30pm di Megalanes KL dan Yap Pui Yee daripada HELP University College telah mengungguli pertandingan ini daripada mula sehingga akhir. Beliau mempunyai jaringan skor 258, 224, 247 dan 300 untuk mendapat jumlah 1075 dengan bantuan handicap sebanyak 35 pin. Johan Jamaluddin daripada MMU menduduki tempat kedua. Yap dan Johan telah berjaya mendapat PERFECT GAME pada permainan terakhir dan telah menerima hamper tajaan MILO untuk usaha mereka.


Yap Pui Yee dan Johan bersama
hamper tajaan MILO yang dimenangi


Keputusan rasmi boleh dimuaturun di sini :-
Akhir kata, TAHNIAH kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang telah hadir untuk memeriahkan KEJOHANAN TENPIN BOWLING JEMPUTAN UKM 2008!!! Jumpa lagi di tahun hadapan!

Monday, May 19, 2008

KEJOHANAN TENPIN BOLING JEMPUTAN UKM


Kelab Tenpin Bowling UKM akan menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Jemputan UKM yang dibuka kepada semua pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Butiran kejohanan adalah seperti berikut:-

Tarikh : 19 Mei 2008, Isnin
Tempat: Megalanes Kuala Lumpur,Endah Parade, Kuala Lumpur.
Masa : 10 a.m – 8.30 p.m
Yuran Penyertaan : RM 220 (sepasukan – 4 orang)
Acara-acara : Perseorangan, Bergu, Berpasukan (4 orang)

Pendaftaran dan pembayaran perlu dibuat sebelum 12 Mei 2008. Walaubagaimanapun, setiap institusi digalakkan supaya mendaftar secepat mungkin kerana penyertaan yang diterima hanyalah daripada 30 pasukan pertama yang mendaftar.

Borang pendaftaran boleh dihantar melalui e-mel ke atau faks ke 03-89215435 (Attn: Kelab Bowling UKM) dan pembayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB 12180104241526 (Nama pemegang akaun: Nurul Ain Binti Hanzir, Cawangan: UKM) [Selepas membuat pembayaran, sila simpan resit sebagai bukti pembayaran pada hari kejohanan]

Anda boleh memuaturun dokumen-dokumen di bawah untuk mendapat maklumat lanjut tentang pertandingan ini.
Sempena Kejohanan ini juga, satu Pertandingan "9-PIN-TAP SPECIAL" akan dilangsung pada pukul 8.00pm pada hari yang sama. Pertandingan ini terbuka kepada semua staf dan pelajar daripada IPTA dan IPTS. Hanya 54 pendaftaran yang pertama akan diterima.

sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar sila hubungi Ian Tay (017-6570378), Nikman (017-2357078), atau Ain (017-3612949) .

Saturday, May 17, 2008

Keputusan MASUM 2008



MASUM Fasa 1 2008 dianjurkan oleh Universiti Malaya dan sukan tenpin bowling telah diadakan di Pyramid Megalanes, Sunway Pyramid.


Pasukan Lelaki dan Pasukan Wanita UKM

Pasukan tenpin bowling UKM terdiri daripada Ian Tay, Nor Nikman, Raja Zaharul Ashriq dan Mohd Zulhafiz bagi lelaki dan Nurul Ain, Noor Diran, Rozanna Rosdin dan Eymlliza bagi perempuan.

Sukan Tenpin Bowling dibahagikan kepada 5 acara iaitu Perseorangan, Bergu, Berpasukan, All-Events dan Knock-out.

Pada tahun ini, UKM gagal untuk memenangi sebarang pingat tetapi semangat berpasukan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain amat baik.

UKM telah mendapat tempat keempat dalam acara Berpasukan Lelaki, tempat kelima dalam acara Bergu Wanita menerusi Nurul Ain dan Noor Diran.

Ian Tay dan Nurul Ain telah melayakkan diri ke Knock-out Round yang mempamerkan hanya 16 pemain lelaki dan wanita yang telah mendapat jumlah jatuhan pin tertinggi daripada acara perseorangan, bergu dan berpasukan (18 permainan). Malang bagi Ian, beliau telah kalah kepada Wan Mohd Fauzwan daripada UPM dengan hanya 1 pin (201-202) di pusingan pertama.
Sebaliknya, Nurul Ain telah mendapat tempat keempat secara keseluruhannya apabila beliau layak ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan Nor Hanisa daripada UiTM di pusingan pertama dan Nur Fuadi daripada UM di suku akhir. Dalam peringkat separuh akhir, Ain kalah kepada Ziran Nadiah daripada UM dengan hanya 2 pin (182-184). Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk Ain memandangkan ini adalah kali pertama beliau memasuki pertandingan sebegini. Syabas Ain!

Kepada semua pemain UKM, jangan putus asa dan teruskan latihan. Kepada yang bakal menerima ijazah pada bulan Ogos ini, Tahniah! Terima Kasih atas khidmat dan ketekunan anda semua sewaktu berada di UKM!

Sunday, April 27, 2008

PEMAIN CEMERLANG DI KEJOHANAN TERTUTUP UKM anjuran KESUKMA

Dari kiri: Nikman, Ian, Zulhafiz dan Raja

Kejohanan Tertutup UKM anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah dianjurkan dengan jayanya semalam di Ampang Superbowl, Metro Kajang. Walaupun terdapat sedikit kelewatan untuk memperolehi keputusan namun, kesemua peserta berpuas hati.

Ahli Kelab Tenpin Bowling UKM yang mengambil bahagian telah bermain dengan cemerlang dan empat daripada mereka telah berjaya berada di kedudukan sepuluh teratas. Ian Tay, Naib Presiden II kelab telah muncul sebagai juara dengan jatuhan pin sebanyak 969 diikuti dengan Mohd Zulhafiz di tempat ketiga, Raja Zaharul di tempat ketujuh dan Nor Nikman di tempat kesepuluh. Keempat-empat daripada mereka akan mewakili UKM ke Kejohanan MASUM yang bakal dianjurkan pada Mei 13-17.


Ian Tay - Johan

Mohd Zulhafiz - Tempat Ketiga

Raja Zaharul - Tempat Ketujuh

Nor Nikman - Tempat Kesepuluh

Tahniah kepada semua pemenang!

Monday, April 07, 2008

Kejohanan Tenpin Boling Tertutup UKM 2008


Adalah dimaklumkan bahawa Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia 'KESUKMA' akan menganjurkan kejohanan Tenpin Boling tertutup UKM 2008 saperti berikut:

Tarikh : 26/4/2008 (Sabtu)
Tempat : Ampang Superbowl, Metro point, Kajang, Selangor.
Penyertaan : Terbuka kepada kakitangan dan pelajar

Sila muat turun poster, borang penyertaan, peraturan permainan dan hadiah yang ditawarkan.

Semua pemain kecuali pemain lelaki yang pernah mewakili UKM akan diberi handicap.

Yuran Permainan adalah RM45. Pendaftaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 25 April tetapi adalah digalakkan supaya dibuat sebelum 13 April.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ain (0173612949).

Sekian, terima kasih.

Sunday, March 30, 2008

SELAMAT HARIJADI NIKMAN!



"HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO NIKMAN
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"


Khas kepada En. Nikman, semoga tahun ini membawa berkat kepada kehidupan anda terutamanya pada MASUM yang bakal dilangsungkan pada Mei ini. :)

Thursday, March 27, 2008

Majlis Anugerah Sukan UKM Ke-18


Majlis Anugerah Sukan UKM Ke-18 telah diadakan pada malam semalam, 26 Mac 2008 di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf atlet, pegawai, dan jurulatih yang telah mengangkat martabat sukan universiti dan negara.

Sukan Tenpin Boling telah menerima 2 pencalonan, 1 dalam Kategori Olahragawati Pelajar (Tay Li Neo) dan 1 lagi dalam Kategori Bintang Harapan Kakitangan Wanita (Wan Nadiaton Radzuan). Cik Wan Nadiaton Radzuan dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik telah menjadi Bintang Harapan Kakitangan Wanita manakala antara 4 calon olahragawati pelajar, tiada yang telah dipilih sebagai Olahragawati Pelajar pada tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada Wan Nadiaton atas anugerah Bintang Harapan Kakitangan Pelajar! Tahniah diucapkan kepada semua calon-calon dan pemenang-pemenang lain juga!

Semoga tahun-tahun hadapan akan menampakkah pencalonan atlet-atlet dari Sukan Bowling lagi.... Majulah Sukan Untuk Negara!