Tuesday, September 05, 2006

Pertandingan Tenpin Boling Kelab Tenpin Bowling UKM September

Sila ambil perhatian. Pertandingan Bulanan September akan diadakan pada September 23, 2006 di Megalanes Kuala Lumpur, Kompleks Endah Parade. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila daftarkan diri dengan menghantar emel kepada tenpinbowlingukm@yahoo.com.my atau anda boleh hubungi salah seorang daripada AJK kelab.

Yuran pertandingan adalah RM25 untuk ahli kelab dan RM30 untuk bukan ahli kelab. Warga UKM boleh membawa ahli keluarga untuk menyertai pertandingan ini dan yurannya adalah RM30.

Setiap pemain akan bermain sebanyak 5 permainan dan pemain dengan jumlah jatuhan pin tertinggi akan bergelar juara. Senarai handicap adalah seperti berikut: -
Beginner Wanita10 pin sepermainan
Beginner Lelaki & Pemain Wanita Wakil UKM5 pin sepermainan

Pemain Lelaki Wakil UKM &
Pemenang Tempat 1-3 Pertandingan Bulanan

0 pin sepermainan

Pendaftaran dan pembayaran akan bermula pada pukul 10.00am. Pertandingan akan bermula pada 10.30am.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi AJK Kelab. Nombor telefon mereka boleh didapati di sebelah kiri tetingkap ini.

Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment