Sunday, September 10, 2006

Keputusan Pertandingan Tenpin Boling Antara Jabatan-Jabatan/Agensi-Agensi Kerajaan Anjuran Kelab Sukan & Rekreasi PKNS Sempena Ulangtahun PKNS Ke-42

SYABAS kepada Wan Nadiaton, Saiful Nizam, Ashari Jani dan Radzuan Sharif atas kejayaan mereka mengharumkan nama UKM di Pertandingan Tenpin Boling Antara Jabatan-Jabatan/Agensi-Agensi Kerajaan Anjuran Kelab Sukan & Rekreasi PKNS Sempena Ulangtahun PKNS Ke-42. Walaupun mereka tidak berada di kedudukan atas, namun kesungguhan mereka patut diiktiraf. Mereka telah mendapat tempat ke-14 daripada 30 pasukan yang mengambil bahagian. Mereka telah menerima hadiah wang tunai RM100.00 dan baucer makanan sebanyak RM50.00.

Ini adalah satu pencapaian permulaan bagi Kelab Tenpin Bowling UKM dan ia adalah sebuah pencapaian yang amat menggalakkan. Terima kasih kepada Mohd Fadhli kerana telah menguruskan pasukan ini ke pertandingan tersebut.


Dari kiri: Wan Nadiaton, Saiful Nizam, Radzuan Sharif & Ashari Jani
Berikut adalah skor mereka secara terperinci:-
NAMA

G1

G2

G3

G4

JUMLAH

PURATA

Wan Nadiaton

150

181

162

210

703

175.75

Saiful Nizam

169

167

187

213

736

184.00

Ashari Jani

140

187

171

168

666

166.50

Radzuan Sharif

152

150

152

183

637

159.25

JUMLAH PASUKAN

2742

171.38

No comments:

Post a Comment