Monday, March 21, 2011

KEJOHANAN INTER-KOLEJ UKM 2011 DIANJURKAN DENGAN JAYANYA

Kejohanan Tenpin Boling Inter-Kolej UKM 2011 anjuran Kelab Tenpin Boling UKM dan Pusat Sukan UKM berjaya dianjurkan dengan jayanya di Ampang Superbowl, Metro Kajang pada hari ini.

Seramai 26 lelaki dan 11 wanita daripada 6 kolej kediaman UKM (KTDI, KRK, KPZ, KKM, KDO dan NHO) telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang telah menawarkan hadiah dalam 3 acara iaitu Perseorangan, Bergu dan 4-Sepasukan.

Kejohanan ini juga merupakan acara pemilihan bagi menentukan pemain-pemain untuk menjalani latihan intensif bagi mewakili UKM ke Kejohanan MASUM pada bulan Jun nanti.


Muhd Fahmi yang mewakili NHO telah merangkul 2 pingat emas dalam acara perseorangan dan bergu dan 1 pingat gangsa dalam acara 4-sepasukan.


Dalam acara wanita pula, Emma Nazlin yang mewakili Kolej Rahim Kajai telah berjaya mengutip 2 pingat emas dan 1 pingat perak.

Selepas tamatnya ketiga-tiga acara yang menguji ketahan pemain dalam 10 permainan, 8 lelaki dan 5 wanita telah disenarai pendek untuk latihan intensif.  Mereka adalah: -


Lelaki
MOHAMAD SYOLAHUDIN
MUHD FAHMI
NORFAIDHI
RAJA ZAHARUL
MOHD IDZIAN
MUJAHID
JAMAL
RIYADH

Wanita
EMMA NAZLIN
NURUL BAHIYAH
ZURAIDA
NURUL SAREEZA
NUR HAMIZA

Nor Nikman Ag. Kati yang telah bertindak sebagai Pengarah Pertandingan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah kepada semua pemenang!!

No comments:

Post a Comment