Thursday, March 10, 2011

KEJOHANAN INTER-KOLEJ UKM 2011 - NOTIS 1

Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Tenpin Boling UKM dengan kerjasama Pusat Sukan UKM akan menganjurkan sebuah pertandingan antara kolej pada Mac 21 & 22 di Ampang Superbowl, Metropoint Kajang

Terdapat 2 kategori iaitu Lelaki dan Perempuan.  Format pertandingan adalah berpasukan.  Setiap pasukan boleh mempunyai maksimum 4 pemain.  Setiap pemain akan bermain 3 acara; Perseorangan, Bergu dan 4-Sepasukan. 

Setiap kolej boleh menghantar maksimum 2 pasukan. Pendaftaran pasukan/pemain perlu melalui kolej masing-masing.

Yuran pendaftaran adalah RM200.00 setiap pasukan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-
Nurul Sareeza (019-3630773)
Raja Zaharul (017-9785890)
Nor Nikman (017-2357078)
Muhd Syahrin (014-3303340)

Sentiasalah lawati blog kami di http://tenpinbowlingukm.blogspot.com untuk berita terkini!

No comments:

Post a Comment