Monday, January 22, 2007

SIRKIT MASUM 1 sesi 2006/2007

Pasukan 10pin Boling Lelaki

Pasukan 10pin Boling Wanita

UKM telah menggondol 1 emas dan 2 gangsa pada Sirkit MASUM 1 yang diadakan pada Januari 19-22, 2007. Tiga jenis permainan telah dipertandingkan iaitu Tenpin Boling, Badminton dan Renang.

Tenpin Boling telah menyumbang 1 gangsa menerusi Tay Li Neo dalam kategori Medal A Wanita. Tempat pertandingan adalah di U-Bowl, Jaya Jusco, Seremban 2.

Pada hari pertama pertandingan, kelapan-lapan pemain UKM (4 lelaki dan 4 wanita) telah beraksi dengan bermain 6 permainan. Ini merupakan peringkat pertama di mana skor pada peringkat ini akan diambil kira untuk kelayakan pada Sirkit Akhir nanti. Skor ini juga adalah penentu bagi pemain yang akan layak ke Peringkat kedua di hari kedua. Pemain di tempat pertama hingga ke-32 akan layak ke peringkat kedua di mana pemain dari kedudukan pertama hingga ke-16 akan bermain di dalam Medal A manakala pemain yang menduduki kedudukan 17 hingga 32 akan bermain di dalam Medal B.

Selepas peringkat pertama, kesemua pemain wanita dan 2 orang pemain lelaki UKM telah layak ke peringkat kedua. Berikut adalah perincian skor mereka: -
POS NAMA G1 G2 G3 G4 G5 G6 JUMLAH PURATA
LELAKI
22 NUR NURNIKMAN AG. KATI 174 191 171 213 146 179 1074 179.00
27 MOHAMMAD HAFIZ ALI 276 143 154 142 141 194 1050 175.00
41 MUHAMMAD SYAHRIN 168 176 154 122 192 148 960 160.00
44 MOHD FADHLI 132 167 169 129 192 155 944 157.33
WANITA
1 TAY LI NEO 179 199 200 174 199 167 1118 186.33
14 SITI AISHAH ABU BAKAR 176 142 146 136 157 158 915 152.50
22 NURUL AIN HANZIR 128 129 154 200 133 113 857 142.83
30 SALWANI HJ SUFI 111 128 164 123 156 138 820 136.67

Di sebelah pagi Januari 22, pemain lelaki telah turun ke lorong dan kedua-dua pemain UKM iaitu Nur Nikman dan Mohd Hafiz telah bermain di dalam Medal B Lelaki. Pemain wanita pula telah bermain pada sebelah petang. Tay Li Neo dan Siti Aishah telah layak untuk Medal A Wanita manakala Nurul Ain dan Salwani Hj Sufi telah layak untuk Medal B Wanita.

Berikut adalah perincian permainan bagi Peringkat kedua: -
POS NAMA G1 G2 G3 G4 G5 G6 JUMLAH PURATA
MEDAL B LELAKI
7 NUR NURNIKMAN AG. KATI 181 199 180 163 158 197 1078 179.67
15 MOHAMMAD HAFIZ ALI 166 140 171 141 158 164 940 156.67
MEDAL A WANITA
3 TAY LI NEO 217 162 140 178 164 170 1031 171.83
12 SITI AISHAH ABU BAKAR 157 129 159 122 143 155 865 144.17
MEDAL B WANITA
6 SALWANI HJ SUFI 136 188 148 141 128 143 884 147.33
7 NURUL AIN HANZIR 119 178 152 173 136 126 884 147.33

Tahniah kepada semua pemain. Tingkatkan lagi usaha untuk Sirkit MASUM 2 yang akan diadakan pada Februari 23-25, 2007 akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada penyokong-penyokong yang telah datang untuk memberikan semangat.

No comments:

Post a Comment