Sunday, January 14, 2007

PEMILIHAN ATLIT UNTUK MEWAKILI UKM KE SIRKIT MASUM 2006/2007



Seramai 10 orang wanita dan 10 orang lelaki disenaraikan untuk Pemilihan Atlit UKM bagi Sirkit MASUM. Mereka dipilih berdasarkan purata mereka sewaktu Kejohanan SUKEM pada September lepas.

Daripada 10 orang wanita, hanya 9 orang sahaja yang hadir manakala hanya 8 lelaki sahaja yang mengambil bahagian.

Pemilihan ini dibahagikan kepada 2 hari dan pemain diwajibkan bermain 6 game pada kedua-dua hari tersebut. Selepas 12 game, hanya 4 pemain teratas bagi lelaki dan wanita akan dipilih untuk mewakili UKM ke Sirkit MASUM tahun ini.

Selepas hari pertama, Khamis 11hb Januari, Mohd Hafiz Ali dan Tay Li Neo mendahului senarai. Pemilihan dijalankan di Megalanes KL, Kompleks Endah Parade, Sri Petaling.

Pada hari kedua, daripada 17 orang yang hadir pada hari pertama, hanya 14 orang yang kembali untuk bertarung pada blok ke-2. Blok ke-2 dimainkan pada hari Sabtu pagi, 13hb Januari di tempat yang sama.

Selesai sahaja game terakhir, pemain-pemain yang dipilih diumumkan dan mereka adalah seperti yang disenaraikan di bawah: -

LelakiWanita
Nornikman Ag. Kati
Tay Li Neo
Mohd Fadhli
Siti Aishah Bt. Abu Bakar
Mohd Hafiz Ali
Nurul Ain bt. Hanzir
Mohd Syahrin
Salwani Hj. Sufi

Sirkit MASUM I akan diadakan pada Januari 19-21, 2007 bertempat di U-Bowl, Jaya Jusco, Seremban 2. Kepada yang berminat, silalah datang pada Januari 20 dan 21 untuk memberi sokongan padu kepada pasukan UKM!

Di bawah adalah perincian skor daripada pemilihan. TAHNIAH kepada yang terpilih!

NAMA 1st 2nd 3rd 4th 5th 6th TOTAL
BLOK 1
1st 2nd 3rd 4th 5th 6th TOTAL
BLOK 2
GRAND
TOTAL
AVG
LELAKI
NORNIKMAN AG. KATI 159 160 165 138 189 162 973 205 162 158 214 210 197 1146 2119 176.58
MOHAMMAD HAFIZ ALI 189 211 200 157 149 183 1089 166 157 160 147 193 194 1017 2106 175.50
MOHD FADHLI ABD JALIL 162 188 212 182 164 161 1069 144 197 155 146 178 179 999 2068 172.33
MUHAMMAD SHAHRIN 171 138 206 131 126 194 966 135 188 191 210 172 160 1056 2022 168.50
RAJA ZAHARUL ASHRIQ 148 176 137 159 155 186 961 129 159 185 161 185 151 970 1931 160.92
RIZZAL BIN DOLAH 183 130 144 166 178 182 983 128 146 143 125 203 147 892 1875 156.25
HEERMAN AZHARULL 118 121 126 94 136 132 727 0 0 0 0 0 0 0 727 121.17
MOHD AMIRRUDIN MAT DERIS 134 87 95 104 100 125 645 0 0 0 0 0 0 0 645 107.50
WANITA
TAY LI NEO 179 170 156 155 157 161 978 214 182 177 189 171 214 1147 2125 177.08
SITI AISHAH ABU BAKAR 177 127 133 156 207 137 937 160 142 153 149 204 154 962 1899 158.25
NURUL AIN HANZIR 160 145 103 140 122 193 863 151 145 180 153 207 129 965 1828 152.33
SALWANI HJ SUFI 154 167 127 177 137 208 970 148 163 108 160 159 116 854 1824 152.00
ROZANNA ROSDIN 180 175 135 152 157 117 916 138 146 156 147 132 140 859 1775 147.92
NOORASHNANI NASIKIN 141 145 156 139 158 110 849 145 135 150 132 120 125 807 1656 138.00
AUJI AZHANI MOHD ZAHIR 115 100 98 112 114 160 699 116 112 128 136 137 123 752 1451 120.92
NUR FAEZAH HADZIR 159 103 114 98 89 98 661 83 109 141 114 146 140 733 1394 116.17
NUR AZURA RASIDI 104 117 86 111 127 143 688 0 0 0 0 0 0 0 688 114.67

No comments:

Post a Comment