Wednesday, February 07, 2007

MALAM ANUGERAH SUKAN UKM 2007


AJK Kelab

Meja Boling

Malam Anugerah Sukan UKM 2007 telah diadakan pada Februari 7, 2007 di DECTAR. Ia diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Dato' Wahid Samsudin.

Kelab Tenpin Bowling UKM telah dianugerahkan sebagai Kelab Sukan Terbaik. Wan Nadiaton telah dicalonkan sebagai Bintang Harapan Staf dan Khairul Anuar telah dicalonkan sebagai Olahragawan Pelajar.

Ini adalah satu pencapaian yang baik bagi Kelab Tenpin Bowling UKM. Syabas kepada AJK dan terima kasih kepada semua ahli kerana menjayakannya.


Tuesday, February 06, 2007

PERTANDINGAN 'GONG XI' SPECIAL




~TERBUKA KEPADA SELURUH WARGA UKM~

Tarikh : 17 Februari 2007 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Megalanes Kuala Lumpur, Kompleks Endah Parade, Sri Petaling
Yuran : Ahli Kelab - RM25.00, Bukan Ahli - RM30.00, Ahli Keluarga Staf/Pelajar : RM30.00

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, peserta digalakkan untuk memakai baju merah.

"Satu bas akan disediakan untuk mereka yang memerlukan kenderaan ke Megalanes KL, Kompleks Endah Parade. Bas akan bertolak pada pukul 9.00pagi. Sila berkumpul di Stadium UKM pada 8.45am."
Pihak kami ingin meminta maaf kerana perkhidmatan bas tidak dapat disediakan. Unit Kenderaan telah memaklumkan bahawa semua bas pada hari tersebut telah digunakan untuk sesuatu majlis.


Setiap pemain akan bermain 5 permainan.

Senarai Handicap adalah seperti berikut:-

  • Pemain universiti - 0 pin
  • Pemenang tempat pertama hingga ketiga di pertandingan bulanan yang lepas - 0 pin
  • Ahli Keluarga Staf/Pelajar Lelaki - 0 pin
  • Beginner Lelaki - 5 pin
  • Ahli Keluarga Staf/Pelajar Wanita - 5 pin
  • Beginner Wanita - 10 pin
Hadiah-hadiah utama: -
Johan - RM300.00
Naib Johan - RM150.00
Tempat ke-3 - RM80.00
*Jumlah hadiah yang diberikan selepas tempat ke-3 akan ditentukan kemudian berdasarkan kepada jumlah peserta yang mengambil bahagian.

Untuk makluman lanjut dan pendaftaran, sila hubungi salah seorang daripada AJK kami atau hantarkan emel ke emel kelab.

Mari kita sama-sama memeriahkan pertandingan ini!

Sunday, January 28, 2007

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BULANAN JANUARI

Pertandingan Bulanan Januari kali ini telah menarik perhatian 41 peserta. Ini adalah respons yang amat baik dan bagi pihak Kelab Tenpin Bowling UKM, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian.

Oleh itu, kami telah membahagikan peserta kepada 2 kategori iaitu Lelaki dan Wanita. Terdapat 30 lelaki dan 11 wanita yang terdiri daripada pelajar, staf dan juga ahli keluarga UKM.


Johan Lelaki
Bob

Pemenang Wanita
Siti Aisyah, Nadia, Aisyah

Bob atau nama sebenarnya Ezry, telah bermain dengan konsisten sepanjang 5 permainan tersebut. Lawan terdekatnya Saiful Nizam, yang merupakan Johan pada Pertandingan Bulanan September 2006, terkandas apabila dia hanya mampu menjatuhkan 160 pin pada permainan ke-3. Tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Fadhli yang merupakan seorang atlit UKM.

Dalam kategori Wanita, Wan Nadiaton telah menang dengan perbezaan pin yang selesa meninggalkan Siti Aishah. Nadia telah memulakan pertandingan dengan 225 jatuhan pin dan permainan tersebut telah banyak membantunya. Siti Aishah yang bermain dalam pertandingan bulanan yang pertamanya berjaya mengumpul 848 pin. Tempat ketiga dimenangi oleh ibu Wan Nadiaton, Aishah.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Pertandingan bulan Februari akan diadakan pada Februari 17.

Berikut adalah perincian skor pertandigan: -

POS NAMA H'CAP G1 G2 G3 G4 G5 TOTAL PURATA
LELAKI
1 EZRY 5 178 212 179 205 170 969 188.80
2 SAIFUL NIZAM 0 201 180 160 205 195 941 188.20
3 MOHD FADHLI 0 166 168 189 202 212 937 187.40
4 SYAFIQ 5 167 223 190 171 158 934 181.80
5 MOHD TAIB 5 161 167 178 209 173 913 177.60
6 ABD JALIL 0 206 166 188 170 149 879 175.80
7 NORNIKMAN 0 189 136 171 182 163 841 168.20
8 MOHD HAFIZ ALI 0 142 131 207 201 160 841 168.20
9 AZAHARI 5 137 152 137 169 218 838 162.60
10 RADZUAN 0 139 174 154 203 160 830 166.00
11 SANUSI 0 169 166 166 183 145 829 165.80
12 MUHD SYAHRIN 0 135 166 162 188 172 823 164.60
13 MUSTAZAR 0 176 138 141 149 210 814 162.80
14 MUHD ZAKI 5 116 167 173 150 173 804 155.80
15 MOHD FAIQ MOHD SAPII 5 130 158 148 156 179 796 154.20
16 RAPIMAS 5 147 146 142 159 159 778 150.60
17 RAJA ZAHARUL 5 115 168 164 145 155 772 149.40
18 MOHD FHAIRUZ B BAKHTIAR 5 157 131 166 129 159 767 148.40
19 ZAMRI 5 131 169 111 168 162 766 148.20
20 MOHD SHAIFUL LIZAM 5 147 171 160 141 119 763 147.60
21 RIZZAL BIN DOLAH 5 146 119 149 148 141 728 140.60
22 MOHD NAJMI ABD HALIM 5 136 117 183 139 124 724 139.80
23 SAIFUL HAFIZ BIN SHAHBUDIN 5 153 109 147 148 130 712 137.40
24 RAHMAN 5 139 99 147 143 148 701 135.20
25 ZULHAFIZ 5 113 144 139 118 159 698 134.60
26 HAZRUL HAFIZI 5 123 146 154 136 114 698 134.60
27 SHAHIRWAN BIN SHARIDAN 5 115 104 133 151 159 687 132.40
28 SUHAIMI 5 112 105 133 128 111 614 117.80
29 YAAKUB 5 98 138 92 124 122 599 114.80
30 SHAHRUL 5 140 69 90 120 123 567 108.40
WANITA
1 WAN NADIATON 0 225 171 160 171 169 896 179.20
2 SITI AISHAH ABU BAKAR 0 167 161 211 137 172 848 169.60
3 AISYAH 0 146 138 205 150 160 799 159.80
4 NOOR AZLINA 0 158 149 159 158 124 748 149.60
5 SHUHADA 0 119 153 148 120 187 727 145.40
6 LIZA OMAR 0 208 130 127 149 110 724 144.80
7 DR NORLENA 0 130 149 161 118 158 716 143.20
8 WAN MAISARAH 0 109 146 167 146 139 707 141.40
9 NATERAH 5 105 148 136 102 112 628 120.60
10 TENGKU NORLIZA 5 106 111 105 116 109 572 109.40
11 JULIAH ELIAS 5 74 85 76 94 93 447 84.40

Monday, January 22, 2007

SIRKIT MASUM 1 sesi 2006/2007

Pasukan 10pin Boling Lelaki

Pasukan 10pin Boling Wanita

UKM telah menggondol 1 emas dan 2 gangsa pada Sirkit MASUM 1 yang diadakan pada Januari 19-22, 2007. Tiga jenis permainan telah dipertandingkan iaitu Tenpin Boling, Badminton dan Renang.

Tenpin Boling telah menyumbang 1 gangsa menerusi Tay Li Neo dalam kategori Medal A Wanita. Tempat pertandingan adalah di U-Bowl, Jaya Jusco, Seremban 2.

Pada hari pertama pertandingan, kelapan-lapan pemain UKM (4 lelaki dan 4 wanita) telah beraksi dengan bermain 6 permainan. Ini merupakan peringkat pertama di mana skor pada peringkat ini akan diambil kira untuk kelayakan pada Sirkit Akhir nanti. Skor ini juga adalah penentu bagi pemain yang akan layak ke Peringkat kedua di hari kedua. Pemain di tempat pertama hingga ke-32 akan layak ke peringkat kedua di mana pemain dari kedudukan pertama hingga ke-16 akan bermain di dalam Medal A manakala pemain yang menduduki kedudukan 17 hingga 32 akan bermain di dalam Medal B.

Selepas peringkat pertama, kesemua pemain wanita dan 2 orang pemain lelaki UKM telah layak ke peringkat kedua. Berikut adalah perincian skor mereka: -
POS NAMA G1 G2 G3 G4 G5 G6 JUMLAH PURATA
LELAKI
22 NUR NURNIKMAN AG. KATI 174 191 171 213 146 179 1074 179.00
27 MOHAMMAD HAFIZ ALI 276 143 154 142 141 194 1050 175.00
41 MUHAMMAD SYAHRIN 168 176 154 122 192 148 960 160.00
44 MOHD FADHLI 132 167 169 129 192 155 944 157.33
WANITA
1 TAY LI NEO 179 199 200 174 199 167 1118 186.33
14 SITI AISHAH ABU BAKAR 176 142 146 136 157 158 915 152.50
22 NURUL AIN HANZIR 128 129 154 200 133 113 857 142.83
30 SALWANI HJ SUFI 111 128 164 123 156 138 820 136.67

Di sebelah pagi Januari 22, pemain lelaki telah turun ke lorong dan kedua-dua pemain UKM iaitu Nur Nikman dan Mohd Hafiz telah bermain di dalam Medal B Lelaki. Pemain wanita pula telah bermain pada sebelah petang. Tay Li Neo dan Siti Aishah telah layak untuk Medal A Wanita manakala Nurul Ain dan Salwani Hj Sufi telah layak untuk Medal B Wanita.

Berikut adalah perincian permainan bagi Peringkat kedua: -
POS NAMA G1 G2 G3 G4 G5 G6 JUMLAH PURATA
MEDAL B LELAKI
7 NUR NURNIKMAN AG. KATI 181 199 180 163 158 197 1078 179.67
15 MOHAMMAD HAFIZ ALI 166 140 171 141 158 164 940 156.67
MEDAL A WANITA
3 TAY LI NEO 217 162 140 178 164 170 1031 171.83
12 SITI AISHAH ABU BAKAR 157 129 159 122 143 155 865 144.17
MEDAL B WANITA
6 SALWANI HJ SUFI 136 188 148 141 128 143 884 147.33
7 NURUL AIN HANZIR 119 178 152 173 136 126 884 147.33

Tahniah kepada semua pemain. Tingkatkan lagi usaha untuk Sirkit MASUM 2 yang akan diadakan pada Februari 23-25, 2007 akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada penyokong-penyokong yang telah datang untuk memberikan semangat.

Wednesday, January 17, 2007

PERTANDINGAN BULANAN JANUARI 2007

Tarikh : 27 Januari 2007 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Megalanes Kuala Lumpur, Kompleks Endah Parade, Sri Petaling
Yuran : Ahli Kelab - RM25.00, Bukan Ahli - RM30.00, Ahli Keluarga Staf/Pelajar : RM30.00

Satu bas akan disediakan untuk mereka yang memerlukan kenderaan ke Megalanes KL, Kompleks Endah Parade. Bas akan bertolak pada pukul 9.00pagi. Sila berkumpul di Stadium UKM pada 8.45am.

Setiap pemain akan bermain 5 permainan.

Senarai Handicap adalah seperti berikut:-

  • Pemain universiti - 0 pin
  • Pemenang tempat pertama hingga ketiga di pertandingan bulanan yang lepas - 0 pin
  • Ahli Keluarga Staf/Pelajar Lelaki - 0 pin
  • Beginner Lelaki - 5 pin
  • Ahli Keluarga Staf/Pelajar Wanita - 5 pin
  • Beginner Wanita - 10 pin
Hadiah-hadiah utama: -
Johan - RM300.00
Naib Johan - RM150.00
Tempat ke-3 - RM80.00
*Jumlah hadiah yang diberikan selepas tempat ke-3 akan ditentukan kemudian berdasarkan kepada jumlah peserta yang mengambil bahagian.

Untuk makluman lanjut dan pendaftaran, sila hubungi salah seorang daripada AJK kami atau hantarkan emel ke emel kelab.

Mari kita sama-sama memeriahkan pertandingan ini!