Wednesday, March 17, 2010
OPEN TOURNAMENT KO-K BOLING
Wednesday, March 03, 2010
LAPORAN PERTANDINGAN FEBRUARI SPECIAL
Pertandingan Februari Special iaitu pertandingan bulanan yang dianjurkan oleh Kelab Tenpin Boling UKM telah berjaya dijalankan. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan alumni UKM. Format permainan adalah beregu/ duo. Setiap peserta akan bermain sebanyak 4 games. Bayaran yang dikenakan kepada setiap pasukan adalah sebanyak RM50. Berikut adalah butiran pertandingan yang dijalankan:
Tarikh : 26 Februari 2010
Masa : 10 pagi – 2 petang
Hari : Jumaat
Tempat : Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade
Pertandingan kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana terdapat 12 pasangan yang mendaftarkan diri untuk bermain secara sihat untuk pertandingan kali ini.
Juara kejohanan pertandingan ini disandang oleh pasukan Duo Blues yang diwakili pasangan perubatan tahun dua UKM iaitu Mohd Nor Faidhi dan Mohd Hafiz dengan mencatatkan jatuhan pin sebanyak 1,337 yang sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM160. Pasangan yang mendapat tempat kedua menggelarkan diri mereka sebagai dota mendapat jatuhan pin sebanyak 1303 dan menerima hadiah wang tunai RM 80.
Manakala bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh Turbulanted Katydids dengan jatuhan pin sebanyak 1292. Mereka memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50. Pemenang bagi high-series pula dimenangi oleh Muhammad Fahmi dari pasangan 69 dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 707.Nurul Hakimi Najmuddin pula memenangi hadiah bagi jatuhan pin tertinggi sebanyak 220.
Pertandingan pada kali ini tidak mendapat bantuan daripada pihak Pusat Sukan namun Kelab Tenpin Boling tetap inginkan kelab sentiasa bergerak aktif dengan ahli-ahlinya cuba juga sedaya upaya untuk memberi pertandingan yang terbaik untuk setiap ahlinya. Semoga Sukan Boling mampu diminati oleh segenap lapisan masyarakat.
Friday, February 19, 2010
PERTANDINGAN FEBRUARI SPECIAL
Monday, February 08, 2010
PERTANDINGAN TENPIN BOLING TERTUTUP WARGA UKM
TARIKH : 27 Febuari 2010 (Sabtu)
MASA : Pendaftaran Pemain Mulai Jam 12.00 tgh, Roll Off Jam 1.00 tgh
SYARAT PENYERTAAN:
- Terbuka kepada keluarga Warga UKM :- Kakitangan (termasuk suami, isteri dan anak) & Pelajar
- Setiap pemain akan bermain sebanyak 5 Game (10 Pin) Secara Cross Lane
- Pemberian Handicap kepada Pemain Akan Ditentukan Oleh Pihak Penganjur (tiada handicap bagi kakitangan dan pelajar yang pernah mewakili UKM )
YURAN PENYERTAAN:
RM 45.00 (Jumlah ini termasuk bayaran kasut, sebotol air mineral)
HADIAH:
- RM 300.00
- RM 150.00
- RM 75.00
- RM 60.00
- RM 45.00
- RM 30.00
- RM 25.00
- RM 20.00
- RM 15.00
- RM 10.00
SEBARANG PERTANYAAN & PERMOHONAN PENYERTAAN SILA HUBUNGI:
- En. Radzuan Hj Sharif - Pusat Teknologi Maklumat - 017 - 2188627
- Cik Nurul Ashikin Anuar - Wakil Pelajar - 017 - 6377067
- Puan Wan Nadiaton Radzuan - Pusat Pengajian Bahasa Linguistik - 017 - 3115972
- En. Mohd Razali Abu Bakar - Pusat Pengajian Siswazah - 019 -2195288
SYABAS DAN TAHNIAH!

Tuesday, February 02, 2010
ATLIT MASUM 2010
Lelaki:
- NURUL HAKIMI NAJMUDDIN
- MOHD NORAKMAL
- MUAZ GHAZALI
- MUHAMMAD FAHMI AB RAHMAN
Wanita:
- EMMA NAZLIN
- NURUL SAREEZA AZIDIN
- DAYANG KAMALIAH
- FAUZIAH AHMAD
Selepas ini akan di kemaskini lagi senarai 8 player UKM yang dijanjikan!
Friday, January 29, 2010
PEMILIHAN ATLIT MASUM 2010.
masa:10 pagi sehingga 12 tghmalam.
tempat:Endah Parade,Sri Petaling.
*sila pilih masa anda untuk ke pemilihan kali ini
anda WAJIB memberi nama sekiranya berminat untuk ke pemilihan MASUM selewat-lewatnya hari sabtu sebelum 12 tgh malam. Sekiranya lambat membuat pendaftaran, maka anda tidak layak untuk ke pemilihan MASUM 2010.
SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DITERIMA!
**yuran sebanyak RM30.
*** sila beri nama penuh,no matriks,no ic dan juga no telefon.
sila beri nama yang ingin bermain pada:
:nornikman (0172357078)
:cikin(0176377067)
Wednesday, January 27, 2010
SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pada 26 hb Januari 2010,Kelab tenpin Boling UKM telah menjadi penyelaras SUKEM bagi sesi 2009/2010.SUKEM kali ini telah diadakan di Megalanes,Endah Parade,Sri Petaling.bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir jam 8 malam dengan menawarkan pingat sebanyak 8 pingat yang telah ditaja oleh pihak Kelab sendiri.berikut merupakan senarai nama pemenang untuk SUKEM pada tahun ini:
emas: Nurul Hakimi Bin Najmuddin (KTDI)
perak: Raja Zaharul Ashriq bin Raja Ahmad Baharuddin (KRK)
gangsa: Mohd Fadzli bin Ibrahim (KTHO)
single wanita.
emas: Nurul Sareeza bt Azidin (KRK)
perak: Emma Nazlin bt Damanhuri (KTSN)
gangsa: Nurul Hayati bt Mohd Ridzuan (KUO)
doubles lelaki.
emas: KTDI
1)Nurul Hakimi bin Najmuddin
2)Amri bin Dahdi
perak:KTSN
1)Mohd Nur Hafiz
2)Mohd Fidaie
gangsa:KAB
1)Muhd Fahmi Bin Ab.Rahaman
2) Muhd Nazmi
doubles wanita.
emas:KTDI
1)Nur Aisyah Zakaria
2)Siti Nur Wani
perak:KRK
1) Siti Sarah
2) Zayani bt Zulkefli
gangsa:KAB
1)Nurul Hidayah
2)Goh Pei Fan
doubles campuran.
emas:KTSN
1)Nor Faidhi
2)Emma Nazlin
perak:KAB
1)Muaz Ghazali
2)Fauziah Ahmad
gangsa:KIAM
1)Abdul Hadi
2)Nor Sayidah.
Kumpulan Lelaki.
Emas:KTDI
Perak:KTHO
Gangsa:KRK
Kumpulan Wanita.
Emas:KAB
Perak:KPZ
Gangsa:KTSN
Mata Keseluruhan.
Emas:KTDI
Perak:KTSN
Gangsa:KRK
Tahniah kepada semua yang memberikan kerjasama dan juga yang telah menang!gambar-gambar bakal menyusul.
Sunday, January 17, 2010
kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM)
berikut merupakan butir kejohanan SUKEM:
hari: Isnin.
masa: 9 am.
Tempat:Megalanes,Endah Parade,Sri Petaling.
acara: Perseorangan, beregu, Kumpulan, All-Events.
Pemain: 3 lelaki & 3 Perempuan.
bagi acara PERSEORANGAN, setiap pemain akan bermain & bermain sebanyak 4 game.
bagi acara BEREGU & BEREGU CAMPURAN akan bermain sebanyak 3 game.
bagi acara BERKUMPULAN akan bermain sebanyak 3 game.
ALL-EVENTS pula akan diambil kira pada setiap permainan.
** bas akan disediakan pada hari Isnin jam 8am.bas tidak akan menunggu anda.
** kepada sesiapa yang ingin pergi training tapi tak ada transport boleh menggunakan training mingguan kelab sebagai inisiatif anda untuk berlatih dengan lebih rancak.