Wednesday, July 13, 2011

PERTANDINGAN ALU-ALUAN JULAI 2011



Pada 10 Julai 2011 yang lepas, telah berlangsung pertandingan boling kecil-kecilan bertempat di Kuala Lumpur Megalanes, Endah Parade. Pertandingan tersebut julung kalinya diadakan oleh Kelab Tenpin Boling UKM pada tahun ini setelah hampir setahun menyepi daripada menganjur sebarang pertandingan. Bermula dari saat ini juga, kelab akan terus menganjurkan beberapa pertandingan bulanan disusuli beberapa aktiviti-aktiviti yang sedang giat dirancang bagi menghidupkan kembali arena tenpin boling di UKM.

Berikut merupakan laporan pertandingan tersebut. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UKM dan ahli keluarga pelajar telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan telah dimulakan pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Setiap peserta bermain sebanyak 5 permainan dalam pertandingan tersebut. Pertandingan berlangsung sengit di mana para peserta saling berentap bagi mendapatkan gelaran juara dalam pertandingan tersebut. Di bawah adalah senarai keputusan pertandingan tersebut:

# NAME TOTAL
1 Hakimi 950
2 Ajim 880
3 Ayie 814
4 Nurul Sareeza 764
5 Saiful KTDI 764
6 Raja Zaharul   756
7 Nizam 708
8 Mohd Fadhli 703
9 Syahrin 703
10 Nurul Bahiyah 642
11 Saiful 634
12 Ghani 576

Pihak kelab mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan pertandingan tersebut. Diharapkan selepas pertandingan ini, kelab akan mendapat lebih penyertaan lagi pada masa akan datang. Pihak kelab memohon maaf atas segala kesulitan sepanjang pertandingan berjalan. Setiap kelemahan akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Bersama-samalah kita kembali aktif agar arena boling sentiasa mekar di UKM ini.