Wednesday, March 17, 2010

OPEN TOURNAMENT KO-K BOLING

pelajar Kokurikulum UKM bakal mengadakan open tournament pada minggu ini.
berikut merupakan keterangan mengenai pertandingan tersebut:

hari: Ahad

tarikh:21 Mac 2010

Format: Trio

yuran: RM 60(pelajar/perteam)
RM 80 (alumni/orang luar/perteam)

tempat: Endah Parade

masa: 10 Pagi.

*kepada pelajar UKM yang tidak mempunyai kenderaan boleh berkumpul di pusanika pada pukul 8.30 pagi.

**hadiah yang dijanjikan adalah LUMAYAN!

sebarang info dan ingin mendaftar sila hubungi:

1) nada- 0133860754
2) nurul-0193630773

Wednesday, March 03, 2010

LAPORAN PERTANDINGAN FEBRUARI SPECIAL

Pertandingan Februari Special iaitu pertandingan bulanan yang dianjurkan oleh Kelab Tenpin Boling UKM telah berjaya dijalankan. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan alumni UKM. Format permainan adalah beregu/ duo. Setiap peserta akan bermain sebanyak 4 games. Bayaran yang dikenakan kepada setiap pasukan adalah sebanyak RM50. Berikut adalah butiran pertandingan yang dijalankan:

Tarikh : 26 Februari 2010

Masa : 10 pagi – 2 petang

Hari : Jumaat

Tempat : Megalanes Kuala Lumpur, Endah Parade

Pertandingan kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana terdapat 12 pasangan yang mendaftarkan diri untuk bermain secara sihat untuk pertandingan kali ini.

Juara kejohanan pertandingan ini disandang oleh pasukan Duo Blues yang diwakili pasangan perubatan tahun dua UKM iaitu Mohd Nor Faidhi dan Mohd Hafiz dengan mencatatkan jatuhan pin sebanyak 1,337 yang sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM160. Pasangan yang mendapat tempat kedua menggelarkan diri mereka sebagai dota mendapat jatuhan pin sebanyak 1303 dan menerima hadiah wang tunai RM 80.

Manakala bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh Turbulanted Katydids dengan jatuhan pin sebanyak 1292. Mereka memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50. Pemenang bagi high-series pula dimenangi oleh Muhammad Fahmi dari pasangan 69 dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 707.Nurul Hakimi Najmuddin pula memenangi hadiah bagi jatuhan pin tertinggi sebanyak 220.

Pertandingan pada kali ini tidak mendapat bantuan daripada pihak Pusat Sukan namun Kelab Tenpin Boling tetap inginkan kelab sentiasa bergerak aktif dengan ahli-ahlinya cuba juga sedaya upaya untuk memberi pertandingan yang terbaik untuk setiap ahlinya. Semoga Sukan Boling mampu diminati oleh segenap lapisan masyarakat.