Sunday, March 30, 2008

SELAMAT HARIJADI NIKMAN!



"HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO NIKMAN
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"


Khas kepada En. Nikman, semoga tahun ini membawa berkat kepada kehidupan anda terutamanya pada MASUM yang bakal dilangsungkan pada Mei ini. :)

Thursday, March 27, 2008

Majlis Anugerah Sukan UKM Ke-18


Majlis Anugerah Sukan UKM Ke-18 telah diadakan pada malam semalam, 26 Mac 2008 di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf atlet, pegawai, dan jurulatih yang telah mengangkat martabat sukan universiti dan negara.

Sukan Tenpin Boling telah menerima 2 pencalonan, 1 dalam Kategori Olahragawati Pelajar (Tay Li Neo) dan 1 lagi dalam Kategori Bintang Harapan Kakitangan Wanita (Wan Nadiaton Radzuan). Cik Wan Nadiaton Radzuan dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik telah menjadi Bintang Harapan Kakitangan Wanita manakala antara 4 calon olahragawati pelajar, tiada yang telah dipilih sebagai Olahragawati Pelajar pada tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada Wan Nadiaton atas anugerah Bintang Harapan Kakitangan Pelajar! Tahniah diucapkan kepada semua calon-calon dan pemenang-pemenang lain juga!

Semoga tahun-tahun hadapan akan menampakkah pencalonan atlet-atlet dari Sukan Bowling lagi.... Majulah Sukan Untuk Negara!

Monday, March 24, 2008

KEPUTUSAN KEJOHANAN INTER-KOLEJ UKM


Johan - DEWA MAKAN KKM

Kejohanan Inter-Kolej UKM telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran 9 pasukan.

Pasukan Dewa Makan KKM yang dianggotai oleh Mohd Syahrin, Raja Amir, Muhd Shazni dan Muhd Aizat telah muncul juara dengan jatuhan pin keseluruhan 1647. Naib Johan dimenangi oleh pasukan KEJUT KKM manakala tempat ketiga juga dimenangi oleh Kolej Keris Mas iaitu pasukan Mantap KKM. Ketiga-tiga pasukan ini telah memenangi Wang Tunai beserta Trofi.



Hadiah Hi-Series dimenangi oleh Raja Zaharul daripada pasukan KKM Glam Gang yang menduduki tempat keempat. Manakala Hi-Game Lelaki dimenangi oleh Nornikman dengan skor 188 manakala Hi-Game Wanita dimenangi oleh Dayang Kamaliah dengan skor 154. Mereka berdua daripada pasukan Mantap KKM.

Berikut adalah keputusan pertandingan :-

Tuesday, March 18, 2008

KEJOHANAN INTER-KOLEJ UKM

Kelab Tenpin Bowling UKM buat pertama kalinya akan menganjurkan Kejohanan Inter-Kolej UKM untuk pelajar-pelajar UKM yang menginap di Kolej-Kolej Kediaman UKM.

Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk mengalakkan pelajar bermain bowling di samping menanam semangat cintakan kolej. Selain daripada itu, kejohanan ini diharap akan menjadi aktiviti tahunan supaya pelajar-pelajar boleh mewakili kolej mereka selain daripada Kejohanan SUKEM.

Berikut adalah butiran kejohanan :-
  • Tempat : Ampang Superbowl, Metro Kajang
  • Tarikh : 23 Mac, 2008 (Ahad)
  • Masa pendaftaran : 10.00 pagi
  • Yuran : RM100.00 sepasukan
  • Format permainan : 4 sepasukan. Setiap pemain akan bermain 3 permainan.
Peraturan penyertaan :-
  • Hanya pelajar-pelajar UKM sepenuh masa yang menginap di Kolej-kolej Kediaman boleh mengambil bahagian.
  • Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang pemain yang menginap di kolej yang sama.
  • Satu pasukan hanya boleh mempunyai seorang pemain atau bekas pemain tenpin bowling UKM.
  • Peserta wanita akan diberi tambahan 8 pin bagi satu permainan.
Hadiah berupa piala pusingan, wang tunai, trofi dan hamper menanti para pemenang.

Kepada pasukan yang berminat, sila hubungi:-
  • Nurul Ain (Kolej Ungku Omar) - 0173612949
  • Nor Nikman (Kolej Keris Mas) - 0172357078
  • Rozanna Rosdin (Kolej Aminuddin Baki) - 0133832255
**Pasukan NHO tidak akan diterima**

Monday, March 03, 2008

KEPUTUSAN PERTANDINGAN COUPLES SPECIAL

Pertandingan Couples Special yang dianjurkan pada Sabtu lepas telah menarik perhatian 10 pasangan. Walaupun terdapat pasangan sejantina (lelaki & lelaki).....jangan fikir yang bukan-bukan pulak...diorang susah nak dapat pasangan perempuan, namun pasangan lelaki dan perempuan telah menduduki tempat pertama dan kedua teratas.

JOHAN - Raja Zaharul & Nurul Ain

Naib Johan - Tay Li Neo & Ian Tay
bersama Diran
Ketiga - Shahril & rakan




Nurul Ain dan Raja Zaharul telah mengungguli pertandingan ini dari mula sampai akhir. Mereka menunjukkan semangat yang tinggi untuk mengalahkan pasangan adik-beradik Tay dan mereka berjaya! Tahniah! Tay Li Neo dan Ian Tay terpaksa akur dengan naib-johan manakala Shahril dan pasangangannya mendapat tempat ketiga.

Terima kasih kepada Noor Diran kerana telah menaja hadiah. Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Berharap mendapat sokongan yang berterusan bagi menjayakan lagi aktiviti-aktiviti Kelab Tenpin Bowling UKM.