Monday, August 27, 2007

Pertandingan Bergu Uniduo Merdeka

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, Kelab Bowling UKM telah menganjurkan Pertandingan Bergu Uniduo Merdeka yang diadakan di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban 2 pada hari Sabtu yang lepas (25 Ogos 2007). Seramai 14 pasangan pelajar-pelajar UKM telah menyertai pertandingan ini dan tiada sesiapa pun yang telah meninggalkan lorong bowling dengan tangan yang kosong. Selain hadiah-hadiah utama iaitu trofi bagi pemenang pertama, kedua, ketiga dan hamper untuk pemenang tempat pertama hingga tempat keenam, pasangan lain juga telah memenangi hadiah yang berupa free game atau notepad bercorak bendera Malaysia. Tambahan, 2 hamper telah disediakan untuk pemenang high game lelaki dan high game wanita. Bukan itu sahaja -sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50, hadiah-hadiah istimewa juga telah diberi kepada sesiapa yang mendapat jatuhan pin yang mempunyai nombor 31, 50, atau 57. Sekiranya jatuhan pin pada balingan pertama setiap frame adalah 5 dan balingan kedua adalah 0, pemain itu juga menerima hadiah istimewa.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai pertandingan ini dan telah member sokongan untuk menjayakan pertandingan ini! Pertandingan seterusnya akan diadakan pada 22 September, sempena bulan Ramadhan dan diharapkan semua pihak akan terus memberi sokongan padu untuk menjayakan pertandingan ini.

Daripada semua AJK kelab bowling UKM, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50!

Monday, August 20, 2007

SUKEM SIRKIT 1 2007

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, SUKEM Sirkit 1 tenpin boling telah berlangsung di U-Bowl, Jusco Seremban 2.

Sebanyak 12 kolej telah mengambil bahagian dan setiap kolej diwakili oleh 4 lelaki dan 4 perempuan. Acara-acara yang dipertandingkan adalah Perseorangan Lelaki dan Perempuan, Bergu Lelaki dan Perempuan serta Masters Lelaki dan Perempuan.

Pada hari pertama pertandingan, Kolej Aminuddin Baki telah membolot 3 daripada 4 emas yang dipertaruhkan. Ian Tay, pelajar Sarjana Sains Politik telah menjuarai Perseorangan Lelaki dan seterusnya telah berganding dengan Raja Amir untuk memenangi emas dalam acara Bergu Lelaki. Emas ke-3 Kolej Aminuddin Baki disumbang oleh Noor Diran, dalam acara Perseorangan Wanita. Emas Bergu Wanita telah dimenangi oleh Nurul Ain Hanzir dan Nurul Hayati daripada Kolej Ungku Omar. Nurul Ain juga telah menjuarai acara ini pada SUKEM 2006.


Pemenang Perseorangan & Masters Lelaki
Dari kiri: Nornikman (KKM), Ian Tay (KAB), Mohd Hafiz Ali (KKM)


Pemenang Perseorangan Perempuan
Dari kiri: Nurul Ain (KUO), Noor Diran (KAB), Nurul Ashikin (KKM)

Pada hari ke-2, 12 lelaki dan 12 wanita yang berjaya mengutip jumlah jatuhan tertinggi daripada campuran skor perseorangan dan bergu telah bertarung dalam acara Masters. Ian dan Noor Diran telah menunjukkan keunggulan mereka dalam acara ini dan telah menewaskan lawan mereka. Perak Masters Lelaki dimenangi oleh Mohd Hafiz Ali daripada Kolej Keris Mas yang tidak kurang hebatnya. Pemenang Bergu Wanita, Nurul Ain telah memenangi Perak di belakang Noor Diran.

Secara keseluruhannya, Kolej Aminuddin Baki telah menggondol 5 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Ini adalah tahun pertama, sukan tenpin boling dijadikan acara individu.

Berikut adalah pemenang-pemenang pingat dalam setiap acara:-


Singles LelakiSingles Wanita
EmasIan Tay (KAB)
Noor Diran (KAB)
PerakNornikman (KKM)
Nurul Ain (KUO)
GangsaMohd Hafiz Ali (KKM)
Nurul Ashikin (KKM)


Doubles LelakiDoubles Wanita
EmasIan Tay
Raja Amir
(KAB)
Nurul Ain
Nor Hayati
(KUO)
PerakNornikman
Mohd Hafiz Ali
(KKM)
Noor Diran
Rozzana Rosdin
(KAB)
GangsaMuhd Syahrin
Mohd Fadhli
(KAB)
Auji Azhani
Maizatul
(KTDI)


Masters LelakiMasters Wanita
EmasIan Tay (KAB)
Noor Diran (KAB)
PerakMohd Hafiz Ali (KKM)
Nurul Ain (KUO)
GangsaNornikman (KKM)
Auji Azhani (KTDI)

Berikut adalah pungutan pingat berdasarkan kolej:-



Anda boleh mendapatkan keputusan penuh di sini.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!

Wednesday, August 15, 2007

T-Shirt Kelab

PERHATIAN kepada ahli-ahli yang berminat untuk menempah t-shirt kelab, sila berikan nama dan nombor matrik anda kepada salah seorang AJK kelab. Harga sehelai t-shirt adalah di antara RM25-RM30 bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima. Design t-shirt adalah seperti gambar di atas; baju bewarna NAVY BLUE dengan kolar GREY.

Tempahan akan ditutup pada September 7, 2007.

Sunday, August 05, 2007

Keputusan Pertandingan Bulanan Kelab Bowling UKM Julai/Ogos

Pertandingan kali ini merupakan pertandingan pertama semester ini dan telah diadakan di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban 2. Walaupun pengelola pertandingan ini telah mengalami beberapa masalah logistik seperti ketiadaan lorong dan ketiadaan pengangkutan untuk ke pusat bowling, sambutan bagi pertandingan kali ini telah menerima penyertaan yang agak memuaskan. Pertandingan ini telah bermula pada pukul 10.30 pagi dan telah berakhir pada pukul 2 petang dan telah menampakkan penyertaan dari pelajar-pelajar UKM, staf UKM, dan ahli keluarga mereka. Selepas bermain 5 game, keputusannya adalah seperti berikut:

Tempat Pertama -Hanzir Maarof
Tempat Kedua - Mohd. Hafiz
Tempat Ketiga - Muhd. Yazid
Tempat Keempat -Noor Aizat Hanzir
Tempat Kelima - Tay Li Neo
Tempat Keenam - Noor Zaman Hanzir
Tempat Ketujuh -Shahirwan


En. Hanzir Maarof menerima hadiah daripada Nornikman

Pemenang bagi tempat pertama, kedua, dan ketiga telah memenangi wang tunai sebanyak RM200, RM100, dan RM60 masing-masing dan pemenang bagi tempat keempat, kelima, keenam, dan ketujuh telah memenangi kupon free game sumbangan daripada pihak pengurusan U-Bowl.

Jawatankuasa Kelab Bowling UKM ingin berterima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Semoga berjumpa lagi di pertandingan akan datang. Pertandingan akan datang adalah pertandingan beregu sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50 dan akan diadakan pada 25hb Ogos 2007 di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban 2.

Wednesday, August 01, 2007

PERTANDINGAN BULANAN JULAI/OGOS

~TERBUKA KEPADA SELURUH WARGA UKM~

Pertandingan bulanan ini adalah aktiviti pertama kelab bagi sesi baru 2007/2008.

Tarikh : 5 Ogos 2007 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : U-Bowl, Jusco Seremban 2
Yuran : Ahli Kelab - RM30.00, Bukan Ahli - RM35.00, Ahli Keluarga Staf/Pelajar : RM35.00

Kenderaan akan disediakan kepada yang memerlukannya. Kepada yang mempunyai kenderaan sendiri digalakkan pergi sendiri kerana bas UKM tidak dapat ditempah.

Setiap pemain akan bermain 5 permainan.

Hadiah-hadiah utama: -
Johan - RM200.00
Naib Johan - RM100.00
Tempat ke-3 - RM60.00
*Jumlah hadiah yang diberikan selepas tempat ke-3 akan ditentukan kemudian berdasarkan kepada jumlah peserta yang mengambil bahagian.

Untuk makluman lanjut dan pendaftaran, sila hubungi salah seorang daripada AJK kami atau hantarkan emel ke emel kelab.

Mari kita sama-sama memeriahkan pertandingan ini!