Saturday, July 28, 2007

MESYUARAT AGUNG KE-3 BERJALAN LANCAR

Pada 20 Julai yang lalu pukul 8.30 malam bertempat di Auditorium Siswa UKM, telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 Kelab Tenpin Boling UKM. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, iaitu Encik Aziz Abu Bakar selaku Penasihat Kelab. Juga dua orang wakil staf iaitu Encik Radzuan dan anaknya Cik Maisarah. Turut menghadiri ialah ahli-ahli jawatankuasa yang telah banyak membantu melancarkan perjalanan program.

Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli baru dan lama yang turut menjayakan lagi mesyuarat pada malam itu. Nampaknya kehadiran pada kali ini amat memberangsangkan. Seramai 58 orang ahli baru dan lama telah hadir, ini merupakan satu pencapaian yang amat diharapkan selama ini.

Mesyuarat pada malam itu telah berjalan dengan lancar. Antara perkara yang dibincangkan oleh Presiden Kelab iaitu Saudara Nurnikman termasuklah aktiviti-aktiviti kelab, pelancaran logo kelab, sesi perkenalan dengan ahli jawatankuasa tertinggi kelab, serta perlantikkan ahli jawatankuasa yang baru.

Disamping itu bagi merapatkan lagi silaturrahim antara ahli, turut diadakan sedikit jamuan ringan dan sesi cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah yang merupakan sebiji bola boling dihadiahkan oleh kelab. Diharapkan dengan ini akan jadi pemangkin kepada ahli-ahli baru agar lebih bergiat aktif dalam sukan ini.

Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahli baru dan lama pada malam itu amat dibanggakan. Semoga ini berterusan agar kelab boling akan terus menjadi kelab yang paling aktif di UKM untuk tahun-tahun berikutnya.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, July 10, 2007

MESYUARAT AGUNG KE-3

Kelab Tenpin Bowling UKM ingin menjemput semua ahli lama serta warga UKM (staf dan pelajar) yang berminat untuk menyertai kelab kami ke Mesyuarat Agung Ke-3 seperti berikut:

Tempat : Auditorium Siswa, Aras 2 Pusanika
Masa : 7.45pm
Tarikh : 20 Julai, 2007


*Cabutan bertuah berupa sebiji bola boling akan diadakan.
*Jamuan ringan disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

En. Nornikman : 017-2357078
Cik Nurul Ain : 017-3612949

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.