Thursday, March 29, 2007

PERTANDINGAN BERGU UniDUO GEMPAQ

~TERBUKA KEPADA SELURUH WARGA UKM~

Tarikh : 31 Mac 2007 (Sabtu)
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Megalanes Kuala Lumpur, Kompleks Endah Parade, Sri Petaling
Yuran Pertandingan : RM60 untuk sepasang bergu

Kombinasi-kombinasi bergu adalah seperti berikut:-

  • Pelajar - Pelajar
  • Pelajar - Staf
  • Staf - Staf
  • Staf - Ahli Keluarga
  • Pelajar - Ahli Keluarga

Setiap pemain akan bermain 4 permainan. (8 permainan sepasang bergu)

Senarai Handicap adalah seperti berikut:-

  • Lelaki - tiada handicap
  • Wanita - 5 pin setiap permainan
HADIAH-HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!!

Senarai hadiah: -
  • JOHAN : RM300 + trofi
  • NAIB JOHAN : RM160 + trofi
  • KETIGA : RM80 + trofi
  • KEEMPAT : Hamper + free games
  • KELIMA : Hamper + free games
  • KEENAM : Hamper + free games
  • HI-GAME : Hamper (Lelaki & Wanita)

Kepada mereka yang berminat, anda perlu mengisi borang pendaftaran dan membayar yuran pertandingan secepat mungkin kerana pertandingan ini adalah terhad kepada 21 pasangan sahaja.

Penghantaran borang dan pembayaran boleh dibuat kepada Raja Zaharul (0179785890), Nur Nikman (0172357078), Nurul Ain (0173612949) atau Wan Nadiaton (0173115972).

Anda boleh memuat turun borang di sini.

Untuk makluman lanjut , sila hubungi salah seorang daripada AJK kami atau hantarkan emel ke emel kelab.

Setakat ini, 16 bergu telah mendaftarkan diri. Masih ada kekosangan lagi. Kepada yang berminat, silalah daftarkan diri dengan segera.

Wednesday, March 28, 2007

KEPUTUSAN SIRKIT MASUM III

Sirkit III dan terakhir MASUM telah diadakan pada hujung minggu lepas di Megalanes KL, Kompleks Endah Parade.

Atlit UKM yang terdiri daripada Tay Li Neo, Siti Aishah dan Nurul Ain telah turun beraksi selama 2 hari (Sabtu dan Ahad) dan telah bermain sebanyak 20 permainan secara round robin.

Pada hari pertama, Nurul Ain dan Siti Aishah telah menunjukkan prestasi yang baik manakala Tay Li Neo tidak dapat mengadaptasikan diri dengan keadaan lorong. Apabila tamatnya hari pertama, Nurul Ain menduduki tempat ke-5, Siti Aishah tempat ke-7 dan Tay Li Neo tempat ke-10.

Hari seterusnya memaparkan permainan yang berlainan bagi Siti Aishah dan Nurul Ain. Mereka tidak dapat mengekalkan prestasi yang baik seperti hari sebelumnya. Manakala Tay Li Neo masih berusaha untuk memperbaiki dirinya.

Akhirnya, Tay Li Neo telah menduduki tempat ke-7, Siti Aishah tempat ke-11 dan Nurul Ain tempat ke-13. Walaubagaimanapun, SYABAS kepada ketiga-tiga pemain tersebut kerana layak ke SIRKIT III. Usaha dan kegigihan mereka harus dicontohi dan pengalaman ini telah mematangkan permainan mereka. TERUSKAN USAHA!

Sunday, March 18, 2007

KLINIK ASAS TENPIN BOWLING (PERINGKAT 1)

Kelab Tenpin Bowling UKM telah menganjurkan sebuah Klinik Asas Tenpin Bowling (Peringkat 1) di Pin Junction, Cineleisure. Seramai 11 peserta telah mengikuti klinik ini yang telah berlangsung selama 2 hari dari jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Objektif klinik ini diadakan adalah untuk memberi pelajar-pelajar UKM ilmu asas dari segi teori dan praktikal dalam sukan tenpin bowling. Dengan penganjuran klinik ini, kelab berharap dapat melahirkan pelapis-pelapis atlit tenpin bowling UKM.

Klinik ini telah dikendalikan oleh En. Jonathan Chung, seorang jurulatih yang pernah melatih skuad tenpin bowling Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang. Beliau juga mempunyai pengiktirafan sebagai seorang jurulatih di peringkat Asia.


Peserta dengan En. Jonathan Chung

Peserta dengan Cik Shalin Zulkifli

Sebelum tamat klinik ini, satu pertandingan suka ria diadakan dan Mohd Hafiz Ali yang baru saja menukar cara balingan ke hook telah muncul sebagai Johan. Siti Aishah yang sebelum ini bermain straight ball telah mendapat tempat ke-2. Nampaknya perubahan gaya balingan telah memanfaat mereka berdua. Cik Shalin Zulkifli, pemilik Pin Junction telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.


Johan Pertandingan Suka Ria
Mohd Hafiz Ali


Naib Johan
Siti Aishah


Ketiga
Mohd Fadhli

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada Pin Junction kerana telah menyediakan venue, En. Steven How dari Sito Network kerana telah memberi tajaan air Oxgen dan wang tunai dan Nornikman Ag. Kati selaku pengurus projek.